BAB 12

Humor Completed 9296

Setelah kata putus diberikan oleh Iman Soraya kepada ibunya, Puan Mastura kelihatan gembira sekali dengan perkhabaran yang dimaklumkan oleh anaknya itu. Iman Soraya hanya meminta untuk tidak diadakan majlis pertunangan manakala pihak lelaki pula meminta supaya majlis pernikahan diadakan seawal yang mungkin. Untuk itu mereka telah merancang untuk sama-sama membeli barang-barang hantaran dan keperluan lain bagi mempercepatkan proses.

Iman Soraya berjalan sedikit laju kerana dia sudah terlewat untuk temujanji bersama ibu serta bakal ibu mertuanya bagi sama-sama membeli barang-barang keperluan. Sewaktu kakinya sudah mendarat di eskalator untuk ke tingkat atas, dia terpandang seseorang yang sedikit menunduk dan sibuk bercakap melalui telefon sedang menuruni eskalator di sebelah. Apabila Iman Soraya sudah berada di tingkat atas, dia kembali menuruni eskalator untuk mengejar kelibat insan yang dia nampak sebentar tadi. Namun, disebabkan ramai orang yang turut menggunakan eskalator, dia tidak dapat menuruninya dengan lebih cepat lagi dan menyebabkan dia kegagalan untuk mengejar insan tersebut. Dengan perasaan yang hampa bercampur rasa ingin tahu dan tidak percaya dengan apa yang baru berlaku, dia kembali menggunakan eskalator ke tingkat atas untuk berjumpa dengan Puan Mastura dan Puan Hasnah.

“Assalaamu`alaikum, mummy, mak cik Has, maafkan Iman sampai lambat.” Iman Soraya memberi salam dan bersalam dengan Puan Mastura dan Puan Hasnah. Kedua-dua mereka menjawab salam dari Iman Soraya hampir serentak.

“Mulai hari ini Iman panggil ummi, jangan panggil mak cik Has lagi, okey?” pinta Puan Hasnah kepada Iman Soraya.

“Insya Allah, mak cik.. eh ummi. Iman cuba. Dah lama ke sampai?” tanya Iman Soraya.

“Takde lah lama sangat. Dalam dua puluh minit ye Kak Has?” jawab Puan Mastura sambil turut meminta kepastian dari Puan Hasnah.

“Lebih kuranglah. Alah, tak kisah pun cuma kalau Iman sampai awal sikit tadi dah boleh jumpa dengan Izzat. Izzat yang hantar kami ni. Dia pun mula-mula nak ikut sama tapi tiba-tiba ada panggilan dari kawan dia minta tolong. Urgent katanya.” Ulas Puan Hasnah.

“Oh yeke. Hehe. Takde rezeki nak jumpa dia. Takpelah nanti hari nikah jumpa juga, insya Allah.” Iman Soraya tersenyum. Mereka bertiga meneruskan rancangan membeli barang-barang keperluan. Namun, fikiran Iman Soraya tidak begitu fokus. Dia masih lagi terbayang kelibat insan yang dia nampak sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience