26.

Romance Completed 46610

"Uth nak Aura jadi milik Uth mutlak. Uth tak boleh hidup tanpa Aura." Kata Uthman.

"Uth tahukan Daddy takkan mahu menjadi wali Aura lagi." Kata Aura.

"Uth akan urus dengan Wali hakim kat sini." Kata Uthman.

"Kat sini?" Soal Aura.

"Uth nak, Aura balik je dari Bintulu, Uth akan menikahi Aura disini. Biarlah takde satupun family kita yang penting, Uth nak jadikan Aura halal disisi Uth." Kata Uthman.

"Tak terlalu cepat ke?" Tanya Aura.

"Uth taknak pisang berbuah dua kali." Kata Uthman.

"Baiklah. Aura terima Uth. Jadi Imam Aura dunia dah Akhirat." Kata Aura.

"Terima kasih Sayang terima Uth dalam hidup Sayang." Kata Uthman.

"Aura yang patut kata terima kasih sebab Uth sanggup terima Janda seperti Aura." Kata Aura.

"Shhh.. Uth tak pernah Anggap Aura seorang Janda." Kata Uthman.

"Tapi Aura nak bagitahu Uth ni." Kata Aura.

"Apa dia sayang. Cakap je. Uth dengar." Kata Uthman.

Aura mula mendekatkan bibirnya ditelinga Uthman.

"Aura Janda tapi masih dara." Bisiknya.

Besar mata Uthman mendengar apa yang Aura katakan tadi.

"Maksudnya, Mateen dan Aura?" Tanya Uthman.

"Betul." Kata Aura.

"Ya Allah besar nikmat yang kau berikan padaku Ya Allah." Merah mata Uthman menahan agar tak mengalirkan Airmata lelakinya buat kesekian kalinya kerana perempuan didepannya.

Makanan mereka kini telah terhidang diatas meja. Uthman mula memberikan Mee Sup Ikan pada Aura.

"Sayang mesti banyak makan tau." Kata Uthman.

"Gemuklah Aura nanti." Kata Aura.

"Uth tak pernah pilih dari penampilan. Uth lihat kebaikan dan ketulusan hati dan budi." Kata Uthman.

"Tapi yang Uth takut Sayang dah cantik sekarang, Mesti ramai nak try sayang kan?" Kata Uthman.

"Ramai." Kata Aura.

"Hah tengok." Kata Uthman.

"Termasuk kawan Uth, Amin." Kata Aura.

"Uth tak kisah walupun bertumbuk ke apa, Nak dapatkan sayang ni bukan senang." Kata Uthman.

Aura ketawa kecil mendengar kata Uthman.

"Walaupun banyak nak try, Tapi dekat dalam hati ni hanya nama awak sejak kita bertemu di London. Aura dah mula jatuh hati dengan Uth. Tapi masa tu Aura tahu Aura masih isteri kepada Mateen." Kata Aura.

"Uth ingat uth hanya bertepuk sebelah tangan." Kata Uthman.

"Tapi Aura lama kat sini. Kontrak Aura dekat sini 6 tahun." Kata Aura.

"Uth takkan minta posting tempat lain. Uth akan ada disisi Sayang." Kata Uthman.

Uthman menghantar Aura oulang ke Villanya. Sehingga Aura hilang dari pandangannya, barulah Uthman pergi dari sana dan pulang ke perumahan tentera.

Aura kini berada dilautan Bintulu. Manakala Uthman baru sahaja sampai dari Sabah selepas Menyertai latihan tembakan jarak jauh.

Uthman masuk kebahagian Whatsapp didalam Phonenya, tempat Aura bekerja kali ni tidak mempunyai line yang baik. Memang susah nak membuat atau menerima Panggilan. Uthman mempost gambar Sebentuk Cincin Emas putih dengan Caption (TAK LAMA LAGI JUMPA EMPUNYA JARI).

Uthman terlalu sibuk saat ini, kerana dia sedang menguruskan Wali Hakim untuk aura. Nasib orosesnya berjalan lancar.

Phonenya mulai berderinh nombor tak dikenali. Yang disangkanya Aura. Lalu dia menjawab mesra seperti selalu.

"Hyeee Sayang. Assalammualaikum." Kata Uthman.

Gadis didalam talian ketawa renyah. Dia mengenali suara itu.

"Melati?" Tanya Uthman.

"Uth. Cincin tu untuk siapa?" Tanya Melati.

"Bakal Makmum Saya." Kata Uthman.

"Siapa? Aura?" Tanya Melati.

"Siapapun dia, Tiada kena mengena dengan awak. Antara Awak dan saya dah tamat. Awak kakak Ipar dan aku adik ipar." Kata Uthman.

"Tapi Melati masih sayangkan Uth. Melati tak boleh lupakan Uth. Melati menyesal kahwin dengan Luthfan." Kata Melati.

"Kenapa awak tak fikir dari dulu sebelum awak perangkap Abang Luthfan hingga.." Uthman taknak menghabiskan ayatnya.

"Saya boleh minta cerai dengan Lutjfan
Asal awak kembali pada saya." Kata Melati.

"Istighfar Melati. Kau tu Ipar aku. Apapun yang jadi aku tetap akan pilih Gadis ni berbanding dengan awak yang lebih melihat duit dari hati." Kata Uthman Lalu memutuskan Panggilan.

"Buat aku hilang mood je." Kata Uthman.

Dia menekan Kekunci dan phonenya kembali menyala. Gambar depan phone nya terpapar Aura dan dirinya yang berada dibawah cahaya matahari dengan gaya Aura sedang melihat dirinya dibelakang.

"Kuatkan jodoh ku bersama Aura. Aku tak sanggup andai aku akan kehilangannya nanti." Kata Uthman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience