BAB 1

Romantic Comedy Completed 16913

Eh mamat ni, ada jugak yang makan selipar Asadi aku ni biar reti duduk diam tak payah nak usyar-usyar aku. Ni masa mak dia mengandung mengidam makan ikan termenung ke? Dari tadi asyik merenung bagai nak menerkamnya, sekali dia debik mamat Haziq ni baru dia tahu tinggi rendah bumi ni.

Gara-gara berebut tempat duduk untuk menikmati sarapan pagi, Aliya dan Haziq bertelingkah. Rakan Aliya, Farizul dan rakan Haziq, Suraya memandang mereka berdua bergilir. Sesekali mata mereka berkedip.

“Korang ni dah kenapa ? Aku rasa dah lima minit korang dok renung muka satu sama lain..”Akhirnya Farizul bersuara. Suraya turut menyampuk, mengiyakan kata-kata Farizul. “A ah lah.. Aku yang tengok korang ni pun dah sakit mata dah..”

Tiba-tiba tangan Aliya menumbuk meja makan tersebut. Mata yang memandang sudah tidak dipedulikan. Yang penting, dia bengang dengan lelaki yang bernama Alif Haziq ni. Haziq yang tidak mahu kalah, turut menumbuk permukaan meja tersebut. Sekali lagi, mereka mencuri perhatian orang lain.

“Kalau meja ni boleh tendang orang, korang berdua yang meja ni tendang tau tak? Kesian meja ni weh, tak berdosa pun. Cuba kau duduk, bawak bertenang sikit..” Farizul menarik tangan Aliya supaya duduk di sebelahnya. Sementara itu, Haziq pula menarik tangan Suraya yang sedang duduk supaya berdiri. Eh, diorang ni ada kuasa magnet ke apa?

“Sue.. Kita makan kat tempat lain je la.. Aku tak ingin nak makan kat sini..” kata Haziq bersahaja. Wajah Aliya mencuka. Bibirnya sengaja dijuihkan sedikit.

“Hmm, baguslah tu.. Farizul, kita makan kat sini je ye.. Tak payah nak susah-susah pindah. Dah tertulis dalam suratan takdir agaknya, memang kita ditakdirkan makan kat meja ni. Tiba-tiba je ada orang tu kacau daun.” Bidas Aliya dengan hiperbolanya yang teramat. Suraya dan Farizul sudah serba salah. Mahu menyampuk, takut mereka pula yang disembur. Api tengah marak menyala tu, jangan nak simbah minyak pulak!

“Hisy.. Kenapalah Allah ciptakan perempuan ni dalam dunia ni ? Serabut aku dibuatnyalah !” Sehabis ayat itu, Haziq terus menghilang. Suraya turut ditarik dengan kasar, terkial-kial dia mencapai beg tangan di atas meja. Kedengaran Aliya mengeluh. Farizul menghulurkan airnya kepada Aliya, memberi peluang kepada rakannya itu untuk ‘bernafas’ seketika.

“Kau dengan Haziq tu kenapa ? Memang dah tak boleh nak berbaik, eh ?”

“Berbaik? Memang tak lah! Siapa suruh dia cari pasal ? Dah terang-terang kau ada kat sini, bila nampak aku nak makan sekali, dia pun nak jugak duduk sini. Sakit hati aku tau !” Jelas rasa tidak puas hati di wajah Aliya. Setiap kali Haziq muncul, setiap kali itu jugalah hatinya sakit. Ehh, Haziq! Kau ni memang disaster la!!! Jerit Aliya dalam hati.

Farizul sudah menggeleng perlahan. Apa yang Aliya katakan memang benar. Tidak sangka hanya kerana salah faham di kolej dahulu, dendam Aliya dan Haziq berlarutan sehingga sekarang. Sebelum ini, ada seorang gadis yang sukakan Haziq. Maklumlah, anak orang kaya, handsome pulak tu.. Siapa yang tak suka? Memandangkan si gadis suka yang teramat pada si Haziq, lalu dia mengirim surat kepadanya, dengan menggunakan nama palsu, iaitu ‘Aliya R‘. Kebetulan di dalam kolej itu, hanya Aliya seorang sahaja yang bernama Aliya Raihana, yang paling hampir dengan nama tersebut.

Lantas, Haziq dan rakan-rakannya tersalah anggap dan menyangka Aliya yang menulis surat kepadanya. Habis Aliya dibahan oleh satu kolej. Haziq dan kumpulannya suka mengejek Aliya, menggelarnya ‘perigi cari timba’ dan sebagainya. Nasib baik Farizul tu orangnya baik, Farizul siasat semuanya dan terbongkarlah yang peminat Haziq tu sebenarnya bernama Rinda Aliya. Sejak itu, Aliya pula yang membalas dendam. Dia dan rakan-rakannya pula mengejek Haziq, memanggilnya ‘mamat perasan’. Dan perkara itu berlarutan sehingga kini, meski umur mereka sudah mencecah 28 tahun.

“Sudahlah ! Mamat ni buat spoil mood aku je !” Aliya menolak bungkusan burger di depan matanya. Dia mendengus kasar. Hatinya geram dengan Haziq!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience