Bab 10

Action Series 9408

Taufiq menendang tayar keretanya geram. Anna yang berada di sisinya memandang Taufiq tanpa perasaan. Mereka kini berada di hadapan bangunan cawangan syarikat Hikayat namun keadan di situ sepi dan kotor. Cuma ada seorang pengawal keselamatan yang menjaga bangunan itu. Berdasarkan apa yang dikatakan, bangunan ini sudah kosong selama 2 tahun. Tidak pasti di mana mereka berpindah.
“Apa kita nak buat bang? Ini diluar bidang kuasa Anna. Anna tak boleh decide apa-apa.”
Tanya Anna perlahan, dia faham Taufiq pasti berasa kesal kerana salah satu syarikat ayahnya telah di tutup.
“Anna! Cawangan dekat sini dah tutup selama 2 tahun, habis selama ni laporan audit tu tulis seolah-olah masih beroperasi. Apa benda yang dah jadi ni?”
Kata Taufiq berang. Anna mengosok belakang lehernya.
“Cawangan mana lagi yang bermasalah?”
Soal Taufiq tegas. Anna tersenyum sedikit.
“Kita ada 3 cawangan lagi yang perlu disiasat. Tiada masalah kalau kita terus melawat setiap cawangan yang syarikat ni ada.”
Kata Anna memberikan cadangan, dia memang sudah bersedia akan segala kemungkinan. Setelah dia membaca laporan audit dari tahun tahun yang lepas.
“Kita check out hari ni juga! Ada 7 cawangan lagi yang perlu kita lawat.”
Kata Taufiq tegas. Anna menganggukkan kepalanya. Lalu mereka kembali masuk ke dalam kereta.
2 minggu telah berlalu, Anna dan Taufiq akhirnya telah pulang dan kembali ke pejabat. Anna dan Taufiq masih merahsiakan pernemuan mereka kerana Anna masih menyiasat keberadaan staff yang ditugaskan untuk cawangan syarikat yang telah ditutup.
Taufiq yang sedang leka membuat kerja terganggu apabila telefon pejabatnya berdering. Di talian Hikayat meminta dia hadir ke pejabat kerana ada hal mustahak yang perlu di bincangkan.
Taufiq segera bangun dan masuk ke dalam pejabat Anna, pejabat Anna berselerak dengan fail. Di lantai dan meja bertimbun dengan segala jenis fail. Wajah Anna nampak tenang walaupun dia terpaksa membeban tanggungjawab yang berat.
“Anna, jom kita pergi ke pejabat papa abang. Ada benda nak bincang.”
Ajak Taufiq.
“Ini kes cawangan yang dah tutup tu ke?”
“Tak, abang tak bagitahu lagi.”
Anna menganggukkan kepalanya. Lalu dia capai sebuah fail berwarna hitam dari bawah meja dan hulur fail tersebut kepada Taufiq. Taufiq memandang Anna pelik dia ambil faik tersebut dan duduk di kerusi berhadapan meja kerja Anna. Lalu dia menyelak helaian fail tersebut dan baca seketika.
“Anna dah jumpa orang yang abang cari. Irfan Zhoriff staff yang jaga cawangan di Melaka. Abang boleh call dia tak? Tapi jangan cakap apa -apa mengenai cawangan yang dah tutup tu. Pandai pandailah abang cari alasan lain.”
Kata Anna perlahan. Taufiq memandang Anna dengan wajah resah.
“Kita boleh beritahu pak cik Hikayat tentang hal ni.”
Taufiq mengeluh lemah. Dia segera bangun dan memegang fail hitam tersebut dengan kedua belah tangannya.
“Jom, kita jangan buat papa tunggu kita.”
Lalu mereka berdua segera keluar dari pejabat dan menuju ke pejabat Hikayat.
Anna dan Taufiq tidak terkejut apabila melihat ayah Anna berada di situ. Tetapi mereka telah bersetuju untuk merahsiakan berita ini daripada ayah Anna.
Anna duduk di samping ayahnya manakala Taufiq duduk berhadapan dengan ayahnya Hikayat.
“Jadi, apa yang papa nak bincang dengan Taufiq?”
Soal Taufiq, Anna pula sudah bersedia dengan pen dan buku di tangan untuk mencatat isi penting perbincangan mereka.
“Bukan papa, tapi Farid yang nak bercakap.”
Tumpuan Anna dan Taufiq beralih ke ayah Anna. Jantung mereka berdetak laju menunggu kata-kata yang keluar dari mulut Farid. Dia memandang Hikayat.
“Aku syak Fatimah curang dengan aku.”
Anna menutup mulutnya, cuba menyembunyikan senyuman.
“Lelaki tu Dato Mustafa. Mereka setiap hari akan berjumpa di sebuah banglo. Setiap hari…”
Sambung Farid lagi, suaranya bergetar. Anna tergamam. Dia cuba siasat siapa orang yang Fatimah berjumpa setiap hari tetapi gagal. Kerana bukan sebarangan orang yang boleh masuk ke rumah tersebut. Namun secara diam ayahnya sendiri sudah menyiasat hal Fatimah tanpa pengetahuan dia.
“Mana ayah tahu?”
Soal Anna perlahan.
“Ayah ikut dia Anna. Ayah tak sangka dia curang dengan ayah selama ni.”
Anna menganggukkan kepalanya lalu dia memandang Hikayat.
“Pak cik, siapa Dato Mustafa?”
“Musuh syarikat kita. Mereka selalu guna cara kotor untuk jatuhkan syarikat ni.”
Anna menganggukkan kepalanya. Dia sudah faham kenapa Fatimah hantar orang untuk bekerja di syarikat ini.
“Aku syak Mustafa gunakan Fatimah untuk dekat dengan aku sebab aku orang kanan kau. Aku tak pernah bawa keluar segala maklumat syarikat tapi aku risau kalau dia ada jalan lain untuk jatuhkan syarikat kau ni, aku minta kau berhati-hati.”
Farid berkata lemah.
“Tentang Fatimah kau jangan risau, aku akan uruskan dia.”
Kata Hikayat secara tiba-tiba.
“Kenapa?”
Soal Farid.
“Aku nak kau buat macam biasa je Farid, hal Fatimah dah Mustafa biar aku uruskan. Kau tak perlu risau tentang Fatimah. Bila sampai masanya dia akan dapat balasan atas apa yang dia buat.”
Kata-kata Hikayat buat Farid tercengang berbeza dari Anna dan Taufiq yang menganggukkan kepala.

XXXXXXXXXX

Pintu pejabat Hikayat di ketuk perlahan. Taufiq dan Hikayat memandang sesama mereka. Berasa gementar ingin mendengarkan penjelasan daripada individu yang mengetuk pintu tersebut.
“Masuk.”
Kata Hikayat tegas.
Pintu terbuka dan muncul Irfan di sebalik pintu. Wajahnya ceria memandang Taufiq dan Hikayat.
“Selamat pagi Tuan Hikayat, Tuan Taufiq.”
Kemudian Irfan menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Hikayat dan Taufiq. Setelah mereka menyambut huluran mereka menjemput Irfan duduk di sofa yang tersedia di dalam pejabat itu.
“Saya dapat arahan untuk datang harini. Berkenaan dengan audit tahun lepas. Boleh saya tahu apa masalah ya?”
“Okay Irfan, saya nak tahu, apa alasan awak mengenai pengurangan staff yang berlaku di cawangan Melaka? Ketika saya serahkan tugasan dekat awak staff kita ada 500 orang, tetapi untuk 3-4 tahun sebelum ni bilangan staff telah berkurang. Terlampau banyak kurangnya. Ada apa-apa masalah ke?”
Soalan Hikayat buat Irfan terdiam. Wajahnya bertukar pucat.
“Err, tidak sebenarnya, staff kita memang ramai yang minta berhenti. Setiap bulan pasti akan yang berhenti.”
Jawab Irfan resah.
“Saya tahu, mana-mana syarikat pun akan ada pekerja yang berhenti. Tetapi masalahnya sekarang ni beratus pekerja yang berhenti dalam masa sehari. Saya nak tahu kenapa jadi macam tu?”
Irfan mula berpeluh.
“Dalam laporan audit ada tulis ke staff berhenti serentak pada masa yang sama?”
Soal Irfan, dia mula tidak senang duduk.
“Awak luluskan laporan audit tu, tak akan awak tak tahu encik Irfan?”
Sindir taufiq sinis. Irfan menundukkan kepalanya.
“Macam ni Tuan, sebenarnya staff resign sebab gaji mereka bawah 2000 ringgit terlampau kecil bagi mereka. Mereka kata dengan kerja yang banyak mereka tak mampu nak tahan.”
Hikayat dan Taufiq mengerutkan dahi.
“Bawah 2000? Irfan! Kami sudah tetap kan gaji permulaan pekerja bermula daripada rm 2500 tidak termasuk elaun. Apa yang awak cakap ni Irfan?”
Hikayat mula meninggikan suara. Irfan sedar dia sudah terjerat dengan alasan tidak munasabahnya sendiri.
“Tak apalah Irfan. Awak tak perlu bagi alasan bodoh lagi. Saya dah pergi ke pejabat di Melaka. Awak tahu apa saya jumpa dekat sana? Bangunan usang yang penuh dengan semak samun. Pengawal keselamatan yang jaga di sana bagitahu pejabat dah tutup selama 2 tahun. Laporan audit yang awak hantar semua tak benar. Dari segi, keuntungan cawangan disana, staff dan lain-lain lagi. Kami dapat aduan syarikat luar yang nak bekerjasama dengan pejabat di sana membatalkan kerjasama mereka atas sebab awak tidak amanah dan pejabat tidak wujud. Sekarang saya tak nak berdolak-dalih lagi, siapa yang bayar awak untuk burukkan nama syarikat kami?”
Soal Taufiq tegas. Wajahnya merah menahan marah. Wajah Irfan berubah mendengar penjelasan Taufiq. Dia tidak sangka segalanya telah terbongkar.
“Siapa lagi yang bersubahat dengan awak untuk jatuhkan syarikat ni? Awak jawab sekarang!”
Taufiq meninggikan suaranya. Irfan melutut di lantai. Dia menundukkan kepalanya tidak mahu bertentang mata dengan Hikayat dan Taufiq.
“Saya minta maaf Tuan, tetapi saya tak bersalah dalam hal ni. Saya di paksa! Mereka paksa saya untuk buat seperti yang mereka suruh dan mereka bayar saya setiap bulan.”
“Okay awak di paksa dan diberi duit. Saya nak tanya awak guna tak duit tu?”
Tanya Hikayat pula.
“G…Guna Tuan.”
Kata Irfan. Hikayat mendengus geram.
“Awak di paksa dan dibayar. Kalau betul awak di paksa awak boleh je lapor pada kami dan berkenaan duit tu, awak tetap guna tidak seperti awak dipaksa pula ya.”
Sindir Taufiq lagi. Irfan terdiam. Semakin banyak dia memberikan alasan, segala rahsia dia semakin terbongkar.
“Siapa yang bayar kau?”
Taufiq mula hilang sabar tetapi Irfan menggelengkan kepalanya tidak mahu memberitahu dia menerima arahan daripada siapa.
Hikayat memberikan isyarat kepada Taufiq.
“Kami minta maaf Irfan, tapi atas sebab kamu khianat kami, burukkan nama syarikat dan menipu laporan audit tahunan kami terpaksa hentikan kamu dari bekerja di syarikat ini.”
Kata Taufiq sambil dia meletakkan sehelai sampul surat di atas meja. Irfan memandang surat itu dengan riak wajah terkejut.
“Saya minta maaf Tuan! Tolong jangan pecat saya saya dah bekerja lama di syarikat ni!”
Rayu Irfan.
“Disebabkan awak dah lama bekerjalah kami percayakan awak, tapi sekarang ni awak khianat kami. Awak tak perlu beri alasan lagi, nanti peguam syarikat akan datang jumpa awak.”
Kata Hikayat tegas. Irfan memandang Hikayat tidak percaya.
“Peguam syarikat akan jumpa saya? Kenapa Tuan?”
“Awak dah jatuhkan nama baik syarikat dan palsukan laporan audit. Awak ingat ini perkara kecil ke Irfan?”
Soal Taufiq. Irfan terduduk di atas lantai. Tidak percaya akan nasib dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience