"kak Una !"jerit Ailyn sambil berlari anak mendapatkan Una.Badan Una dipeluk erat.
Semenjak dua menjak ni, Ailyn dengan Una memang rapat.Al-maklumlah, Ailyn ni mana ada kakak..Kebetulan jugak Una takde adik.
So, diorang berdua ni dah jadi macam adik beradik lah kiranya..
Naim hanya geleng kepala.Dah masak dengan perangai Ailyn tu.
"haih, rindunya kak Una dengan kamu ni.."ujar Una sambil mengosok-gosok belakang Ailyn.
"Ailyn pun.."balas Ailyn.
"Korang berdua ni pun..macamlah 10 tahun tak jumpa..baru seminggu tak nampak muka.."bebel Naim.
Pelukan dileraikan.Ailyn jeling ke arah Naim.
"eleh ! sibuk je..biar sayalah nak rindu ke nak apa ke.."jawab Ailyn.
"huh !"Naim berdengus.
"eh, budak ! jap lagi kalau Una tu nak buat kerja jangan nak kacau pulak !"pesan Naim.
"saya tahulah ! ingat saya ni budak ke ?"jawab Ailyn.
"eh eh eh dia ni.. tak sedar diri betul !"luah Naim kemudian berlalu pergi tinggalkan dua orang adik beradik lain mak lain ayah tu haa..
"Ailyn takde class hari ni ?"soal Una.
"takde kak..lagipun Ailyn dapat cuti dia minggu.."beritahu Ailyn.
"wah, bestlah.."
Ailyn tayang gigi dia yang ala-ala model ubat gigi Darlie tu..
***
Kerusi empuk miliknya dia duduk.Huh ! Tangannya mula ligat membelek fail untuk diperiksa.Mana lah tahu ada salah taip ke salah kira ke..
Dah kalau kerja jadi pengurus bangunan..comformlah kena hadap semua kertas kerja yang dibuat oleh para pekerja.So banyak bro !
Selepas habis menyemak lima fail yang bertimbun atas meja kerja, Naim menyandarkan belakang badannya pada kerusi.
Tengkoknya digosok banyak kali.Mana taknya.. belambak der fail yang dia kena semak !
Satu deringan mematikan perbuatannya.Skrin phone disapu perlahan lalu diletakkan di telinga.
"ye ma.."ujarnya.
"ni mama nak ingatkan.."ujar Puan Sri Khatijah di hujung talian.
"hmm..ingatkan apa ?"
"esok kan kita balik kampung.."
Naim tepuk dahi.'Aduhai, macam mana aku boleh lupa pulak ? adeh, dahla barang tak kemas satu habuk langsung..'
"Naim.."panggil Puan Sri Khatijah bila senyap sunyi je Naim ni haa..
"ye ma..i'm here.."jawab Naim.
"mama tahu, kamu tu mesti lupa punya..tu yang mama telefon kamu ni..kang tak pasal-pasal mama tunggu kat depan rumah macam mayat hidup.."ujar Puan Sri Khatijah.
Macam dia tak kenal anak tunggalnya, kalau tak ingatkan memang lupalah dia..cepat sangat nyanyok !
Naim tersengih sambil garu kepala yang semestinya tak gatal langsung !
"haih kamu ni..Ailyn kat rumah ?"soal si ibu.
"taklah..ada je ni haa kat office Naim..dia yang nak ikut.."
"hmm..takde apa-apa lagi ke ?"
"mama ni..kitaorang baru nikah 5 bulan ma..bukan 5 tahun.."
"manalah tahu..tu, anak kawan mama tu ha..baru 3 bulan nikah, dah ada yang melekat.."
"mama..itu anak kawan mama..bukan anak mama ni haa.."
"ada lah tu nak mengelak.."
Tiba-tiba pintu office Naim terbuka.Siapa lagi kalau bukan si Ailyn tu..Dia tersengih.
"siapa tu ? mama ke ?"soal Ailyn.
Naim geleng."okeylah..Naim ada.."belum sempat Naim nak tutup panggilan, Ailyn terus rampas phone Naim.
"hello, mama ! mama sihat ?"soal Ailyn, happy.Serius lama tak balik jumpa mak mertua !
"eh, Ailyn..mama sihat je..kamu tu ? sihat tak ? tak nak tambah berat ?"
"buat apa nak tambah berat ma..nanti tak larat Naim nak angkat.."Ailyn gelak di hujung ayat.
Naim buat muka menyampah.
"bukan berat badan Ailyn tu..berat dalam perut tu ha.."
Ailyn senyap sepi.Ayat yang dia nak cakap tergantung sepi.
"Ailyn ?"
"haa..ye ye.."
"kamu duaorang ni memanglah kan ? kalau cakap je pasal tu mesti senyap.."
"hehehe..nanti kalau ada rezeki tu, ada lah ma.."
"hmm..nanti tu bila ?"
"nanti tu nantilah..hehe"
"haih..dahla..mama nak masak ni"
"haa..okkey..bai ma.."
"yelah..bai.."
Perbualan mereka berdua ditamatkan.Terus Naim rampas phone miliknya.
"haih, kau ni..main rampas je phone orang..takde adab ke apa ?"marah Naim.Phonenya dimasukkan dalam poket seluar.
"ala..tu pun salah.."rajuk Ailyn.
"memang salah pun..dah, kau duduk sana..aku nak sambung buat kerja.."halau Naim.
"hmm..yelah..buat lah kerja awak tu.."Ailyn melangkah kakinya dengan malas.
'Huh, tu pun nak marah..aku nak jugak sembang dengan mama tapi tak sangka pulak mama sembang pasal benda lain..Hmm.. sentuh pun tak, ni kan pulak nak dapat baby..memang taklah kan ?'bebel Ailyn, sendiri.
Share this novel