BAB 7

Romance Completed 24711

‘Alamat tak sampai umur 50 tahun sakit jantung aku oleh boss aku ni. Tak boleh ke panggil lembut-lembut sikit, kan baik. Nasib awak ni menjadi pujaan hatiku kalau tak dah lama aku sumpah seranah kau.’ gumam hati Adriana yang berdiri sebelum masuk ke bilik ofis Umar. Senyuman dibibir semakin melebar. Adriana sudah jatuh cinta pada bossnya sejak awal pertemuan mereka namun perasaan masih dirahsiakan dalam dirinya.

“Ya Encik Umar, ada apa-apa nak saya bantu?” bibir terenyum manis di tayangkan pada bossnya.

“Awak busy tak? Kalau tak, tolong buatkan saya Kopi Panas satu cawan. Saya nak sekarang jugak.” Tegas saja suaranya beri arahan kepada Adriana. Umar memang sangat suka kopi buatan Adriana walaupun sudah sarapan dirumah tapi masih jugak nak rasa kopi dari Adriana. Umar selalu sengaja dia memanggil Adriana ke bilik ofisnya kerana kadang dia hanya ingin melihat wajah pujaan hatinya setiap pagi. Kata orang kalau tak tengok wajah atau kelibat pujaan hati boleh jadi sakit sebab rindu sering berbisik dan mengisi ruang hati seseorang. Lepas tengok je, mesti hati rasa tenang, gembira dan boleh jadi energy booster pada diri tu. Ya kah?

“Baiklah, saya akan buatkan untuk Encik Umar Lutfi.” Adriana keluar dari bilik Umar lalu ke dapur untuk membuat kopi. ‘Kalau aku busy pun, tetap kau nak rasa kopi panas aku ni kan? Aku tahu lah kopi aku ni sedap.’ Sudah masuk 6 bulan Adriana bekerja dengan Umar, dah masak dengan perangai Umar Lutfi kesayangannya.

“Ini Kopi Panas untuk Encik Umar.” Dengan perlahan Adriana meletakkan cawan diatas meja Umar senyuman manis diberikan pada Umar. Gembira saja Adriana bila melangkah masuk bilik ofis Umar, suka lihat muka Umar yang comel dan macho lah konon katakan.

“Awak dah minum ke Miss KP?” Soal Umar sengaja nak luangkan masa untuk bercakap, dah lama tak berbual dengan perempuan yang sudah menjadi pilihan hatinya. Hanya menunggu masa unutk dijadikan pasangan sehidup mati. Dia setujukah?

“Miss KP? Nama saya Adrianalah Encik Umar, boleh tak jangan panggil Miss KP?” Dah sengal telinga Adriana mendengar panggilan tu. Geram dan sakit hati ada juga bila Umar memanggil dia dengan panggilan tu. “Oh ya, soal dah minum tu, Encik tak perlu risau saya dah buat Kopi untuk saya sendiri. Encik nak apa-apa lagi tak?” Adriana menyoal lagi sebelum keluar dari bilik Umar.

“Miss KP, saya nak tanya awak satu soalan. Awak ni kan dah lama kerja dengan saya, tapi saya tak pernah nampak awak keluar dengan lelaki lain. Awak ni masih single ke?” terkejut beruk Adriana dengan soalan yang keluar dari mulut Umar. Tak pernah Umar bertanyakan soalan remeh temeh pada Adriana.

“Kenapa tanya saya soalan macam tu encik Umar?” Adriana pelik dengan soalan Umar walaupun dia jugak menyimpan perasaan terhadap Umar namun takut jika Umar hanya ingin permainkan dia bila dia menjawab soalan yang “pelik” dari Umar.

“Saya masih single encik Umar, maaf saya ada kerja sikit kena siapkan hari ni jugak.” Adriana terus melangkah keluar dari bilik ofis Umar. Degupan jantungnya laju rasa nak pitam pulak lepas jawab soalan Umar. ‘Peliklah dia ni, takkan dia suka aku kut? Aku ni boleh ke jadi pasangan dia, sesuaikah?’ walaupun dirinya rasa tenang namun perasaan takut masih ada. Mungkin dia mencari pasangan juga fikir Adriana.

“Mama, kalau Ana nak kahwin mama setuju tak?” terpacul soalan yang tak pernah Adriana tanyakan. Walaupun belum ada pasangan untuk dirinya, sengaja dia tanyakan soalan yang gila bagi dirinya.

“Apa pulak mama tak setuju, mama dan abah lagi suka dan gembira kalau Ana nak kahwin. Ana sudah jumpa ke bakal suami untuk Ana? Atau Ana nak abah yang carikan. Kawan abah pun ada jugak anak dia nak cari pasangan.” Lantas mama Adriana menjawab soalan yang selalu dinanti-nantikan dari mulut anak yang hanya tinggal seorang. Abahnya hanya mengiyakan dan ketawa. Nampak lawak bila mamanya pulak yang lebih excited.

“Tak, Ana tak nak lah pilihan keluarga. Ana dah jumpa seseorang. Tapi….”

“Dah jumpa?! Ajaklah datang rumah boleh mama dan abah jumpa dia, borak-borak pasal perkahwinanan Ana dengan dia. Nama dia siapa? Bila Ana nak bawa dia jumpa kami?” belum sempat Adriana habis cakap sudah mamanya menyampuk. Nampak kemaruk sangat nak tengok anak kesayangannya kahwin. Belum apa-apa sudah lebih-lebih, maklumlah tak sabar nak menimang cucu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience