Malam itu Isha menelefon Akmal untuk mengajaknya berjumpa pada hujung minggu depan. Mereka perlu membereskan semua perkara selewat-lewatnya dua minggu sebelum tarikh perkahwinan yang telah ditetapkan. Isha tidak senang duduk apabila panggilannya tidak dijawab. Hampir lima belas kali dia menelefon Akmal tetapi hasilnya tetap sama. Dia tetap bersabar dengan kerenah lelaki itu walaupun sudah berkali-kali diperlakukan sebegitu. ‘Kalau kawan dia call, cepat je jawab!’ getus hatinya. Dia akhirnya meninggalkan mesej ringkas pada Akmal tentang temu janjinya dengan lelaki itu pada hujung minggu hadapan. Mahu atau pun tidak, Akmal perlu mengorbankan hari cutinya itu untuk membereskan semua persiapan. Tidak lama kemudian Isha menerima mesej daripada Akmal. ‘Sorry my dear, i tak perasan you call I tadi. I tengah busy ni, later on I’ll call you okay! Sorry.’ ucap Akmal dalam mesejnya. Isha mengeluh panjang sebaik sahaja membaca mesej yang diterima itu. Dia tetap menyembunyikan perasaan kecewanya dari pengetahuan Akmal. ‘It’s okay!’ Isha menaip mesej ringkas dan menekan butang send. Beberapa minit kemudian telefonnya berdering. Dia pantas menjawab tanpa melihat nama pemanggil tersebut di skrin telefonnya. “Yes Akmal? Ada apa call ni? Tadi You cakap busy!” Soal Isha sejurus sahaja menjawab panggilan itu. “Hello! Faisha, I bukan Akmal!” jawab pemanggil itu. Mendengar nama Faisha sahaja dia sudah dapat meneka siapa lelaki itu. Matanya terus dibundarkan apabila mendengar dia dipanggil sebegitu. “Iman! You nak apa call I ni? How did You get my number?” soal Isha yang agak terkejut dengan panggilan dari lelaki itu. ‘Pelik dia ni! Kejap contact aku, kejap hilang macam tu je! Dia nak psiko aku ke apa?’ getus hatinya. “Saja je I call You! Tanya khabar. So how are You?” terpancar keceriaan melalui suaranya setelah wanita itu menjawab panggilannya. “I’m fine! Tak cukup You call nombor office I, You call pulak handphone I! Mana You dapat nombor I ni?” Isha menyoal keras. Dia takut kalau-kalau Akmal mengetahui perkara itu. “Kalau I cakap, You jangan marah orang tu pulak! Promise dulu!” Iman meminta Isha untuk membuat perjanjian. ‘Berjanji-janji pulak dah! Tak matured betul dia ni!’ bisik hati kecilnya. “Ya! Promise!” balas Isha dalam nada yang agak tinggi. “Nia Qistina bagi nombor You dekat I! Hari tu I ada jumpa dia, dah alang-alang, I mintak la nombor You!” jelas Akmal panjang lebar. Isha mengucap panjang mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Iman itu. ‘Nia ni nak kena ni!’ getus hatinya. “Iman! I nak mintak tolong sangat-sangat kat You, tolong jangan contact I dah boleh tak?” ucap Isha dalam nada yang serius. “But why? Kita kan kawan! Kenapa I tak boleh nak contact You dah?” soal Iman. Isha sendiri tidak tahu sama ada Iman tidak tahu atau berpura-pura tidak tahu tentang hubungannya dengan Akmal selama ini. “I rasa tak manis la kalau You contact I lagi. Lagipun I dah nak jadi isteri orang.” Isha menjelaskan alasan yang kukuh untuk menghalang Iman daripada menghubunginya lagi. “I tahu!” ringkas jawapan lelaki itu. “You dah tahu, so, kenapa You still contact I?” Isha menyoal kebingungan. Lelaki itu sukar difahami. ‘Dia dah tahu aku dah nak kahwin, yang dia pergi call aku lagi ni kenapa? Susah betul layan orang macam ni!’ getus hatinya lagi. “I nak ucap tahniah! Em.. Tapi, boleh tak I nak ajak You keluar makan esok?” Iman mempelawa Isha. Walaupun dia mengucapkan tahniah atas perkahwinan yang bakal dilangsungkan wanita itu, namun jauh di sudut hatinya terbuku rasa kecewa yang tidak dapat dibendung. Tetapi Iman sedaya upaya menyembunyikan perasaannya itu dari pengetahuan Isha. Dia berpura-pura gembira di sebalik nada suara ceria yang dibuat-buat. “Keluar makan? Esok I kerja.” balas Isha ringkas. “Takkan You tak pergi lunch kan?” balas Iman. Dia masih tidak berputus asa mengajak wanita itu menerima pelawaannya. “I busy! Maybe I tak keluar lunch kot!” jawab Isha selamba. Dia memberikan pelbagai alasan untuk tidak berjumpa dengan lelaki itu. “Faisha, please! For the last time. Lagipun I got something to tell You. And I think You have a right to know this!” Iman membalas dalam nada yang serius. Isha terdiam seketika. Dia memikirkan apa yang dikatakan Iman tadi. Persoalan itu bermain di benaknya. Lamunannya terhenti apabila Iman menyapanya kembali. “Faisha! Are you sleeping?” soal Iman cuba berseloroh. Isha kembali pada perbualan mereka sebentar tadi. “Kalau You beritahu sekarang terus tak boleh ke?” pinta Isha. “I bukan tak nak beritahu sekarang, tapi kalau cakap dalam phone ni susah. Nanti You tanya tu la, tanya ni la! So macam mana?” Iman meminta jawapan. “Okeylah kalau macam tu! See you at Restoran Baiduri at 1.30 p.m tomorrow! Don’t be late!” Isha akhirnya bersetuju memenuhi permintaan lelaki itu. dia sendiri tidak pasti perkara apa yang hendak diberitahu Iman sehingga lelaki itu meminta untuk berjumpanya. Dia cuba meredakan hatinya yang berkecamuk itu. terlalu banyak persoalan yang masih belum terungkai dalam fikirannya. Rakannya Azwa, seperti mahu menjauhkan diri dari dia dan Nia. Akmal pula sering sibuk sejak kebelakangan ini. Boleh dikatakan dalam sebulan hanya dua atau tiga kali sahaja dia dapat bertemu dengan lelaki itu. Itupun setelah berkali-kali diajak keluar untuk menguruskan persiapan perkahwinan mereka. Akmal juga sudah banyak berubah. Dia sudah berani meninggikan suara pada Isha meskipun di hadapan rakannya yang lain. Tetapi hal itu tidak dipedulikan oleh Isha setelah Akmal meminta maaf atas perbuatannya itu. Hati wanitanya yang begitu lembut membuatkan kata-kata maaf itu mudah diterima. Setelah menyapu krim malam pada wajahnya, dia merebahkan diri di atas katil. Merenung kipas siling di biliknya yang berputar dengan pandangan kosong. Dia tidak dapat melelapkan mata meskipun jam menunjukkan pukul 11.45 malam. Dia akhirnya bangun dan berjalan menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu di tingkat bawah. Setelah menghidupkan televisyen, Isha mencapai alat kawalan jauh televisyen dan menukar siaran. Dia mencari cerita-cerita menarik yang mungkin disiarkan pada malam itu. Mengharapkan agar dirinya akan berasa mengantuk setelah menonton cerita pada malam itu. Matanya mula layu setelah setengah jam menonton televisyen di situ.
“Isha! Buat apa tidur kat sini?” Puan Riana yang kebetulan melintasi ruang tamu perasan yang anaknya tidur disitu. “Eh! Isha tengok tv semalam. Terlelap pulak kat sini. Pukul berapa dah bu?” Isha yang masih lagi separuh sedar menyoal ibunya. “Dah pukul 6.15 pagi. Bangunlah! Pergi mandi. Nanti terlepas pulak waktu subuh!” Kata Puan Riana dan berlalu meninggalkan anaknya yang masih terpinga-pinga itu. Isha bingkas bangun dan berjalan untuk menaiki tangga. Dia menggagahkan diri untuk berjalan naik ke biliknya walaupun matanya masih layu. Tiba-tiba dia merasakan dirinya terlanggar objek tinggi dan besar darinya. Dia menggenyeh matanya. Kelihatan Aizal sedang berdiri sambil mencekak pinggang di hadapannya. Rupanya dia terlanggar abangnya yang baru turun dari tangga itu. “Ni kenapa ni? Jalan macam zombi tak cukup tidur! Sampai langgar-langgar orang ni! Haish! Pergi mandi!” omel Aizal yang sedang mengelap rambutnya yang masih basah itu dengan tuala. “Bisinglah orang tua ni! Nak mandilah ni! Pagi-pagi dah membebel! Ibu pun tak macam tu! Buat orang stress je tau!” Isha membidas kata-kata abangnya sambil menaiki anak tangga rumahnya. Aizal menekup kedua-dua telinganya dengan tangan sambil berjalan laju ke arah dapur.
Selesai sahaja membersihkan diri dan solat subuh, Isha bersiap-siap di hadapan cermin. Dia pantas berjalan menuruni anak tangga untuk bersarapan. “Isha tidur pukul berapa semalam?” soal Puan Riana yang turut sama bersarapan bersama anak-anaknya. Aizal yang sedang menuang air pantas mencelah. “Dia ni mesti mengigau bu! Berjalan dalam tidur. Tiba-tiba berjalan turun bawah! Tidur tak baca doa ni!” usik Aizal. “Mana ada! Merepek je orang tua ni! Isha tengok tv semalam. Lepas tu tak sedar pulak tertidur kat situ! Nasib baik ibu kejut.” balas Isha yang sedang menyapu majerin di atas roti. “Yelah tu!” balas Aizal lagi. “Sudah-sudahlah tu! Makan cepat! Nanti mulalah lambat sampai office. Pagi-pagi buta dah nak bertekak. Lari rezeki tau!” Puan Riana yang memerhati gelagat anak-anaknya itu bersuara. Isha bangun dan bersalaman dengan ibunya. Dia mencapai kunci kereta di atas meja makan dan menuju ke keretanya. Setelah mmemanaskan enjin beberapa minit, dia terus memandu kereta ke pejabatnya. Nasibnya baik pada hari itu kerana tidak banyak kereta yang lalu lalang di jalan raya waktu tersebut. Sampai sahaja di pejabatnya, dia terus naik ke biliknya dan menyiapkan kertas kerja yang diminta Enik Zamil tempoh hari. Dia perlu menyiapkan dalam tempoh empat hari untuk dibentangkan pada mesyuarat seterusnya. Baru sejam memulakan tugasnya pagi itu, pintu biliknya diketuk. “Lah! Engkau! Aku ingat siapa. Kenapa?” soal Isha setelah melihat wajah Nia tersembul di muka pintu. “Takda apa! Saja! Kau buat apa?” Nia menyoal setelah melabuhkan punggung di sofa. “Buat kerjalah. Kenapa?” balas Isha ringkas. “Takda apa!” jawab Nia. “Tak mungkin kau datang bilik aku saja-saja je. Mesti ada apa-apa kan! Nak bergosiplah tu!” kata Isha pada rakan baiknya. “Tak lah! Aku datang ni nak cakap pasal Azwa tu! Semenjak dua ni, dia lain lah!” jelas Nia. “Tau takpa! Aku ingatkan aku je yang perasan! Peliklah dia tu! ajak keluar jalan-jalan tak nak! Ajak lunch sekali tak nak! Dia macam nak jauhkan diri dari kita. Yang paling teruknya, aku call dia berkali-kali pun tak jawab!” terang Isha panjang lebar tentang sikap rakannya, Azwa. “Kenapa ek dengan dia tu? Aku nak je tanya apa masalah dia. Tapi nanti dia cakap aku busy body pulak! So aku buat tak tau jelah!” kata Nia sambil mengerutkan dahinya. Pintu bilik Isha tiba-tiba diketuk. Mereka agak terkejut ketika melihat wajah Azwa di sebalik daun pintu yang terkuak. “Ada apa Wa?” soal Isha setelah melihat Azwa berdiri di situ. “Encik Zamil cakap dia nak kertas kerja tu lusa tau! Dia suruh kau letak atas meja dia.” kata Azwa. “Okey! Thanks!” balas Isha sambil tersenyum. Belum sempat Azwa melangkah pergi, Isha pantas menahannya. “Azwa!” panggil Isha. “Yes?” Azwa memalingkan wajahnya ke arah Isha dan menjawab selamba. “Hari ni lunch dengan kitorang jom!” pelawa Isha. Nia pantas mencelah. “Jomlah! Lagipun kita dah lama tak lunch sekali!” sampuk Nia yang duduk bersilang kaki di sofa. “Takpelah beb! Aku dah janji dengan kawan aku! Maybe next time!” Azwa menolak pelawaan dua orang rakannya. “Em.. Okeylah!” ringkas jawapan yang keluar dari mulut Isha. Azwa terus berlalu dan kembali ke mejanya. “Weh! Dari hari tu lagi dia duk bagi alasan! Kawan! Kawan! Kawan! Tah siapa-siapalah kawan dia tu!” omel Nia yang tidak berpuas hati dengan respon yang diberikan Azwa tadi. “Relakslah weh! Betullah kot dia nak keluar dengan kawan dia. Maybe boyfriend dia! Biar dialah!” balas Isha yang tidak mahu menambah lagi menambah kekusustan dalam fikirannya. “Biar? Eh! Entah-entah yang dia cakap ‘kawan’ tu, boyfriend kau! Tak pun tunang aku! Mana kita tahu! Silap-silap haribulan, terngangalah tengok buah hati kita kena kebas! Kau nak ke?” balas Nia yang sudah mula bertanggapan negatif. “Merepeklah kau ni! Tak baiklah buruk sangka! Sampai ke situ kau fikir. Aku tak rasa Azwa sanggup buat sampai tahap tu! Lagipun kita ni kan kawan dia! takkan dia nak tikam belakang kita!” bidas Isha. Perbualan antara mereka berdua semakin rancak sehinggakan Isha terlupa menyambung kerjanya. “Beb! Kita ni bukan zaman batu tau! Benda-benda macam tu dah banyak jadi! Kau tak baca ke artikel-artikel pasal kawan rampas kekasih kawan? Kau tak takut ke?” soal Nia. “Dah jauh sangat kau pergi ni! Dahlah! Aku banyak kerja ni. Kau takda kerja ke duk bertandang bilik aku ni?” Isha menyoal rakannya yang masih duduk di sofa itu. “Ada. Tapi lambat lagi bos nak proposal tu! Tu yang kau mai sini! Okeylah, aku balik meja aku dulu! Kejap lagi bos datang, masak kita!” balas Nia sambil bangun dari sofa merah empuk itu dan menuju ke pintu. Isha hanya mengangguk dan memerhatikan rakannya itu sehingga hilang dari pandangannya. Dia kembali menyambung kerjanya.
Share this novel