“Dia pancit tayar motor kau? Patutla semalam kau telefon aku pun suara
mengah-mengah kau kena menapak balik ya semalam…” Mien mengangguk
kepalanya berkali-kali entah apa yang dia anggukan pun Zara tak faham.
“Kau dengan Si Kumad tu sama ja. Tu skuter, skuter! Bukan motor. Nama ja
budak universiti, motor dengan skuter tak tau beza…” Zara membebel
Mien hanya tersengih-sengih menutup malu.
“Tanya lagi. Menapak la aku semalam. Macam nak terputus nyawa aku nie
tolak skuter aku ke bengkel tu. Gila jauh. Agaknya kalau semalam aku tak
kuat semangat hari nie kau tak jumpa dah aku.”
“Hish, mulut celupar kau nie. Lepas tu, kau buat apa pulak nak balas
balik dekat Kumad?” Mien faham sangat apa yang kawan dia yang sorang nie
fikir. Dah sah-sah nak balas dendam dekat Si Kumad tu.
Zara tersenyum. “Pandai pun kau. Macam tau-tau ja apa yang aku tengah
fikirkan. Nak tau aku buat apa? Sini, aku bisik.”
Mien mendekatkan telinganya ke mulut Zara. Zara membisikkan pelan nak
rosakkan hari-hari yang indah Kumad pulak. Berkerut-kerut dahi Mien
mendengar rancangan Zara, sekejap dahi dia berlipat, sekejap dia senyum,
sekejap dia mengurut-urut dagunya pula.
“Amacam?? Baik punya pelankan aku punya otak.” Zara tersenyum bangga.
“Perghhh! Cayalah beb! Otak hantu jugak kau nie bab-bab mengena orang
ya. Tak sangaka aku.” Mien menepuk-nepuk bahu Zara tanda kagum.
“/See the leg/ aaa…banyak licin tau!” Zara tergelak kecil.
‘Rasakan Kumad, rasakan… kau ingat senang nak buli aku? Heyy, kalau
tidak bukan Zara Nameera Zulkarnain lah kalau senang kena buli.’
Share this novel