Bab 64

Drama Completed 35637

Udara pagi yang segar membuatkan Tiara semakin bersemangat untuk berjoging pagi itu. Sesudah mengunci kereta, Tiara berjalan ke arah laluan untuk berjalan di taman rekreasi itu.

Sudah lama dia tidak datang ke taman itu. Kali terakhir dia datang ke situ, dalam 6 tahun lepas.

Ketika itu, kali pertama dia...

Tiara menggelengkan kepalanya. Perkara yang lalu seharusnya dia lupakan. Tiada guna untuk dia kenang.
Tiara pun bermula berlari-lari anak.

Sepanjang dia berlari, dia tidak dapat untuk menahan fikiran nya daripada teringat memori yang terjadi di situ ketika 6 tahun dulu.

Peristiwa itu bermain main di kotak fikiran nya. Ia bagaikan baru terjadi semalam. Tiba-tiba jauh di sudut hatinya, dia berharap sesuatu perkara yang agak mustahil terjadi.

"Stop Tiara. Jangan nak berharap benda bukan-bukan" kata hatinya.

Selepas 30 minit berpusing di taman rekreasi itu, Tiara mengambil keputusan untuk duduk sebentar di meja batu yang ditempatkan di taman itu.

Tiara mengelap peluhnya menggunakan tuala kecil yang dibawanya bersama. Air mineral yang dibelinya daripada mesin air diteguk sehingga separuh botol.

Sedang dia termenung jauh, secara tiba-tiba ada satu suara yang sudah terlalu lama tidak didengari nya. Jantungnya berdegup kencang secara tiba-tiba.

"Tiara?" sapa satu suara daripada belakang.

Dengan teragak-agak Tiara memusingkan kepalanya dan memandang ke belakang. Sebaik sahaja dia melihat wajah pemilik suara itu, jantungnya bagai direntap. Kakinya menggeletar.

"Hadi" kata Tiara perlahan.

Ikhwan Hadi tersenyum kecil.

"Apa khabar kau Tiara?" tanya Hadi dengan mesra sebaik sahaja dia duduk di kerusi yang bertentangan dengan Tiara.

Tiara yang jantungnya masih lagi berdebar menjawab perlahan.

"Sihat, alhamdulillah. Kau?"

"Aku sihat je macam yang kau tengok sekarang. Lama dah kan kita tak jumpa? Dalam 5 tahun macam tu. Macam mana kau belajar dekat overseas? Okey semua?" tanya Hadi seolah-olah sebelum ini tiada apa-apa yang terjadi antara mereka berdua.

"Okey je semua. Aku dah habis belajar dah. Kerja pun dah" jawab Tiara masih lagi janggal dengan keadaan itu. Tetapi dia melihat Hadi tenang sahaja seperti tiada apa-apa.

"Dia amnesia ke?" bisik hati Tiara.

"Tapi kalau amnesia takkan dia boleh ingat aku. Bukan, dia tak amnesia" bisik hatinya lagi.

"Ouhh" Senyuman masih lagi tidak lekang daripada wajah Hadi.

"Er, Hadi. Aku... Aku nak mintak maaf dengan apa yang jadi dulu. Aku tak sempat nak mintak maaf dengan kau lagi. Sorry lah dengan perangai tak matang aku dulu. Ikut perasaan. Aku mintak maaf" Akhirnya dapat juga dia mengungkapkan kata-kata itu.

"Eh, tak apa. Aku tak terasa hati pun. Lagipun aku faham dengan apa yang kau rasa. Aku yang sepatutnya mintak maaf dengan kau. Semua takkan jadi kalau aku tak mulakan"

"Bukan, aku yang salah. Perangai aku macam budak-budak. Tak fikir panjang terus melulu buat keputusan" kata Tiara, bersalah.

"Sudah lah Tiara. Aku pun dah lama lupa kisah lama. Semua orang buat silap. Apa yang penting sekarang ni masa depan kita" balas Hadi.

"Aku dah nak kahwin dua minggu depan" kata Tiara perlahan. Selepas dia melakukan solat sunat istikarah, dia sudah mendapat jawapan yang dia cari.

Tiara terima lelaki itu dan dia sudah memaklumkan perkara itu kepada abangnya.

Seperti dijangka, abangnya gembira dengan berita yang disampaikan oleh Tiara. Abang dan kakak iparnya sudah mula buat persiapan untuk perkahwinan nya yang akan berlangsung dua minggu akan datang.

Hadi kelihatan terkejut dengan berita itu.

"Serius? Aku pun kahwin dua minggu depan. Wah! Tak sangka pulak boleh sama. Tapi aku punya majlis nikah hari Sabtu and bersanding hari Ahad" kata Hadi dengan teruja seperti kanak-kanak yang diberi ais krim.

Tiara terkedu dan tersentak. Seolah ada panahan yang memanah hatinya. Tetapi dia berpura-pura seperti tiada apa-apa. Dia menguntumkan senyuman palsu.

"Ye ke? Tak tahu lah pulak kita boleh kahwin tarikh yang sama" jawab Tiara. Dia tidak tahu apa yang perlu dia katakan. Lidahnya kelu.

"Tapi aku kahwin dengan orang yang aku sayang lah. Kau pulak? Bakal suami kau macam mana? Teringin aku nak jumpa"

Buat kali kedua, hati Tiara bagai ditikam tikam apabila mendengar kata-kata Hadi. Hatinya pedih mendengar bahawa Hadi akan berkahwin dengan orang yang dia sayang.

Tiara ketawa dengan janggal.

"Nanti kau jumpa lah dengan dia nanti. Aku pun tak tahu siapa" Akhir ayatnya, Tiara kata dengan perlahan.

"Hah? Apa dia?" Hadi tidak dapat tangkap apa yang dikatakan oleh Tiara.

"Tak ada apa" kata Tiara sambil tersenyum kecil.

"Apa kata kau datang rumah aku Sabtu depan? Sebelum kita berdua jadi suami dengan isteri orang. Mak aku mesti suka tengok kau datang. Hawa pun lama dah nak jumpa dengan kau. Tapi, kau sudi ke nak datang rumah aku lagi?"

"Eh, kenapa pulak macam tu. Aku okey je nak datang rumah kau. Tapi, malu lah dengan family kau" jawab Tiara. Dia teringat yang dia menipu Puan Balqis tentang abangnya.

Dia katakan yang abangnya kerja offshore. Tambahan pula dia sudah lama tidak berjumpa dengan mereka sekeluarga.

"Nak malu apa? Diaorang mesti suka punya, aku percaya. Kau nak tak?"

"Boleh, insyaallah. Cakap pasal Hawa, mesti dah besar kan dia? Dah lama sangat aku tak jumpa dia. Last jumpa dia masa dia kecik" kata Tiara. Dia terbayang wajah comel Hawa semasa Hawa masih di darjah 2. Dia tidak tahu bagaimana rupa Hawa sekarang.

"Besar dah dia. Sekolah menengah dah. Tingkatan satu. Dia dapat tawaran sekolah dekat sekolah asrama tapi tu lah dia, mengada-ngada. Tak nak berenggang dengan mak aku" kata Hadi mengenangkan adik perempuan nya yang seorang itu.

Tiara ketawa.

"Tak apa lah. Belajar dekat mana-mana pun sama je janji dia belajar rajin-rajin. Nanti kalau paksa dia belajar dekat asrama, dia tak boleh fokus. Langsung semua pelajaran tak masuk dalam otak" jawab Tiara.

"Itu lah tu. Eh, asyik aku je yang cerita pasal life aku. Kau tak ada apa-apa cerita ke?" tanya Hadi.

"Aku?"
//
'Aku pun kahwin dua minggu depan'

Berkali-kali ayat yang diucapkan oleh Hadi itu terngiang-ngiang di telinga Tiara. Ayat itu seolah olah tidak mahu lekang daripada fikirannya. Melekat sahaja di kotak fikiran nya.

Tiara yang baru sahaja selesai membersihkan diri, menyidai tuala di tempat penyidai kemudian dia duduk di birai katil.

Semasa sedang termenung jauh, tidak semena-mena satu cecair jernih mengalir di pipinya. Bermacam macam perasaan sedang bermain di hatinya. Dia tidak sangka semua ini akan berlaku.

Lama kelamaan makin laju air matanya mengalir keluar dan kedengaran esakan kecil. Tiara tidak tahu mengapa dia menangis tetapi apa yang dia tahu, dia rasa hampa dan kecewa.

Nur Zahirah yang ingin mengambil baju dari dalam mesin basuh melintas di hadapan bilik Tiara. Semasa sedang melintas, dia terdengar esakan kecil Tiara.

Disebabkan ketika itu suasana rumah senyap, dia dapat mendengar dengan jelas. Perlahan-lahan dia menolak pintu bilik Tiara yang tidak bertutup.

Zahirah melihat Tiara sedang mengelap matanya yang bertakung dengan air mata.

"Hey, Ara... Kenapa ni? Kenapa menangis ni, hah?" Zahirah dengan pantas duduk di hadapan Tiara.

Apabila melihat kakak iparnya berada di hadapan, lagi bertambah sedih dia dibuatnya.

"Akak..." rintih Tiara. Tiada kata yang dapat dia ungkapkan ketika itu.

Zahirah bingung. Apa sebenarnya yang terjadi ini? Tanpa bertanya lagi, Zahirah mendekatkan dirinya dengan Tiara dan bawa Tiara ke dalam pelukannya. Dia memeluk Tiara dengan erat.

"Cuba cakap dengan akak. Kenapa Ara menangis?" kata Zahirah dengan nada yang lembut dan perlahan.

"Dia dah nak kahwin" jawab Tiara bercampur dengan esakan.

"Siapa yang nak kahwin ni?" tanya Zahirah. Dia menjadi semakin bingung.

"Ikhwan Hadi. Dia nak kahwin dua minggu depan" Tiara melepaskan pelukan itu dan memandang wajah Zahirah dengan pandangan yang sedih.

"Siapa Hadi? Boyfriend Tiara dulu ke masa zaman universiti sini?" tanya Zahirah. Maklumlah, dia masuk ke dalam keluarga itu semasa Tiara masih belajar di luar negara.

Dia juga sedia maklum yang Tiara pernah belajar di universiti tempatan tetapi tidak lama kerana mendapat tawaran universiti di luar negara.

Tiara diam. Mulut nya terkunci tetapi hatinya berkata-kata.

"Aku kehilangan cinta pertama aku disebabkan oleh keegoan dan kebodohan aku sendiri"
//
Kunjungan Tiara ke rumah keluarga Hadi selepas hampir 5 tahun meninggalkan rumah itu disambut dengan sangat baik oleh keluarga Hadi. Layanan yang diberikan masih sama seperti semasa Tiara menetap di situ dahulu.

Sebelum apa-apa, Encik Irwan meminta maaf pada Tiara tentang apa yang telah terjadi 5 tahun dahulu. Dia sedar akan kesilapannya kerana tidak berterus terang perkara sebenar kepada Tiara sehingga menyebabkan hubungan Tiara dan Hadi retak seribu.

Disebabkan perkara itu sudah terlalu lama, Tiara memaafkan Encik Irwan dengan hati yang ikhlas. Dia juga sedar bahawa bukan manusia yang menentukan takdir tetapi Dia, sebaik-baik perancang dan rancangan-Nya lah yang terbaik.

Hawa pula sangat teruja untuk bertemu dengan Tiara. Kali terakhir Tiara melihat Hawa, Hawa masih kecil. Ketinggian Hawa juga setakat di paras pinggang Tiara.

Tetapi, kini Hawa sudah menjadi anak dara. Wajahnya manis apabila tersenyum. Sama seperti abangnya yang kacak, Hawa juga mempunyai rupa paras yang cantik.

Semasa Tiara dan Puan Balqis berbual-bual kosong di halaman belakang rumah, Tiara ada bertanya tentang satu perkara.

"Hadi ada bagi tahu Tiara yang dia nak kahwin dua minggu depan. Betul ke mak cik?" tanya Tiara. Bukan dia tidak percaya dengan kata-kata Hadi, tetapi dia sengaja ingin mendapatkan kepastian.

"Oh, ya. Punya seronok kita bersembang, terlupa mak cik nak cakap pasal tu. Haah, betul la apa yang Ikhwan cakap tu. Dia nak kahwin dua minggu depan. Tiara boleh datang ke? Mak cik harap sangat Tiara boleh datang. Mak cik ni dah anggap Tiara macam anak mak cik sendiri" jawab Puan Balqis tanpa mengetahui apa yang dirasai oleh Tiara.

Berat. Berat untuk dia terima tapi apakan daya. Takdir sudah tertulis bahawa Hadi bukanlah jodohnya. Jodoh Hadi mungkin seorang perempuan yang berkali ganda lebih baik daripada dirinya.

"Bukan Tiara tak nak datang mak cik. Tapi... Hari yang sama juga, Tiara kahwin..." kata Tiara, walau hatinya tidak rela.

Terpancar riak wajah terkejut di muka Puan Balqis. Dia memegang tangan Tiara.

"Tiara nak kahwin? Kenapa tak cakap dengan mak cik awal-awal? Siapa lelaki tu?"

Tiara cuba memaksa dirinya untuk senyum.

"Tiara tak kenal dia mak cik. Abang Tiara yang 'arrange' kan semuanya. Mula-mula tu Tiara tak setuju jugak sebab Tiara tak kenal pun lelaki tu. Tapi lepas istikharah, Tiara rasa dia lah orangnya. Insyaallah"

Sepanjang menunggu hari pernikahan nya, bermacam-macam jenis rupa lelaki sudah Tiara fikir. Dia tertanya-tanya bagaimana rupa bakal suaminya itu dan orangnya jenis yang macam mana. Makin dia fikir, makin dia keliru.

"Insyaallah. Mungkin dah tertulis yang lelaki itu untuk Tiara. Mak cik doakan supaya Tiara dengan dia akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Sampai syurga lah" kata Puan Balqis dengan senyuman.

"Terima kasih mak cik. Bakal isteri Hadi pulak macam mana? Mesti cantik kan orangnya? Teringin Tiara nak tengok. Mak cik ada gambar dia?" kata Tiara, mengubah topik.

"Gambar? Maaf lah Tiara. Hadi tak bagi kami semua satu keluarga bagi gambar bakal isteri dia dekat orang lain. Dia nak bakal isteri dia dirahsiakan. Kalau tak, mak cik memang nak tunjuk dekat Tiara"

"Eh, tak apa lah. Bukan salah mak cik pun. Tiara faham. Mestilah Hadi nak orang tengok bakal isteri dia masa majlis akad nikah nanti kan? Hadi ni pun. Rahsia sangat " kata Tiara sedangkan dalam hati nya meronta-ronta ingin melihat wajah perempuan itu.

"Tapi, orangnya memang cantik. Kalau orang tengok dia, sedap mata memandang lah. Baik pun, baik. Memang mak cik berkenan dengan dia. Pandai Hadi cari isteri"

Kata-kata yang keluar daripada mulut Puan Balqis membuat kan Tiara tersentak. Daripada cara Puan Balqis memujinya, dia dapat bayangkan betapa gembiranya Puan Balqis mendapat menantu seperti itu.

Dan semestinya Hadi juga bertuah kerana akan berkahwin dengan perempuan sebaik itu.

Tiara tersenyum kecil. Dia harus menerima hakikat bahawa takdir jodoh dia dan Hadi tidak melalui laluan yang sama.

thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for late update:(:(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience