BAB 8

Other Completed 4897

Sekali lagi dia mendengar voice note yang dihantar oleh Shahira. Kali
ini Shahira bercakap seperti sediakala. Tiada lagi drama yang berepisod.
Sekejap-sekejap keluar drama bawang putih bawang merah, sekejap-sekejap
Asmaradana. Yang paling tak boleh belah ialah iklan colgate ataupun
polident. Semua itu mereka berdua yang lakonkan semula. Seolah-olah
hanyut kedalam dunia yang mereka ciptakan sendiri.

"Hang ni kan! Hisy. Ni aku nak habaq ni...,"nadanya bertukar seperti
sediakala. Loghat utaranya kedengaran pekat sekali.

Mendengarkan itu serta-merta membuatkan Irdnina mengurut dada. Kawan dia
agaknya. Pelik betul budak ni! Kelibatnya dibalik almari baju disedari
Amylia. Amylia segera membetulkan kedudukkannya. Dia kembali menaip
untuk meneruskan perbualan itu. Terasa segan pula jika mahu terus
bertikam lidah dengan Shahira di hadapan Irdina.

--

"Huh. Apa benda ni? EOQ sama dengan? Er. Macam tersilap aje.
Argh!!"Irdina kusut. Formula matapelajaran akaun membuat dia sedikit
celaru. Dia melihat Ika yang sedang tekun membuat latihan di sebelah.

"Ika.."panggilnya lembut. Ika membuat tak dengar. Walaupun telinganya
ada menyumbat dengan earphone tetapi dia masih dapat mengagak bahawa
Irdina sedang memanggilnya disebelah.

"Ika!!"panggilnya separuh jerit. Amylia yang sedang mendengar lagu
melalui earphone miliknya juga turut terkejut. Dia berkalih memandang
Irdina.

Serabut.

Itu sahaja yang mampu dia ungkapkan tentang keadaan diri Irdina sekarang
ini. Irdina sudah hilang sabar. Tadi Aini,, sekarang Ika pula. Dia
perasan dirinya seakan tidak wujud di dalam bilik itu jika mereka sedang
sibuk mengulangkaji pelajaran. Aini awal-awal lagi sudah lenyap dari
bilik merantau mencari kawan-kawan yang dapat membantu untuk
mengajarkannya subjek akaun. Malangya dia tidak pernah sekalipun
mengajak Irdina. Sekadar mengaut ilmu seorang diri. Dia tidak sanggup
berkongsi ilmu bahkan tidak rela sama sekali. Biarpun kepada kawan
baiknya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience