Bab 44

Romance Series 106380

"SAKITLAH!" Juwita meringis kesakitan. Dia baru mahu masuk ke dalam perut kereta apabila rambutnya direntap kuat. Terjatuh kunci yang berada di tangannya.

Tubuhnya ditarik lalu ditolak masuk ke dalam sebuah kereta Toyota Vios berwarna putih. Otaknya ligat memproses apa yang sedang berlaku.

Ya Allah... selamatkanlah aku. Tak sudah-sudah Juwita panjatkan doa. Apabila menyedari apa sebenarnya yang berlaku.

Juwita meronta untuk melepaskan diri namun, cengkaman kuat di tengkuknya membuatkan dia berhenti meronta.

"Baik kau duduk diam-diam kalau tak nak aku tikam badan kau." Juwita terdiam apabila merasakan benda tajam menyucuk pinggangnya.

Matanya terus diikat dengan kain. Gelap gelita. Tiada apa yang dapat dilihat. Ingin sekali dia menangis namun ditahan.

Memori hitam kembali menerpa mindanya. Ingatan terhadap ayah yang telah pergi kembali segar. Juwita panik. Tidak tahu bagaimana ingin memohon pertolongan.

Teringat akan fungsi kecemasan ditelefon bimbitnya, Juwita segera menyelukkan tangannya ke dalam poket seluar.

Ianya akan mengirimkan pesanan suara ke handphone penerima.

"Mana kau nak bawa aku?" Juwita cuba memberanikan diri bertanya sebaik saja menekan butang kecemasan ditelefon bimbitnya.

"Diamlah kau. Banyak bunyi pulak!" Suara garau itu sedikit menyentap keberanian Juwita. Apatah lagi apabila senjata tajam ditekan ke pinggangnya.

Juwita semakin gelisah. Entah ke mana dia akan dibawa.

Ya Allah... semoga saja Junaidi dapat mengesan lokasinya. Inikah balasan kerana ingkar arahan ibunya?

"Ju jangan balik lambat hari ni. Ibu risau. Ibu tak sedap hati." Terngiang kata-kata ibunya ketika dihubungi petang tadi.

"Keluar sekarang." Tubuh Juwita ditarik kasar sebelum ditolak jatuh ke lantai. Perit terasa tapak tangannya apabila cuba menahan diri dari jatuh.

Ikatan matanya dibuka. Terpinga-pinga dia memerhatikan sekeliling. Kelihatan seorang wanita berdiri sambil memandangnya dengam serius.

"Mai..." Hanya itu yang mampu keluar dari mulutnya.

"Kenapa? Terkejut?" soal Maisara tak beriak.

"Bawa dia ke dalam." Tubuh Juwita ditarik masuk ke dalam. Juwita melihat sekeliling. Cuba mengecam dimanakan dia berada. Namun, usahanya hanya sia-sia. Tempat itu terlalu asing baginya.

Tubuh Juwita diseret masuk ke dalam lalu diikat kaki dan tangan. Maisara memandang Juwita dengan penuh kebencian.

"Kenapa kau buat aku macam ni?" soal Juwita tanpa teragak-agak. Sungguh sehingga kini dia tak tahu kenapa Maisara begitu berdendam dengannya.

"Panggil Adrian." Maisara mengarahkan lelaki yang mengikat kaki dan tangan Juwita untuk memanggil Adrian masuk.

Terpinga-pinga Adrian masuk ke dalam bilik kosong itu. Buntang matanya saat melihat Juwita dalam keadaan begitu.

"Cukuplah Mai. Hentikan semua kegilaan ni." Adrian serik. Dia nyaris kehilangan nyawa hanya kerana Juwita.

Dia masih ingat lagi dua hari selepas dia mengugut Juwita untuk mendapatkan lagi duit, dia telah ditahan oleh dua orang lelaki. Hampir mati dia dibelasah mereka.

"Ingat ye. Sekali lagi kau ugut atau cuba apa-apakan Juwita, lebih dari ni kau akan dapat. Jangan cakap aku tak warning, kau boleh report polis. Tapi, aku akan pastikan kau juga akan terima hukuman yang setimpal dengan apa yang dah kau buat pada Juwita." Itu amaran pertama yang diterima.

Maisara memandang sinis Adrian. Sakit hatinya apabila Adrian memintanya untuk melupakan hasrat hati. Nampak sangat Adrian memang menaruh hati pada Juwita.

Tak... tak mungkin dia lupakan semua itu. Juwita punca abangnya mati. Tak mungkin dia melepaskan Juwita begitu saja. Juwita perlu membayar segalanya. Hutang nyawa perlu dibalas nyawa.

"Kita mula hidup baru, Mai. Aku dah tak sanggup nak teruskan semua ni. Cukuplah!" Adrian merayu.

Ya..

Dia serik. Serik dengan apa yang diterimanya. Cubaan kali kedua mendekati Juwita membuatkan dia lebih parah apabila dia dikurung, dibelasah tanpa sebutir nasi pun selama seminggu.

"Ini juga balasan apa yang orang-orang dia buat pada you, biy. I takkan lepaskan." Maisara membentak. Tubuh Adrian dipeluk dari belakang. Kepalanya disandarkan pada belakang Adrian.

Hanya dengan memeluk Adrian, dia berasa tenang. Kerana itu dia tak boleh melepaskan Adrian. Adrian mengusap lembut tangan Maisara yang berada di dadanya. Dia sudah terima pengajaran. Dia tak mahu Maisara juga terima nasib yang sama.

"Mai, kita pergi dari sini. Kita mula hidup baru. Just you and me." Adrian terus memujuk. Matanya tetap ralit memandang Juwita.

"No biy. I akan balas apa yang dia dah buat pada abang I. Dia bunuh abang I, biy." Maisara merintih.

Juwita tadi tak keruan apabila dia dituduh sebagai pembunuh. Tidak! Dia bukan pembunuh.

ZAILANI bergegas ke kediaman Tuan Mansur sebaik saja mendapat panggilan dari Junaidi. Kebetulan dia belum lagi pulang. Melihat kereta Juwita yang masih lagi berada di basement membuatkan Zailani semakin tidak tenteram.

Bahkan, kunci kereta dan beg tangan yang terdampar di tepi kereta Juwita membuatkan jantung Zailani seperti ingin tercabut.

Tak sudah-sudah dia menyalahkan dirinya sendiri kerana gagal melindungi Juwita seperti yang telah dijanjikan.

Dia sendiri kaget apabila melihat pejabat Juwita kosong. Walhal, dia menunggu Juwita untuk sama-sama bergerak pulang.

"Macam mana Di?" Zailani menegur sebaik saja sampai di depan rumah. Junaidi telah sedia menantinya bersama Haris.

"Di cuma dapat ni." Junaidi menunjukkan mesej kecemasan yang masuk.

"Ibu dah tahu ke?" Junaidi geleng kepala. Zailani pandang Haris.

"Don't worry. Dorang tengah jejak Ju. Mujur GPS handphone Ju aktif. Sah mood silent handphone dia ni. Sebab aku try call byk kali tak berjawab." Haris cuba menenangkan mereka walau hakikatnya. Dia sendiri tidak keruan.

Sedang mereka bersembang, Haris menerima panggilan dari Maisara. Dia segera menjawab panggilan itu.

"Hai... kat rumah... huh? Seriuslah... You tak main-main, kan?... Okey... Jumpa nanti." Haris melepaskan keluhan berat. Nampaknya yang berlaku diluar jangkaannya. Sungguh Maisara seorang gadis yang sukar diduga tindakannya.

"Ju ada dalam tahanan Maisara." Mereka tercengang mendengar pengakuan Haris. Memang mereka tahu rancangan Haris rapat dengan Maisara untuk mengorek rahsia dendam Maisara.

Tapi kini, semuanya jadi tidak seperti yang dirancang. Haris terduduk lesu. Terasa dirinya tak berguna kerana gagal melindungi Juwita. Plan asalnya semua berantakan kerana Maisara.

"Apa dia cakap?" soal Zailani setelah agak lama mendiamkan diri.

"Dia akan seksa Ju sampai Ju mati. Dia suruh aku datang sana." Haris kelihatan lemah.

"Jom ikut aku. Di ikut sekali." Tanpa sebarang soalan, mereka mengekori Zailani masuk ke dalam kereta.

Hampir setengah jam perjalanan, akhirnya mereka tiba di balai polis. Haris dan Junaidi saling berpandangan.

"Aku dah refer kes Juwita dekat kawan aku. Cumanya sebab tak ada report jadi dia tak boleh buat apa-apa tindakan. Cuma hari ni suka atau tidak, kita kena buat report." Zailani tahu bukan mudah bagi mereka berdepan dengan masalah macam ni.

"No! Di tak boleh buat report. Di kena bagitahu ibu." Akhirnya Junaidi bersuara.

"Okey tak apa. Kita jumpa kawan abang dulu macam mana. Later, kita pujuk ibu suruh buat report." Zailani memujuk. Macam mana pun, dia tak boleh berlengah. Dia risaukan keadaan Juwita.

"Abang call papa minta papa bawa ibu datang sini ye. Kita jumpa dulu kawan Abang Zai." Haris cuba memujuk.

Ya... dia tahu, dia juga tak punya hak untuk membuat keputusan. Dia menghubungi Tuan Mansur. Selepas menerangkan serba ringkas apa yang berlaku, akhirnya panggilan ditamatkan.

"Papa cakap dalam sejam lagi dia sampai." Haris memandang Junaidi yang kelihatan gelisah ditempat duduk belakang.

Zailani masih leka dengan telefon bimbitnya. Tanpa sebarang kata, Zailani membuka pintu kereta. Dia menyandarkan tubuhnya ke badan kereta.

Fikirannya melayang memikirkan keadaan Juwita. Entah bagaimana Juwita kini. Sempat dia berdoa agar Juwita setiasa kuat dah tabah.

Sepuluh minit menunggu, akhirnya dia dihampiri seseorang. Zailani melemparkan senyum lantas berjabat tangan.

"Apa khabar Inspektor Jalal?" Zailani menyoal. Jalal hanya tersengih. Faham benar dengan sikap Zailani.

Haris dan Junaidi keluar dari perut kereta apabila diarahkan oleh Zailani. Mereka menerangkan serba ringkas kepada Inspektor Jalal apa yang berlaku.

"Buat report dulu. Saya akan ambil kes ni." Mereka mengangguk faham.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience