"Luna..apa yang susah sangat Luna nak terima abang. Abang cintakan Luna sangat-sangat. Kawan abang yang lain semua dah ada teman wanita. Cuma abang je yang masih single. Tak kesian ke tengok abang ni hmm.." Ujar Roy dengan membuat muka monyok kononya. Aku sekadar memandangnya dengan menyampah.
"Sudah-sudahlah tu Roy. Ramai lagi perempuan lain yang cantik dan seksi berbanding dengan saya. Saya bukannya ada punggung dan tetek besar pun. Awak kan suka perempuan yang macamtu." Ujarku.
"Apa bunga merepek ni? Luna lah satu-satunya gadis paling cantik dan seksi dalam hidup abang. Sumpah abang sentiasa membayangkan betapa cantiknya sayang. Tak macam perempuan lain. Mereka semua tu pelacur kalau dah tetek besar bagai semua tu. Boleh jadi girlfriend abang? he..he..he.." Ujar Roy.
"Jangan nak mimpilah Roy. Saya tetap taknak jadi girlfriend awak. Fullstop! Awak ni halang orang nak ambil makanan pula. Pergilah sana." Ujar Luna dengan menahan malu. Ramai orang sedang beratur untuk menunggu giliran mengambil makanan. Tak pasal-pasal Roy pula melambatkan masa mereka dalam mengambil makanan. Mereka tidak kisah jikalau Roy yang berbuat sedemikian kerana takut untuk menegur Roy.
"Biarlah diorang nak beratur sampai mati ke. Luna, abang nak Luna jadi girlfriend abang tolonglah. Abang bosan betul jadi single ni." Ujarnya
"Dahlah awak. Saya nak makan dulu jangan ganggu saya! Ok bye!" Aku beredar dengan lagak gediknya dan pergi ke arah meja makan.
Aku yang sedang menikmati makananku bersama Claire terganggu akibat Roy dengan pantas duduk di sebelahku sambil menatap wajahku. Aku mula tersipu malu apabila Roy melihatku makan dan seleraku jadi merundum akibat daripadanya.
"Bunga pleaselah jadi girlfriend abang. Please..." Roy membuat muka kasihan untuk memujukku. Aku menjelingnya dan malas mahu melayaninya. Claire pula tergelak-gelak di sebelahku apabila melihat telatah Roy.
Apabila aku ingin memasukkan sesudu makanan di dalam mulutku dengan pantas sahaja Roy melahap sudu tersebut.
"Erghhh!! Roy!! Awak dah kotorkan sudu saya!!" Marahku padanya. Claire pula mula ketawa dengan terbahak-bahak. Bukannya nak tolong aku halang dia, tolong gelakkan aku adalah.
"Apa yang bunga jijik sangat dengan bekas mulut abang? Sedap apa bekas mulut abang tu mengalahkan sesedap kfc." Ujar Roy seolah-olah ingin mengenakan aku. Aku yang mula tidak mempunyai selera untuk makan lantas sahaja membawa pinggan yang masih tersisa makanan dan diletakkan dalam besen pinggan yang kotor.
"Alah bunga kita ni, janganlah merajuk. Nanti abang belanja aiskrim kitkat ya. Kalau ya kot pun janganlah jalan macam penguin. Takut jatuh pula!!" Suara lantang Roy itu mengundang tawa seluruh pelajar di kantin tersebut. Mereka semua terhibur apabila melihat Roy mengusikku. Aku mendengus geram lalu meninggalkan kantin tersebut.
****
Lecturer tersebut sedang mengajar subjek kimia kepada kami. Banyak juga teori yang dibentang olehnya. Luna pula mula mengatuk mendengar penjelasannya. Banyak-banyak subjek, subjek inilah yang paling membosankan dalam hidupnya.
Benjamin yang sedang ralit mendengar penjelasan lecturer tersebut terkejut apabila Roy mencuitnya dari belakang. Roy memberi isyarat kepadanya agar tempat duduk mereka bertukar menyebabkan Roy berpeluang untuk duduk di belakang Luna.
"Uish..uish.." Aku terdengar suara sayup-sayup dari belakang dan terkejut apabila mendapati Roy di belakangku. Aku menjelingnya dengan tajam sekali. Bilalah mimpi ni boleh berakhir?
"Bunga..bunga..jadi girlfriend abang please. Abang bosanlah hidup single ni. Luna jangan ingat abang tak tau yang Luna pura-pura buat-buat tak dengar. Abang tau tu. Luna..kita couple jom." Ujar Roy tanpa berputus asa.
Darahku mula turun naik kerana tak habis-habis nak pujukku untuk menjadi girlfriendnya. Kalau orang dah taknak tak payahlah dipaksa. Geram aku dengan jantan ni!
"Bunga..bunga..sombong ehh bunga.." Ujarnya tanpa berhenti-henti.
"Lecturer!! Tunggu kejap." Ujar Roy dengan lantang lalu berjalan ke hadapan papan putih dan menulis sesuatu di sana. Hatiku bertambah malu apabila dia menulis sesuatu yang mungkin mengundang tanda tanya seluruh pelajar.
LUNA TOLONG JADI KEKASIH ABANG PLEASE...
Itulah yang ditulis oleh Roy di hadapan papan putih tersebut. Semua pelajar mula bertepuk tangan dan bersiul ke arahku. Sesetengah pelajar juga terkejut apabila melihat sikap Roy yang tiba-tiba sebegini. Lecturer juga membuat tidak tahu seolah-olah tulisan tersebut tidak wujud pada papan putih tersebut.
"Lecterur, tolong pujuk Luna supaya dia terima saya jadi kekasih dia boleh tak. Jangan nak mengajar balik selagi dia belum terima saya.." Ujar Roy dengan mengugut lecturer tersebut.
"Err..err.." Lecturer pula mula teragak-agak seolah-olah tidak mengerti dengan apa yang terjadi. Semua pelajar tergelak melihat lecturer mereka. Roy memandang tajam ke arah lecturer tersebut sehingga lecturer tersebut menjadi tidak keruan.
"Luna..dengan arahan yang saya berikan pada awak sila jadi kekasih kepada Roy Mendez. He..he..he.." Ujar lecturer tersebut.
"Ha..ha..ha..lawaklah siot lecturer tu!" Ujar Claire sambil ketawa terbahak-bahak. Aku yang mula panas hati terhadap Roy kerana memalukan aku di satu kelas mula beredar dari kelas dan berlari ke arah tandas.
"Sayang lari jauh mana pun..Luna tetap girlfriend abang!! Ha..ha..ha.." Jerit Roy sehingga aku boleh mendengarnya dari jauh. Gila!! Dia sungguh gila!! Rakanku dan pensyarahku juga gila!! Last-last aku yang boleh jadi gila dalam tandas ni. Aku bercangkung di dalam tandas tersebut dan menutupi telingaku dengan erat.
Aku mahu mimpi ngeri ini berakhir dengan cepat. Aku mahu bangun di dunia nyata!!
"Ha..ha..ha..Luna dah jadi girlfriend Roy lah weh. Sweetkan diorang."
Aku terdengar suara perempuan yang sedang bersembang tentangku.
"Luna dah jadi girlfriend Roy! Luna dah jadi girlfriend Roy! Weh nak tau tak Luna dah jadi girlfriend Roy. Ha..ha..ha.."
Aku menutupi telingaku dengan kuat apabila terdengar ramai gadis mengetawakan aku.
"Weh bestnya kau Luna! Nanti dapatlah Roy peluk kau, cium kau..lepastu nanti bolehlah Roy kongsi bekas makanan mulut dia kat mulut kau. Ha..ha..ha.."
Aku mula teringat dimana Roy menghukumku dengan memakani bekas mulutnya. Aku mula menangis dengan kuat dan menjerit semahunya.
"DIAM!! DIAM BODOH!! DIAM AKU TAKNAK DENGAR!! ARGH!!" Setelah kemarahan menguasaiku.
"Kau mana boleh lari dari dia, dia suami kau!! Suami kau buat selama-lamanya! Hidup kau hanya terletak pada tangan dia. Dia yang akan jaga kau buat selama-lamanya. Tapi kau isteri yang tak membalas budi!! Kau langsung tak hargai suami kau!! Apa yang kau fikir hanya nak lari dari suami kau sahaja!! Kau isteri yang derhaka!!" Ujar gadis itu dengan kuat.
Aku yang tidak dapat menahan diriku terus sahaja menyepak pintu itu dengan kuat sehingga tercabut dari penghubungnya. Aku mula tergamam apabila tempat yang aku berada sekarang bukanlah di dalam tandas tetapi di sebuah flat yang gelap dan tidak didiami oleh orang.
Tempat tersebut sangat usang dan dindingnya diconteng. Aku hanya mampu melihat di sekelilingku dengan cahaya malap dan terdapat banyak pintu boleh dikatakan suasana di dalam flat. Aku ternampak lelaki berbadan tegap di hujung sudut sana. Wajahnya tidak kelihatan kerana badannya sungguh gelap. Hatiku mula berdegup kencang dan tertanya-tanya siapakah lelaki itu?
"Luna...nak pergi mana tu sayang.." Katanya dengan nada lembut ke arahku. Aku sungguh kenal suara itu. Roy?
"Aku akan dapatkan engkau Luna!! Ha..ha..ha.." Katanya lalu berlari ke arahku dengan pantas sekali. Aku tanpa berfikir panjang terus melarikan diri darinya dengan tenaga yang masih berbekal dalam badanku. Lariannya sungguh laju seolah-olah pennywise mengejar mangsanya. Aku menuruni setiap tingkat dan terdengar hentakan kasut yang kuat oleh Roy. Sudah semestinya Roy semakin dekat ke arahku.
Aku hanya mampu berdoa kepada tuhan dan berharap aku dapat melarikan diri darinya. Kakiku sungguh lemah tetapi tidak bermakna yang aku harus berputus asa.
"Ha..ha..ha!! Luna takkan sesekali dapat lari dari abang sebab Luna hanya milik abang sorang je! Ha..ha..ha..abang suami Luna!! Suami Luna buat selama-lamanya!! Ha..ha..ha.." Jeritnya sambil ketawa psiko.
Aku berlari sambil menangis kerana terlalu takut akan kepadanya tambahan lagi tenaga ku yang kian berkurang.
"Tsk..tsk..abang janganlah kejar Luna lagi..tsk..tsk..Luna takut..Luna nak balik..tsk..tsk..abang tolonglah..tsk..tsk. berhenti kejar Luna..tsk..tsk.."Ujarku sambil tersendu-sendu. Kelajuan larianku makin lama makin berkurangan.
"Apa? Luna takut? Alololo..kesiannya isteri abang..meh sini abang bawa Luna balik dengan abang. Kaki sayangkan dah penat janganlah dipaksa kaki tu untuk lari. Sayangggg..janganlah degil meh sini datang kat abang. Marilah..he..he..he.." Ujar Roy dengan nada yang menakutkan.
Aku segera menyorok di dalam kabinet yang kecil setelah aku menemui bilik stor. Aku mula melepaskan segala penat yang terkandung dalam badanku. Aku tersentak apabila pintu stor tersebut disepak kuat oleh Roy. Roy tersenyum psiko dan terteleng di sana sini seperti orang mental.
"Sayang..abang dekat sini. Sayang nak main sorok-sorok dengan abang ke? Ok kalau sayang nak main macamtu. Jom kita main sorok-sorok. Kalau abang dapat jumpa sayang, abang tangkap sayang. Lepastu sayang dah tak boleh lari dari abang. He..he..he.." Ujar Roy. Roy melihat di setiap penjuru dan mencari keberadaanku. Dia menyepak kotak tersebut dan melihat isi di dalam kotak itu. Nyamun hampa setelah tidak menemui aku di situ.
Roy menyepak pada setiap kotak besar tetapi isinya masih kosong. Matanya tertoleh pada kabinet tersebut dan mula menayangkan senyuman psiko. Wajahnya sangat mengerikan dan mengalahkan hantu yang berkeliaran di luar sana. Dia mula menyepak kabinet tersebut dengan dan aku cepat-cepat menutup mulut agar suaraku tidak terkeluar.
Apabila kakinya semakin mendekati ke arahku, aku cepat-cepat berdoa agar dia tidak perasan akan kehadiranku. Aku meneliti dan meneliti pada celahan ruangan yang menampakkan kaki Roy.
"Cakk!!! He..he..he..abang dah jumpa isteri abang!!" Ujarnya sambil tertonggeng ke arahku. Matanya tertumpu ke arah wajahku.
"Arghh!!!!!!.....
Share this novel