Bab 36

Romance Series 113890

Yus sampai di rumah lebih kurang jam sebelas pagi. Perut rasa lapar, Yus terus ke dapur memasak nasi goreng untuk dimakan. Siap dimasak, hanya sedikit yang dimakan. Tiada selera.

Yus kemudian masuk ke bilik tidur mahu menukar pakaian. Selepas menukar pakaian Yus duduk di birai katil.

Tadi sebelum balik ke rumah, Yus singgah di kedai buku. Semasa sedang memilih buku, ternampak satu majalah perniagaan yang muka depannya dihiasi dengan wajah Tan Sri Mokthar. Yus mengambil dan menyelak helaian majalah tersebut dan terdapat gambar Tan Sri Mokthar bersama isteri dan dua anaknya dan ya, anak perempuan Tan Sri Mokthar adalah Mona, perempuan yang disangkakan girlfriend Aniq. Yus kemudian mengambil majalah tersebut dan terus membayar di kaunter.

Teringat dengan majalah itu, Yus mengambil tote bag di atas meja dan mengambil majalah lalu duduk di birai katil menghadap sliding door.

Helaian majalah itu diselak sehingga sampai ke artikel mengenai keluarga Tan Sri Mokthar. Dalam artikel tersebut ada menyatakan mengenai anak lelaki sulongnya dan namanya juga tutut tercatat di situ Raqib Aniq bin Tan Sri Mokthar seorang pegawai kanan polis di IPK Selangor.

Hm.. Memang betul Aniq anak Tan Sri Mokthar.. tetapi tiada gambar Aniq. Yus melihat muka hadapan majalah tersebut, ini keluaran bulan ini. Hm... Majalah itu dibiarkan terbuka dan diletakkan di atas katil. Yus bangun dan melangkah menuju ke sliding door lalu membunya dan duduk di kerusi yang terdapat di situ.

+++

"Aniq, kau dah siap belum. Jomlah gerak, takut lambat pulak sampai nanti" ajak Syam yang berdiri di pintu pejabat Aniq.

"Dah. Tapi singgah rumah aku jap boleh. Tertinggal dokumen lampiran. Sempat lagi kan. Metting jam dua petang" ucap Aniq sambil membawa fail di tangan. Hari ni ada mesyurat Pencegahan Jenayah Rentas Sempadan bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur di Golf and Country Resort. Selain Aniq dan Syam ada beberapa orang lagi pegawai yang turut terlibat dengan mesyuarat ini.

"Okey, sempat lagi. Aku drive, naik kereta aku" kata Syam.

"Okey set."

Sampai sahaja di hadapan rumah, Aniq menekan remote untuk membuka pagar. Sebaik Syam memandu masuk keretanya ke perkarangan rumah Aniq, dilihat kereta Yus elok terpakir.

"Eh, Yus dah balik ke. Awalnya." soal Syam

"Ye la tu sebab pagi dia keluar awal. Agaknya metting habis awal kot. Jom masuk dulu" ajak Aniq.

Kedua-duanya keluar dari perut kereta, Aniq lalu membuka kasut dan masuk ke dalam rumah manakala Syam hanya duduk di kerusi berhampiran pintu masuk sahaja.

Aniq ke dapur untuk mencari Yus, tiada. Dilihat ada tudung saji dan dibuka.

"Erm.. Nasi goreng. Makan sikit je, tak sihat ke?" kata Aniq. Diambil sesudu dan dimakan. Sedap..

Aniq kemudian meninggalkan ruang dapur dan menuju ke bilik kerjanya untuk mengambil dokumen yang teringgal. Setelah itu Aniq menuju ke bilik tidur, perlahan daun pintu ditolak. Kelibat Yus dicari dan dapati Yus sedang duduk di kerusi di baloni bilik. Langkah perlahan diatur. Semasa melintas katil Aniq terpandang sebuah majalah yang muka suratnya terbuka.

Hm.. Majalah apa yang dibacanya ni.

Aniq kemudian menukar langkah ke arah katil. Belum sempat tangan mencapai majalah, matanya tepat memandang gambar yang terpapar pada dada majalah itu. Dup! Ada rasa tidak enak.

Tegak Aniq memandang ke hadapan apabila terasa seperti ada orang berdiri di belakangnya. Perlahan Aniq pusing, dilihat Yus memandangnya dengan air muka yang sukar dimengerti, bercampur-campur. Marah, kecewa, sedih.

"Sayang..." ucap Aniq perlahan.

"Betulkan abang anak kepada Tan Sri Mokthar?" soal Yus yang matanya tegak memandang mata Aniq dengan suara yang tertahan-tahan.

Aniq diam tak berkutik.

"Mona tu adik abangkan?" soal Yus lagi.

"Adik mak lain" balas Aniq.

"Tetap juga adik!" sudah naik sedikit oktaf suara Yus.

"Apa tujuan abang buat semua ni? Apa, abang masih tak percaya pada sayang? Masih ragu-ragu dan tak dapat terima sayang dengan sepenuh hati abang? Atau abang takut sayang ambil kesempatan pada abang untuk meraih keuntungan dalam perniagaan dengan gunakan pengaruh papa abang? Macam tu?" soal Yus dengan air mata yang sudah bertakung di tubir mata. Hanya menunggu masa sahaja untuk menitis.

"Abang.." Aniq tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan yang diaju.

"Sayang, abang minta maaf" ucap Aniq sambil datang mendekati Yus. Namun Yus pantas mengelak dari disentuh.

"Sayang, abang tak berniat untuk sorokkan pada sayang" terang Aniq.

"Tak berniat? Kalau tak berniat nak sorokkan, kenapa abang tak bagitau pada sayang semuanya pada malam sayang tanya siapa ayah abang? Abang boleh saja bagitau pada sayang malam tu tapi abang lebih memilih untuk mengelak dari menjawab soalan sayang" semakin meninggi suara Yus.

"Sampai hati abang permainkan sayang. Kenapa tak terus terang yang Mona adik abang. Seronok buat sayang macam tu, seronok tengok sayang dimain-mainkan?" soal Yus yang sudah tersandar di pintu bilik.

"Sayang, bukan macam tu. Tak terlintas pun nak mainkan sayang"

"Dah la abang, sayang sedar siapa sayang. Abang kahwin dengan sayang pun kerana wasiat arwah abah, jika tidak abang tidak akan kahwin dengan sayang pun" ucap Yus lalu laju melangkah keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Sakit rasa hati bila melihat wajah Aniq.

"Sayang, tunggu" panggil Aniq lalu cuba mencapai tangan Yus tetapi laju Yus menepis.

"Awak nak cakap apa lagi. Dari tadi saya tanya satu soalan pun awak tak jawab. Masih lagi nak mengelak dan berahsia!" panggilan pada Aniq sudah berubah. Marah benar Yus pada Aniq.

Terkejut Aniq dengan perubahan itu.

"Apa lagi rahsia yang awak sembunyikan dari saya? Apa lagi?" tinggi suaranya.

"Agaknya ini lah sebabnya awak berpisah dengan bekas isteri sebelum ni. Banyak sangat berahsia. Memang patut pun dia buat macam ni pada awak! Tak ikhlas. Jangan lepas ni saya pulak yang tinggalkan awak" sinis suara Yus sambil senyuman terjungkit di bibir memerli.

Berubah muka Aniq mendengar apa yang dituturkan Yus.

"Awak boleh marah dan pukul saya, saya boleh terima tapi jangan sesekali awak nak kaitkan dia dalam perkara ni!" keras suara Aniq. Menggeletar tangan Aniq menahan marah.

"Kenapa? tak boleh. Rasa bersalah? Huh! Salah ke apa saya cakap? Bekas isteri tinggalkan awak sebab sikap perahsia awak! Tak boleh terima? Kalau dah macam ni sikap awak. Menyesal saya kahwin dengan awak!" jerit Yus. Bergema di ruang tamu itu.

Syam yang berada di luar rumah, terkejut dengan bunyi suara yang bertingkah terus muncul di pintu utama. Terkejut Syam dengan apa yang Yus tuturkan. Tidak menyangka sampai begitu sekali Yus sanggup tuturkan pada Aniq.

Aniq tidak menunggu lama terus meluru keluar sambil memegang fail. Tegang wajah Aniq. Memerah telingannya menahan marah.

Aniq terus memintas Syam dan masuk ke dalam kereta.

'Bump' bunyi pintu kereta dihempas kuat.

"Yus.. Awak dah salah Yus apabila mengaitkan bekas isteri Aniq dalam perkara ini." kata Syam pada Yus yang dilihat sudah terduduk di atas lantai ruang tamu dengan wajah yang basah air mata.

Selepas Aniq dah Syam pergi, teresak Yus menangis di situ. Luluh hatinya. Apa silap dirinya hingga sampai hati Aniq merahsiakan perkara ini. Apa masalahnya dan yang paling Yus sakit hati, tidak mahu beritahu siapa Mona. Apa tujuan Aniq sebenarnya.

Ah! Penat kepalanya nak berfikir.

+++

Syam yang sedang memandu di sebelah hanya diam. Memandang sahabatnya itu.

"Arghh!!" jerit Aniq sambil dash board depan ditumbuk.

"Aniq. Bawa mengucap. Jangan macam ni. Aku bukan nak masuk campur hal rumah tangga kau tapi sebelum ni lagi aku nasihatkan suruh kau berterus terang dengan Yus. Aku tak nak jadi macam ni la." ucap Syam.

"Aku bukan tak nak bagitau tapi aku rasa tak penting pun, bagi tau dengan tak, tak ada beza pun" tegang suara Aniq dengan wajah yang masih memandang ke luar tingkap.

"Itu silap kau. Bila dah hidup berumahtangga, kejujuran penting. Aku tau aku tak layak pun bagi nasihat pada kau sedangkan aku sendiri pun masih bujang tapi kita dah dewasa, lima tahun lagi dah masuk empat puluh. Sepatutnya kau lebih matang dalam membuat sebarang keputusan. Patutnya kau membimbing dan menegur Yus, dia masih muda, baru dua puluh lima tapi sekarang ni kau pulak dah macam orang muda. Yang aku tak faham, kenapa kau tak terus pasal terang Fatin. Sekarang dah Yus salah sangka. Apa, kau masih tak boleh lupakan Fatin? Perkara sebenar tak nak bagitau. Bila dia cakap macam tu tau pulak kau marah." panjang teguran Syam pada Aniq.

Aniq hanya diam di sebelah. Aniq tau silapnya.

"Aku tau apa yang lebih kau rasakan sekarang adalah rasa bersalah pada arwah Fatin. Apa yang berlaku sudah ditakdirkan, kemalangan tersebut hanya asbab saja" ucap Syam

"Tapi tetap punca daripada aku. Kalau malam tu aku yang masuk dulu dalam kereta dan kejar suspek dah tentu bukan Fatin yang meninggal." jerit Aniq.

"Kau dah lupa qada' dan qadar ke macam mana ni? Makin tua makin lupa? Semua tu dah tertulis. Kalau dah sampai ajal, siapa pun tak boleh mengelak. Lagipun, tak siapa pun tahu yang brek kereta kau dah dipotong sebaik kita sampai lokasi operasi" tinggi suara Syam.

"Tapi tetap salah aku juga.. Kalau aku tak ajak dia ikut kita operasi malam tu dah tentu benda ni tak jadi" kendur sahaja suara Aniq.

"Macam mana lagi aku nak cakap kat kau ni. Dah lima tahun perkara ni berlaku Niq. Kenapa mesti nak kenang lagi. Patutnya kau sedekahkan dia dengan al-fatihah dan iringi doa untuk kesenangan dia di sana. Bukan masih lagi menyalahkan diri. Aku tau, kejadian itu berlaku masa korang baru tiga bulan jadi suami isteri tapi itu dah ketentuan." ujar Syam.

Aniq disebelah dilihat perlahan menyapu juring matannya yang basah. Maafkan abang Fatin, abang gagal menjaga Fatin.

Tertunduk Aniq teresak menahan tangis di sebelah.

Syam perlahan menggosok belakang sahabatnya itu. Simpati pada diri Aniq.

"Hm.. Dah, kau jangan macam ni. Kejap lagi kita nak metting. Aku tak nak emosi kau terganggu dan menjejaskan metting ni pulak. Bincang baik-baik dengan Yus dan cari penyelesaian" nasihat Syam.

"Habis tu macam mana dengan majlis doa selamat sabtu ni? Kalau dah macam ni hubungan korang?" soal Ayam.

Terus Aniq memandang wajah Syam.

Takkan nak minta mama batalkan pulak. Serabutnya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience