Dulu aku pernah berjalan tanpa arah.
Dulu aku juga pernah terluka kerana rasa.
Berteleku aku dalam barisan doa yang berjuta.
Dan kau datang
entah dari mana.
Malah kau juga berbincang tentang nanti.
Saat di mana kita sibuk memetik mimpi.
Bahagia berbagi cerita dan rasa.
Kini aku berkaca,
tak lagi sekadar bercanda.
Bukan juga bermimpi.
Tentang nanti itu
sudah tergantung sepi.
Aku dihimpit harapan tanpa mekar.
Merayu impian yang tak kunjung.
Tiada penutup yang indah.
Hai! Jemput masuk ruang puisi di telegram channel, @kembaracinta Nama channel Teruntuk Kamu. Ikhlas, Biela Zalini
Share this novel