BAB 5

Humor Completed 6445

“Acha nanti pergi tolong umi kemas rumah, ya? Amli pula nanti mandikan

abah, ya?” Zeek memandang adik-adiknya silih berganti.

Acha senyum lalu mengangguk, “Beres, bos!”

Amli turut mengangguk, “Arahan diterima.”

Zeek menggeleng lalu tangan kanan abah dicapai lalu dia kucup tangan

yang sudah kurus itu, “Along keluar, abah. Nanti petang along balik, ya?”

Abah mengangguk. Sempat Zeek kucup dahi abah sebelum dia keluar dari

bilik abahnya.

“Along?” Umi keluar dari dapur dengan memegang bekas tupperware yang

berisi karipap, seperti yang Zeek mahukan tadi.

Zeek ukir senyum, “Terima kasih, umi.”

“Drive elok-elok. Kirim salam dekat menantu umi tu, ya?” Umi jungkit

kening, mengusik.

Zeek senyum lalu menggeleng. Tangan umi dicapai lalu dikucup,

“Assalamualaikum, umi!”

“Waalaikumussalam!” Umi perhati saja langkah Zeek yang sudah keluar dari

rumah. Perlahan uminya mengeluh. Teringat perbualannya dengan suaminya

semalam. Dalam pelat, suaminya berkata dia teringin nak tengok Zeek

kahwin. Dia teringin nak ada menantu. Umi cuma membalas Zeek masih belum

bertemu jodoh namun dia tahu, berkahwin tidak menjadi keutamaan Zeek

ketika ini.

Dia juga tahu, Zeek tidak ada kawan perempuan yang rapat. Cuma seminggu

dua ini saja Zeek kelihatan sedikit pelik kerana dia suka makan roti

berintikan sambal bilis. Dan tupperware berwarna merah jambu yang

bertulis nama Ain di belakangnya membuatkan dia tertanya, siapakah Ain

yang memberi sambal bilis kepada Zeek minggu lepas? Apa hubungannya

dengan anak terunanya yang seorang itu? Kawan atau lebih dari itu?

Nurul Ain tengok jam di tangan. Dah sejam dia menunggu tapi kelibat Zeek

masih tak kelihatan. Selalunya setiap hari Sabtu, bermula dari 11 pagi

sampai ke petang, Zeek akan duduk di bawah pokok besar mengadap tasik

dan melukis tapi sekarang dah pukul 12.30 tengahari, bawah pokok besar

itu masih kosong tak berorang. Haih...

Nurul Ain mengeluh. Tiba-tiba, ada orang mencuit bahunya.

Bila dia berpaling, Nurul Ain tergamam. Zeek!

Zeek angkat kening, wajahnya kelihatan keliru. Dia menulis di sesuatu di

atas buku lakarannya lalu diunjukkan kepada Nurul Ain, ‘Tunggu siapa?'

Nurul Ain tersengih, “Mana ada tunggu sesiapa."

Zeek senyum. Tiba-tiba Zeek menuding jari telunjuk kanannya ke muka

sendiri. Keningnya terangkat sedikit.

Nurul Ain tersipu sendiri. Dia tahu apa maksud Zeek, sebenarnya! `Awak

tunggu saya?’

Cis! Obvious sangat ke? Nurul Ain rasa nak terjun tasik sekarang!

Warghh! Malunya!

Zeek tersenyum nampak Nurul Ain tersipu macam tu. Manis! Dia tak tahu

kenapa dia tidak membuka mulut, untuk menegur Nurul Ain tadi. Dia rasa

macam malu tiba-tiba. Sudahnya, dia secara spontan menulis terus pada

buku lakarannya. Jujurnya, lidahnya kelu.

“Awak baru sampai?” Tanya Nurul Ain.

Zeek menggeleng.

Nurul Ain kerut dahi. Aik? “Kiranya dah lama sampai?”

Zeek mengangguk.

“Tadi awak duduk mana?” Tanya Nurul Ain lagi.

Zeek senyum lalu dia tunjuk bangku yang berada tidak jauh dari tempat

duduk Nurul Ain.

Nurul Ain garu kepala. Oh! Duduk situ... “Kenapa duduk situ?”

Zeek senyum saja. Tak ada tanda-tanda nak menjawab. Sketch book yang

dipegang tadi diselak sebelum diunjukkan kepada Nurul Ain.

Nurul Ain terkelu. Eh! Dia lukis gambar aku? “Er... awak perhatikan saya

ke tadi?”

Tanpa ragu, Zeek mengangguk. Ya, saya perhatikan awak tadi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience