Rate

Bab 52 Rawatan Penyakit Puan

Romance Completed 278137

Setelah beberapa hari Adib balik dari hospital, dia tetap berasa pening dan mual. Itu membuat ibunya Puan Saleha dan ayahnya Encik Amri merasa cemas melihat keadaan Adib Umair yang belum pulih sepenuhnya. Namun Adib Umair percaya, pasti yang dia alami ada kena mengena dengan Anis, apa lagi setelah melihat pola makan Anis yang mengejutkan. Selera makan Anis Umairah bertambah dan tidak memilih seperti biasa.

Sepulangnya dari sekolah, Adib Umair bercadang untuk membawa Anis ke klinik yang terdekat untuk memeriksa Anis, Adib begitu percaya dan yakin Anis hamil.

"Honey, Anis siap-siap ya ikut abang pergi klinik."

"Buat apa abang?"

"Cek kehamilan Anis, abang yakin Anis hamil."

Apa lagi melalui kata-kata Amar, selagi Anis tak cek kehamilan, selagi itulah Adib akan merasakan pening dan mual-mual wanita hamil. Dia dah tak larat menanggung, apa lagi dia kena pergi mengajar di sekolah.

"Baik abang."

Anis Umairah sebenarnya ragu-ragu untuk cek kehamilan, sebab dahulu Anis pernah berubat bahagian rawatan penyakit puan, dan doktor mengatakan bahawa dia sulit untuk hamil apabila sudah berumah tangga kerana period bulanannya tidak teratur seperti remaja lain seusianya.

"Ibu, kami keluar sebentar ya!" Adib dan Anis meminta izin untuk keluar kepada Puan Saleha.

" Adib nak ke mana tu? Takkan baru je balik dari sekolah nak jalan lagi, Adib belum sihat sepenuhnya." Cemas Puan Saleha kedengaran di Indera pendengaran Adib Umair.

"Adib nak jalan-jalan ambil angin dulu ibu, nanti Adib awal balik ya!" Cuba menenangkan hati Puan Saleha.

"Yalah kalau macam tu, korang berdua hati-hati ya."

"Okay ibu, assalamualaikum,!" Ucap Adib dan Anis hampir bersamaan.

"Waalaikumussalam!" Puan Saleha berdiri di koridor rumahnya melihat kereta Adib dan Anis keluar dari gerbang pagar rumahnya.

Setelah beberapa minit mengemudi, kereta Adib Umair  tidak ke klinik yang biasa mereka pergi.

"Abang, kita nak ke mana ni?"

"Kita ke tanjung malim ya, kita cek kat klinik swasta di sana."

"Jauhnya abang, kenapa pergi jauh sangat?"

"Supaya takde yang kenal Anis." Sahut Adib sambil tersenyum tipis.

Anis menggangguk faham maksud Adib. Apa lagi perkahwinan mereka di rahsiakan, risau kalau-kalau ada orang yang mengenali mereka berdua.

"Oh, okay." Suasana dalam kereta sunyi hanya kedengaran lagu dari radio FM.

Ha-ah-ah-ah
Ha-ah-ah

Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang-bayang
Gelap walau di suluh cahaya

Pepasir pantai pun berubah
Pabila hakikat melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi

Kau hiasi rumah kasih abadi
Serik menghiasi singgahsanamu
Kau berjaya merubah segala
Kasih semalam menjadi esok

Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
DariMu, Tuhan, pencipta alam

Rabiatul Adawiyah
Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi iktibar

Asmaramu di hampar suci
Pintalan dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu

Ha-ah-ah
Ha, ha, ha, ha

Namamu menjadi sanjungan
Ikutan ummah sepanjang zaman
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah

Rabiatul Adawiyah
Serikandi yang tercipta (oh-ho)
Sungguh agung pengabdianmu (pengabdianmu)
Kau berjaya menjadi iktibar (menjadi iktibar), ho

Asmaramu di hampar suci
Pintalan dari awanan putih (oh-oh)
Membuahkan titisan rahmat (titisan rahmat)
Menyuburkan mawar yang layu (mawar yang layu), wo-wo

Rabiatul Adawiyah
Serikandi yang tercipta (serikandi yang tercipta)
Sungguh agung pengabdianmu (pengabdianmu)
Kau berjaya menjadi iktibar (menjadi iktibar)

Asmaramu di hampar suci (di hampar suci)
Pintalan dari awanan putih (awanan putih)
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu.

"Best ya lagu ni abang!" Ucap Anis Umairah tiba-tiba sambil tersenyum melihat Adib yang tengah mengemudi.

"Ha'ah, abang pun suka dengar."

"Mudah-mudahan Anis macam srikandi Rabiatul Adawiyah, Anis ingin menjadi bidadari syurga."

"Aamiin, insya Allah Anis... Semoga isteri abang nanti menjadi bidadari abang di syurga nanti. Semoga kita bertemu semula di syurga."

"Aamiin."

Setelah beberapa minit mengemudi, akhirnya mereka sampai di klinik swasta di tanjung malim.

"Mari Anis, kita pergi daftar dulu. Baru cek kehamilan Anis."

Anis Umairah cuma mengikuti setiap arahan Adib. Tidak apa, apapun keputusan yang doktor beri, dia akan redha.

"Anis Umairah, silakan ambil cawan plastik ni, awak letak sedikit air kencing pertama awak kat sini ya." Arah jururawat yang menjaga bahagian kaunter klinik swasta tersebut.

"Baik, terima kasih."

Anis pun menuju ke tandas yang di tunjukkan oleh jururawat tadi, Adib cuma menunggu Anis bahagian ruang tunggu.

Setelah Anis menyerahkan semula Cawan plastik tersebut, Anis Umairah di arahkan duduk semula di ruang menunggu.

"Okay juga honey?" Ucap Adib setelah melihat wajah isterinya yang memucat.

"Insya Allah okay abang." Jawabnya sepatah-sepatah.

"Abang yakin Anis hamil, apa lagi tanda-tanda kehamilan tu abang yang kena." Kata Adib Umair sambil mengusap lembut kepala Anis.

"Anis risau abang, kalau negative macam mana? Doktor bahagian rawatan penyakit puan aritu kata Anis sukar untuk mengandung." Ucapnya sedih, hatinya bagai di ramas-ramas.

"Tak perlu risau ya." Ucap Adib menenangkan hati Anis.

"Anis Umairah, silakan masuk ke ruangan doktor ya." Panggil jururawat tersebut.

Adib Umair dan Anis Umairah berdiri serentak dan masuk ke ruangan doktor yang di maksudkan.

"Selamat petang puan, nama Puan Anis Umairah ya?" Tegur Doktor Shahila yang merawat Anis.

"Selamat petang, betul doktor, saya Anis Umairah." Jawabnya gugup.

"Minta maaf ya puan, hasil pemeriksaan upt tadi, puan tidak di dapati hamil ya. Keputusannya negative." Sambil menunjukkan hasil pregnant test.

Adib dan Anis beredar dari klinik tersebut setelah mengucapkan terima kasih.

"Kita ke klinik lain lagi, kita cuba lagi ya!" Kata Adib tidak berputus asa.

"Okay Abang."

Adib dan Anis sudah berkeliling pergi ke semua klinik swasta dan kerajaan namun hasilnya tetap sama, negative. Perasaan Anis sudah merasa bersalah pada Adib, kerana dia tidak dapat memenuhi keinginan Adib iaitu mengandung anaknya.

"Mari kita ke Damansara, honey tak usah sedih, kita ke rumah kakak sepupu Anis ya."

"Rumah kak Imani ke?" Teka Anis melihat Adib yang belum berputus asa.

"Ke sana buat apa?"

"Kita buat cara kampung pula, abang yakin Anis hamil." Sahutnya tak mengalah.

"Ya Allah abang, tak perlulah." Ucap Anis Umairah sedih, air matanya sudah meleleh deras seperti air terjun.

"Please, honey jangan nangis, takut baby tu gugur. Kata kawan abang, ibu mengandung tak boleh sedih-sedih."

Anis mengusap airmatanya yang meleleh, dia akan cuba kuat mengatasi keinginan suaminya Adib.

Semoga terhibur ya, baru jer salin :-D apa yang anis alami ni, sama seperti akak alami 10 tahun yang lalu, ini akak tulis mengikut pengalaman akak ya. Selamat malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience