Bab 4 Rasa Bersalah

Humor Completed 47765

Bab 4

"Knok... Knok."

Kedengaran bunyi ketukan di pintu bilik Aira Farisha. Aira Farisha terjaga dari tidur bila mendengar bunyi ketukan itu. Tangannya mengosok matanya yang agak kabur.

"Eh, siapa pula ketuk pintu pagi-pagi ni?" gumam Aira Farisha. Lalu turun dari katil untuk membuka pintu.

Aira Farisha membuka pintu biliknya itu. Aira Farisha agak hairan melihat ibunya berdiri dibalik pintu biliknya.

"Ada apa mak ketuk pintu bilik Aira ni? Kacau Aira tidur je," tanya Aira Farisha agak kesal. Kerana jam baru pukul 3.00 pagi. Waktu subuh pun belum masuk lagi.

"Aira, mak dengan ayah nak pergi rumah Pak Ngah kamu dekat kampung sebelah," beritahu Jamilah pada anaknya itu.

"Ada apa mak nak pergi rumah Pak Ngah pagi-pagi buta ni? Subuh pun tak masuk lagi ni," tanya Aira Farisha agak terkejut.

"Anak Pak Ngah kamu meninggal dunia, akibat kemalangan jalan raya," Jamilah menjawab pertanyaan anak gadisnya itu.

"Abang Long pun pergi juga ke?" soal Aira Farisha lagi.

"Abang Long nanti siang baru pergi. Mak dan ayah pergi bantu apa yang patut dekat rumah Pak Ngah kamu tu,” jawab Jamilah.

“Okeylah... Mak dan ayah hati-hati pergi rumah Pak Ngah tu,” ujar Aira Farisha.

“Kamu tu pun jaga diri dekat rumah ni. Jaga aurat kamu tu sebab dekat rumah ni ada Hafiy,” Jamilah mengingati anaknya itu.

“Yalah, Aira tahu. Dah berapa hari si Hafiy tu ada dekat rumah ni memang Aira pakai tudung dalam rumah. Hanya bila masuk dalam bilik baru Aira buka tudung,” balas Aira Farisha.

“Maknya, cepatlah!” panggil Ibrahim yang sudah berada diluar rumah.

“Yalah,” sahut Jamilah bila dipanggil suaminya.

Jamilah mula menapak ke arah suaminya yang sudah berada diluar rumah. Setelah melihat ibu dan ayahnya pergi dengan menunggang motosikal. Dengan cepat Aira Farisha menutup daun pintu utama lalu menguncinya.

Aira Farisha kembali masuk ke dalam biliknya. Perlahan-lahan dia merebahkan tubuhnya diatas katil. Setelah itu matanya kembali tertutup untuk menyambung tidurnya yang terganggu tadi.

++++++++

 

Kedengaran bunyi kokokan ayam jantan. Perlahan-lahan Aira Farisha membuka matanya. Kerana matanya terkena cahaya matahari yang tebus dari lubang jendela didalam biliknya.

“Ya Allah! Lewatnya aku bangun hari ni. Dah nak dekat tengahari,” gumam Aira Farisha bila melihat diluar jendelanya.

Aira Farisha turun dari katilnya. Lalu dia mengambil tuala untuk mandi membersihkan dirinya. Usai mandi dan memakai baju ditubuhnya barulah Aira Farisha keluar dari bilik.

Aira Farisha berjalan menuju ke arah dapur. Kerana perutnya sudah terasa lapar. Apa lagi sekarang ini sudah hampir tengahari. Bukan selalu Aira Farisha bangun lewat seperti hari ini. Aira Farisha sengaja tidak mengunci jam supaya tidurnya tidak terganggu. Kerana dia cuti dari menunaikan solat kerana tamu bulanannya datang.

Masuk sahaja ke dapur Aira Farisha terkejut melihat Megat Hafiy. Megat Hafiy sedang duduk di meja makan menoleh ke arah Aira Farisha. Megat Hafiy tergamam dan terpesona melihat Aira Farisha tanpa memakai tudung dikepalanya.

Selama beberapa hari Megat Hafiy berada di rumah Ibrahim. Aira Farisha akan mamakai tudung dikepalanya bila keluar dari bilik. Tetapi hari ini Aira Farisha terlupa memakai tudung kerana ingin cepat mencari makanan didapur. Untuk menghilangkan rasa laparnya.

Aira Farisha yang menyedari dia tidak memakai tudung. Cepat-cepat berjalan menuju ke biliknya kembali.

“Eh, kenapalah aku boleh lupa pakai tudung ni,” gumam Aira Farisha yang merasa kesal dengan dirinya sendiri. Kerana Megat Hafiy sudah melihat rambutnya. Sedangkan rambut itu adalah aurat bagi seorang perempuan.

“Tapi kenapa dia sorang je dekat dapur tu? Mana abang long?” gumam Aira Farisha lagi. Yang menyedari tidak melihat kelibat Yusof hanya Megat Hafiy sahaja seorang diri di dapur.

Aira Farisha mengambil tudung dan mula memakainya untuk menutup rambut dan dada. Aira Farisha menarik nafas sebelum membuka pintu biliknya. Jantung Aira Farisha tiba-tiba berdegup kencang ketika ingin membuka pintu.

Entah kenapa Aira Farisha asyik terbayang reaksi wajah Megat Hafiy semasa melihatnya tadi. Dia merasa agak malu kerana Megat Hafiy sudah melihat auratnya.

“Kenapa pelik semacam dia pandang dekat aku tadi. Muka aku teruk sangat ke bila tak pakai tudung, bisik hati Aira Farisha.

Kerana perut Aira Farisha sudah berbunyi minta di isi. Aira Farisha megambil keputusan untuk pergi ke dapur kembali untuk menjamu selera.

Aira Farisha melangkah keluar dari bilik. Dia menapak perlahan-lahan ke arah dapur. Sambil terjenguk-jenguk ke arah dapur untuk melihat Megat Hafiy masih berada didapur atau tidak.

Aira Farisha berasa lega bila melihat kelibat Megat Hafiy sudah tiada didapur. Dengan cepat Aira Farisha berjalan masuk ke dapur.

Sampai di meja makan Aira Farisha membuka tudung saji. Jika tiada makanan untuk dia makan. Aira Farisha mengambil keputusan untuk masak maggie sahaja. Untuk menghilangkan rasa laparnya.

Tetapi ketika Aira Farisha membuka tudung saji diatas meja. Ada beberapa kuih-muih didalam tudung saji. Aira Farisha dapat agak kuih-muih ini dibeli oleh abangnya. Aira Farisha menuang air ke dalam gelas. Setelah itu Aira Farisha melabuhkan punggungnya dibangku meja makan.

Setelah membaca bismillah Aira Farisha mula menjamah kuih-muih yang sudah tersedia diatas meja.

“Abang long ni tahu saja apa yang aku suka makan,” gumam Aira Farisha.

“Oh, Aira memang suka makan kuih ni ya. Kuih ni memang sedap,” kata Megat Hafiy yang tiba-tiba sahaja berada didapur.

Aira Farisha terkejut mendengar suara Megat Hafiy. Dia memandang ke arah Megat Hafiy dengan pandangan tidak suka.

Panjang ni kacau mood aku sungguhlah, bisik hati Aira Farisha.

Megat Hafiy bertubuh agak tinggi lampai. Dahulu sebelum Megat Hafiy tinggal dirumah Ibrahim. Yusof yang paling tinggi didalam keluarga ini.

Aira Farisha tidak mengedahkan kehadiran Megat Hafiy. Dia terus menjamah kuih yang ada didepannya.

Melihat Aira Farisha tidak peduli dengannya. Megat Hafiy menarik bangku lalu melabuhkan punggungnya.

Eh, tadi bukan dia dah makan ke? Dah kenapa pula duduk dekat sini. Kacau sungguh aku nak makan, bisik hati kecil Aira Farisha.

“Emm... Nampaknya kita tinggal berdua saja dekat rumah ni,” beritahu Megat Hafiy.

Wajah Aira Farisha berubah mendengar kata-kata Megat Hafiy. Dia memandang tajam wajah Megat Hafiy.

“Abang Long tak ada dekat rumahkah? Abang Long pergi mana?” soal Aira Farisha.

“Ya, abang kamu tu tak ada dekat rumah. Dia pergi rumah sapa tah dia cakap tadi. Katanya anak orang tu meninggal malam tadi,” jawab Megat Hafiy.

“Alah, terlupa lah pula,” gumam Aira Farisha. Yang hampir tidak didengari oleh Megat Hafiy.

“Awak ni duduk dekat sini buat apa? Bukan tadi awak dah makankah?” soal Aira Farisha dengan menatap tajam wajah Megat Hafiy.

“Saya nak teman awak makan,” jawab Megat Hafiy dengan tersengih dan mengaru kepalanya.

“Pergilah sana!... Tak perlu nak teman saya makan. Awak ada dekat sini buat saya hilang selera makan,” Aira Farisha menyuruh Megat Hafiy pergi menjauh darinya.

“Awak hilang selera makan sebab kenyang tengok muka saya kan,” ujar Megat Hafiy.

“Huek... Saya tengok muka awak rasa nak muntah adalah. Tak adanya rasa kenyang,” balas Aira Farisha.

“Yalah, awak makanlah. Saya tak akan kacau awak,” kata Megat Hafiy lalu bangkit dari bangkunya.

Megat Hafiy mula menapak keluar dari dapur meninggalkan Aira Farisha.

“Dah nak dekat seminggu tinggal kat rumah ni. Rasanya luka dia tu pun dah makin baik. Kenapalah si panjang tu tak keluar-keluar dari rumah ni,” gumam Aira Farisha dengan menahan rasa marahnya.

Tiba-tiba Megat Hafiy teringat sesuatu. Lalu dia berpatah balik ke dapur.

“Aira, saya minta maaf... Sebab tadi tak sengaja nampak kamu tak pakai tudung,” ucap Megat Hafiy setelah kembali ke dapur.

“Tak apa bukan salah awak pun. Saya yang terlupa nak pakai tudung tadi. Awak itu kena cepat sikit keluar dari rumah ni. Senang sikit hidup saya kalau awak tak ada dekat rumah ni,” ujar Aira Farisha yang berharap Megat Hafiy mengerti. Dengan itu Megat Hafiy akan segera keluar dari rumah keluarganya ini.

“Hmm... Rasanya saya tak ingin keluar dari rumah ni. Saya nak sunting awak jadi isteri saya,” balas Megat Hafiy dengan memandang tepat ke wajah Aira Farisha.

Wajah Aira Farisha berubah mendengar ungkapan Megat Hafiy itu. Dia sudah muak mendengar lamaran Megat Hafiy yang ingin peristerikan dirinya.

“Saya tak ingin nak jadi isteri awak,” balas Aira Farisha. Lalu bangkit dari duduknya dan mula berjalan keluar meninggalkan Megat Hafiy.

Megat Hafiy mengekori langkah kaki Aira Farisha.

“Hey! Yang awak ikut saya ni dah kenapa? Pergilah duduk dekat luar tu,” kata Aira Farisha yang rasa kurang selesa melihat Megat Hafiy mengikutinya.

 “Saya nak tahu kenapa awak tak sukakan, saya? Awak nampak benci sungguh dengan saya,” tanya Megat Hafiy. Kerana ingin tahu alasan Aira Farisha bersikap dingin terhadap dirinya.

Aira Farisha menarik nafas dan menghembusnya. Dia memberhentikan langkahnya dan berpaling ke arah Megat Hafiy yang berada dibelakangnya.

“Sebab awak bukan orang baik. Sebab itulah ada orang cuba nak bunuh awak,” Aira Farisha menyatakan apa yang ada didalam fikirannya.

“Hanya kerana ada orang cuba nak bunuh saya. Awak terus anggap saya sebagai orang jahat... Awak tahu ramai juga orang baik dekat dunia ni di anaiya dan dibunuh,” balas Megat Hafiy. Sepertinya dia agak kesal dengan tangapan Aira Farisha terhadap dirinya.

Aira Farisha terdiam mendengar kata-kata Megat Hafiy itu. Dia menyedari apa yang dikatakan oleh Megat Hafiy itu ada benarnya juga.

“Saya tak tahu kenapa mereka cuba nak bunuh saya. Saya datang sini bukan sekadar ingin bercuti. Tetapi atas urusan kerja juga... Tak apalah kalau awak dah anggap saya macam tu. Selepas ini saya tak akan kacau awak lagi. Nanti bila luka ditangan saya sudah semakin pulih, saya akan pergi dari rumah ni,” kata Megat Hafiy lagi.

Megat Hafiy mula melangkah keluar rumah. Dia tidak akan menganggu Aira Farisha lagi. Mungkin kerana dia rasa kecewa dengan tanggapan Aira Farisha terhadap dirinya. Hanya kerana ada orang cuba untuk membunuh dirinya. Aira Farisha telah menganggap dirinya seorang yang jahat.

Bukankah sepatutnya orang yang cuba  membunuh dirinya itu yang jahat. Sedangkan dirinya adalah mangsa.

“Rumit sungguh fikiran Aira ni. Tak apalah nanti luka aku ni dah sembuh. Aku akan siasat siapa dalang sebalik semua ini,” gumam Megat Hafiy.

Megat Hafiy duduk dibangku bawah pokok mangga. Dia mengambil keputusan tidak akan masuk ke dalam rumah selagi ahli keluarga Aira Farisha tidak pulang.

Sesekali angin meniup rambut Megat Hafiy. Walaupun cuaca agak panas hari ini. Tetapi berada dibawah pokok mangga ini Megat Hafiy tidak terlalu terasa bahang panas. Kerana pokok mangga ini daunnya agak rimbun.

Dalam diam-diam Aira Farisha mengintai dari tirai jendela. Aira Farisha memerhatikan tingkah laku Megat Hafiy yang sedang duduk dibawah pokok mangga. Entah kenapa Aira Farisha merasa bersalah terhadap Megat Hafiy.

Aira Farisha menyedari apa yang dikatakan oleh Megat Hafiy ada benarnya. Hanya kerana ada orang cuba untuk membunuh Megat Hafiy terus dirinya mengagap Megat Hafiy adalah orang jahat. Sedangkan diluar sana ramai juga orang baik yang dibunuh tanpa ada belas kasihan.

“Tentu dia marah dan kecil hati dengan aku. Aduh, kenapa aku peduli dengan perasaan dia tu. Sepatutnya aku seronok sebab lepas ni dia tak akan kacau aku dah,” gumam Aira Farisha dengan bersembunyi dibalik jendela.

“Kenapa hati aku ni rasa tak tenang ni? Rasa bersalah pula dengan dia ni. Mak, ayah dan abang long ni bila nak balik?" kata Aira Farisha lagi sambil mundar-mandir tidak tentu arah.

Kerana perasaan bersalah yang kuat di sudut hatinya. Aira Farisha mengambil keputusan ingin keluar rumah pergi bersemuka dengan Megat Hafiy. Dia ingin memohon maaf kepada Megat Hafiy kerana telah berprasangka buruk terhadapnya.

Aira Farisha baru sahaja ingin melangkah keluar rumah. Tiba-tiba dia terdengar bunyi enjin motosikal masuk ke halaman rumah. Sepertinya Ibrahim dan Jamilah sudah pulang. Aira Farisha membatalkan niatnya untuk keluar. Dia hanya mengintai dari tepi jendela sahaja.

Jamilah turun dari motosikal setelah Ibrahim memberhentikan motosikalnya. Setelah itu barulah Ibrahim menongkat motosikalnya itu.

“Eh, kamu buat apa dekat luar ni Hafiy?” tanya Jamilah bila melihat Megat Hafiy berada diluar rumah.

“Saya saja ambil angin dekat bawah pokok mangga ni,” Megat Hafiy memberi alasan.

“Eh, Usop tak ada dekat rumah ke?” tanya Ibrahim bila melihat tiada kelibat motosikal anaknya itu.

“Usop pergi ziarah rumah orang meninggal,” Megat Hafiy menjawab pertanyaan Ibrahim itu.

“Eh, tak kan tak sampai lagi. Usop tadi datang sekejap je rumah pak ngah. Dia balik lebih awal dari kami,” balas Ibrahim. Lalu melangkah menuju ke pintu utama.

“Mungkin Usop pergi jumpa kawan dia. Yalah, kawan-kawan dia pun ramai dekat rumah Pak Ngah tadi,” ucap Jamilah.

“Hafiy, meh lah masuk rumah. Dekat luar ni panas terik,” kata Ibrahim.

“Yalah,” sahut Megat Hafiy.

Mereka bertiga masuk ke dalam rumah. Ibrahim dan Megat Hafiy duduk disofa yang ada diruang tamu. Jamilah pula terus melangkah ke dapur.

Sampai didapur Jamilah lihat ada Aira Farisha sedang membancuh air sirap didalam jag. Jamilah agak hairan juga kerana tanpa di suruh anak gadisnya itu mahu membancuh air sirap.

“Mak baru nak suruh kamu bancuh air. Nanti dah siap letak ais batu dalam air tu. Kamu pergilah hantar ke depan,” kata Jamilah pada anak gadisnya itu.

“Baik mak,” sahut Aira Farisha.

“Kenapa mak tengok kamu ni nampak lain hari ni,” tegur Jamilah. Dalam beberapa hari ini Aira Farisha lebih banyak menghabiskan masanya didalam bilik sahaja. Jarang sekali Aira Farisha ingin bancuh air didalam jag.

“Aira macam biasa je lah, mana ada lain. Kalau macam tu mak je lah hantar air ni dekat depan,” bidas Aira Farisha tidak setuju dengan kata-kata ibunya itu.

“Mak nak masak ni. Kamu pergilah hantar air tu dekat ayah dan Hafiy,” perintah Jamilah sambil tangan membuka peti ais.

“Yalah,” sahut Aira Farisha.

Dengan hati-hati Aira Farisha membawa dulang air untuk diletak di ruang tamu. Ibrahim dan Hafiy sedang berbual diruang tamu itu.

Aira Farisha membongkok sedikit tubuhnya untuk meletak dulang air di meja. Aira Farisha sempat melirik ke arah Megat Hafiy. Aira Farisha cuba mengukir senyuman kepada Megat Hafiy tanda ingin berbaik. Tetapi Megat Hafiy tidak menoleh langsung ke arah Aira Farisha.

“Aira lamanya kamu letak air tu. Pergilah bantu mak kamu dekat dapur tu,” tegur Ibrahim bila menyedari anak gadisnya kerap memandang Megat Hafiy.

Aira Farisha segera kembali ke dapur. Dia agak kesal kerana Megat Hafiy tidak memandangnya langsung.

“Aira, mak nak tanya kamu sesuatu ni,” kata Jamilah bila Aira Farisha sudah berada didapur.

“Mak nak tanya apa?” soal Aira Farisha kembali sambil melabuhkan punggungnya diatas bangku.

“Ada terjadi sesuatu ke antara kamu dan Hafiy?” tanya Jamilah. Kerana dia menyedari Aira Farisha dan Hafiy nampak lain tidak seperti kebiasaannya.

 

 Bersambung...

Maaf bab seterusnya akan guna ncoin. Jika ada typo harap di maafkan.

Share this novel

Darreneo Neo
2023-07-15 17:27:15 

sorry saya nak bagi coin tapi tdak ada coin says


NovelPlus Premium

The best ads free experience