Bab 53

Romance Completed 207871

"Aniq, sekarang ni kita nak ke mana? Nak ke lokasi telefon Intan atau ke lokasi SJR?" soal Syam pada Aniq.

"Kita ke lokasi SJR." jawab Aniq.

"Man, kita ke SJR Cheras Indah" arah Syam pada Azman.

Sebaik tiba di SJR Aniq dan Syam pantas berjumpa dengan Koperal Helmi.

"Assalamualaikum Tuan" ucap Koperal Helmi sambil berdiri tegak dan memberi tabik.

Aniq dan Syam membalas salam dan mengangkat tangan tanda membalas tabik.

"Siapa yang menahan kereta dan berbual dengan suspek?" soal Aniq.

"Saya Tuan" jawan Koperal Helmi.

"Terangkan secara ringkas?" soal Aniq.

"Kereta HRV yang saya tahan dipandu oleh satu lelaki Melayu mendakwa dia nak bawa isteri ke hospital kerana cedera ketika hiking tapi wajah isterinya tidak dapat dilihat kerana ditutup dengan jaket."

"Man, cuba tunjukkan gambar suspek" arah Syam pada Koperal Azman.

Koperal Azman menyerahkan gambar suspek pada Koperal Helmi untuk kepastian.

"Betul Tuan, inilah lelakinya" akui Koperal Helmi.

"Dah agak dah, memang dia" kata Aniq

"Terima kasih Helmi" kata Aniq.

Aniq, Syam dan Azman meninggalkan lokasi SJR dan menuju ke kereta yang diletakkan di tepi jalan tadi.

"Sementara menunggu maklumat mengenai alamat hartanah yang dimiliki oleh keluarga Miqail, kita ke Balai Polis Pandan Indah dulu. Tuan Yunus dan Tuan Saiful dah sampai bersama anggota operasi" kata Aniq.

+++

"Den, kau pasti ke tak nak bagitau pada polis?" soal Carlos pada Caden.

Kuat Caden mengeluh.

"Tunggu sampai baru send location pada Aniq" kata Caden.

Carlos mengangguk dan pedal minyak terus ditekan. Kereta meluncur laju.

Dari jauh sudah kelihatan sebuah banglow yang kawasannya sudah dipenuhi lalang, mungkin sudah enam tujuh bulan tidak dijaga namun masih cantik.

Carlos perlahankan kenderaan dan terus berhentikan di tepi jalan.

Dapat dilihat kereta milik Intan bersama sebuah lagi kereta mungkin milik rakan subahat Cleine di kawasan garaj.

Caden dan Carlos perlahan keluar dari kenderaan dan meninjau keadaan sekeliling. Bimbang ada konco-konco Cleine walaupun sudah sedia maklum semuanya sudah ditangkap polis tapi tetap perlu berhati-hati.

Sebelum Carlos meneruskan tindakan, telefon bimbit dikeluarkan dan pesanan mesej telah dihantar seperti yang diminta Caden.

Telefon disimpan semula.

Caden dan Carlos berjalan sambil memerhati sekeliling.
Pintu pagar yang dikunci terpaksa dipanjat.

Caden mengambil tempat di sebelah kanan manakala Carlos di sebelah kiri.

Bahagian tepi rumah ditinjau termasuk tingkap. Setelah pemeriksaan dibuat dan berpuas hati, Caden dan Carlos hampiri pintu utama.

Caden menolak perlahan daun pintu, tidak berkunci.

Carlos perlahan masuk sambil diperhatikan oleh Caden dan Caden pula melangkah masuk.

Senyap, seperti tiada orang.

Carlos membuat pemeriksaan di bilik sebelah kiri, manakala Caden membuat pemeriksaan di bilik sebelah kanan.

Nampaknya bukan di tingkat bawah, pasti di tingkat atas, hujung laluan.

Caden memberi isyarat pada Carlos dengan menunjukkan ke atas.

Caden mendahului dengan langkah berhati-hati mendaki tangga menuju ke tingkat atas.

Carlos bersedia di belakang sambil pandangan dihalakan di sekitar rumah.

Sebaik kaki tiba di tingkat atas, terdengar seperti suara orang bertingkah.

Caden memberi isyarat supaya Carlos mengikutnya dari belakang.

Kedua-dua mereka perlahan melangkah hingga ke hujung laluan, pintu bilik sedikit terbuka.

Carlos terlebih dahulu membuat pemerhatian di celah pintu yang terbuka.

Dapati hanya ada seorang perempuan seperti sedang merakam sesuatu manakala Cleine pula berada di atas katil bersama Intan!

Dapat didengari dengan jelas perbualan tersebut.

Berurat dahi menahan geram apabila melihat apa yang Cleine lakukan.

"Keras sungguh hati kau kan. Aku ingat kau nak merayu minta dilepaskan tapi, makin garang pula pandangan tu. Tapi tak apa, aku suka."

Caden hampiri Carlos, merah wajah Caden melihat keadaan tersebut.

"Kau memang cantik Intan" kata Cleine.

Caden tanpa membuang masa terus menyerbu Cleine yang sedang menindih Intan di atas katil.

"Tak guna!" jerit Caden lalu melepaskan tumbukan padu pada pipi Cleine.

Melisa yang sedang asyik merakam terperanjat dengan sergahan itu lalu terus menoleh ke arah pintu.

Telefon laju disimpan di dalam poket dan tangan mahu mencapai pistol yang ada di paha tetapi Carlos lebih pantas tindakannya dengan menyauk Melisa dari belakang.

Terjatuh pistol yang cuba diambil. Melisa bergasak dengan Carlos yang cuba menangkapnya.

Kakinya yang panjang dilibas pada Carlos, menunduk Carlos mengelak.

Hebat juga berlawan tak padan dengan memakai kasut tinggi dan skirt terbelah.

Cleine yang sudah jatuh di tepi katil pantas bangun apabila melihat Caden macam singa lapar menanti masa melahap hidangan.

Caden sempat menoleh seketika pada Intan di atas katil. Tidak tahu apa yang merasuk Cleine hingga sanggup melakukan begitu pada Intan.

"Cepat juga kau sampaikan. Tak sempat aku nak rasa bini kau yang cantik tu" ejek Cleine sambil mengesat bibirnya yang luka dan bertambah luka.

Caden yang mendengar kata-kata Cleine semakin menggunung marahnya.

Cleine diterjah dengan tendangan sendeng dari Caden tetapi dapat dihalang dengan kedua-dua lengannya.

Caden pula diserang Cleine. Kedua-dua mereka terus bergasak.

Sekejap Caden di atas, sekejap Cleine di atas.

Intan yang berada di atas katil hanya mampu melihat Caden dan Cleine beradu tenaga, tidak mampu untuk membantu kerana tangannya masih terikat.

Cleine yang sudah tidak dapat bertahan hanya menunggu peluang untuk kenakan Caden.

Pistol yang ada dikaki dicapai dan pada waktu itu Caden sudah dapat membaca gerakan Cleine pantas cuba merampas pistol dari tangan Cleine.

Kelebihan pada Caden apabila Cleine berjaya ditindih di bawah, tumbukan tepat mengenai hidung Cleine dan pistol di tangan terlepas.

Pantas Caden merampas pistol dan dihalakan tepat di dahi Cleine. Darah dalam mulut diludah ke tepi.

Tajam pandangan Caden pada Cleine. Bergerak-gerak rahangnya menahan marah.

Pada waktu yang sama Carlos telah berjaya menahan Melisa dan tangannya sudah diikat dengan cable tie.

Terketar-ketar tangan Caden mahu menembak Cleine.

Kuat Cleine ketawa

"Pengecut! Aku tau kau takkan mampu untuk tarik picu tu" ejek Cleine pada Caden.

"Polis! Letakkan senjata" terdengar suara Aniq di pintu bilik.

Aniq dan Syam yang melihat kejadian itu terus bergerak mendekati Caden dan Cleine dengan masing-masing menghalakan senjata kepada Caden.

"Kenapa tak tembak?" Cleine ketawa dengan mulut yang penuh darah.

"Caden! Letakkan senjata. Jangan buat kerja bodoh Caden" Aniq cuba memujuk.

Caden masih lagi dengan muncung pistol di dahi Cleine.

"Abang! Jangan abang" pinta Intan yang masih lagi di atas katil.

"Argh..!!" kuat Caden menjerit.

"Aku takkan kotorkan tangan aku untuk orang yang kotor macam kau!" kata Caden lalu senjata dicampak ke arah Aniq yang berada di sisinya.

Sebelum bangun Caden lepaskan satu tumbukan lagi pada wajah Cleine.

Sebaik bangun dari tubuh Cleine, Caden pantas menuju ke arah Intan di atas katil.

Caden membuka jaket yang dipakainya lalu menutup tubuh Intan yang terdedah.

Pisau dari poket diambil lalu memotong tali pingggang yang mengikat tangan Intan.

Luluh hatinya melihat keadaan Intan sebegitu. Kalau tidak fikirkan membunuh itu satu dosa, sudah tentu Cleine mati ditangannya.

Aniq kemudian mengarahkan anggota lain menyimpan senjata api masing-masing.

Syam pula pantas tiarapkan Cleine dan tangan digari ketat.

Cleine masih lagi ketawa sehingga dia di bawa keluar dari bilik itu.

Sewaktu anggota wanita mahu membawa Melisa keluar, Aniq dan Syam terpempan apabila melihat wajah itu.

"Fatin?" serentak Aniq dan Syam menyebut nama itu.

Melisa hanya ketawa mengejek pada kedua-dua mereka.

"Sayang, maafkan abang.. maafkan abang" ucap Caden sambil merangkul Intan dalam pelukannya.

"Tak abang, tak.. Sayang okey.." tidak lama Intan terkulai layu dalam dakapan Caden.

Pantas Caden mencempung Intan membawanya keluar dari bilik itu diikuti Carlos di belakang.

Carlos pantas menghidupkan enjin dan laju kereta memecut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience