WAD KELAS 1
Disebabkan esok aku dijadualkan bersalin secara pembedahan, doktor dah suruh aku daftar masuk sehari lebih awal. Aku bersalin di hospital kerajaan je. Maklum la suami kerja kerajaan. Awal-awal aku buat permintaan kat suami nak duduk wad kelas 1 atau 2. So lebih privesi dan selesa. Rezeki anak nak lahir barangkali, aku ditempatkan di kelas 1 yang hanya mempunyai 2 katil sahaja 1 wad. Kalau wad kelas 2 ada 4 katil dan kelas ke 3 atau 4, masing-masing 6 katil dan 8 katil. Lepas daftar wad, suami aku Razif terus balik rumah duhulu uruskan dua orang lagi anak kami yang sedang bersekolah. Razif kata nanti tiba masa lawatan baru dia datang teman aku.
Lepas jururawat drip tangan masuk air, aku pun baring dan cuba lelapkan mata. Tapi tetap tak mau tidur, Mungkin sebab ada sedikit risau tentang pembedahan esok. Baby aku berada di kedudukan songsang. Baru tahu masa last checkup di klinik kesihatan hari tu. Doktor scan, dan kata baby aku songsang. Disebabkan usia kandungan dah cukup 38 minggu, doktor terus buat surat suruh ke hospital. Sampai je hospital, pegawai bertugas suruh aku pilih tarikh untuk bersalin secara pembedahan.
Dan esok, adalah hari yang dinantikan. Setelah 7 tahun usia anak kedua ku, aku disahkan mengandung lagi. Syukur sangat. Adeh, tiba-tiba perut rasa memulas. Tak kan la nak beranak dah. Terus laju ke tandas selang beberapa langkah je dari katil aku. Nasib baik duduk kelas 1, tandas ada dalam wad jugak. Oh bukan nak beranak memang sakit perut nak membuang.
Share this novel