BAB 14

Humor Completed 22641

Dalam hatinya melafazkan syukur kepada Allah apabila mendengar kata-kata Haris sebentar tadi. entah Haris berbohong atau berkata benar tapi kata-kata itu sedikit sebanyak membuatkan Syuhada berasa gembira.

“Kenapa?” soal Syuhada polos. Dia tidak menyangka Haris tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sedangkan lelaki itu beriya-iya sampaikan memberitahunya melalui sms.

“Sebab Syuhada. Sebab abang teringatkan Syuhada. Tapi masa abang dekat sana, abang imagine Syuhada ada dekat sana dengan abang, abang peluk Syuhada, cium Syuhada” selamba sahaja Haris bercerita angan-angannya itu tanpa mempedulikan pandangan Syuhada.

Biarlah apa Syuhada nak fikir tentang dirinya.

Haris memandang Syuhada. Merah merona pipi Syuhada yang gebu itu. Haris tersenyum, terhibur dengan reaksi yang tidak disangkakan itu.

Haris duduk di lantai yang beralaskan karpet, agak jauh dari Syuhada supaya Syuhada tidak berasa terganggu. Dia terpancing untuk menceritakan tentang pengalamannya di Pulau Perhentian apabila melihat Syuhada berasa berminat dengan cerita keindahan tempat kunjungannya selama dua hari itu.

“Cantik tempat tu. Nanti kita boleh pergi sama-sama kalau Syuhada nak ikut. Tapi kalau Syuhada pergi dengan abang, nanti kita ambil satu bilik je”

Syuhada mencebik mendengar Haris berceloteh. Tangannya masih ligat melipat kain.

Haris berbaring di lantai pula. “Pantai dia cantik. Warna biru jernih. Nampak ikan berenang kat bawah. Ada scuba, diving, jet ski. Bestlah. Nanti Syuhada ikut bang pergi ye” bersemangat Haris bercerita tentang pengalamannya bercuti di Pulau Perhentian. Syuhada sekadar memasang telinga.

“Awak balik naik apa ni?” soal Syuhada tiba-tiba.

“Drive lah. Abang tak pernah naik bas lah”

Sekali lagi Syuhada mencebik. Haris sekadar memerhatikan. Dari tadi dia memerhatikan Syuhada sebenarnya.

Tiap kali dia bercerita pasti Syuhada akan mencebikkan bibir. Cute sangat. Rasa macam nak cium je. Itulah sebabnya dia sengaja bercerita dengan cara berlebihan, supaya Syuhada meluat dan mencebikkan bibirnya.

Syuhada bangun dari duduknya dan membawa kain-kain yang dilipatnya ke almari untuk disimpan. Haris sekadar memerhatikan. Lama-kelamaan, dia terlena kerana kepenatan yang amat sangat.

Syuhada melirik ke arah Haris yang berbaring di lantai. Dia tersenyum lucu. Patutlah diam je dari tadi, dah tertidur rupanya.

Kasihan pula Syuhada melihat lelaki itu tidur di lantai. Terlalu penat agaknya setelah memandu selama berjam-jam dari Terengganu. Dari jauh Syuhada mengejutkan Haris dari tidurnya. Dia tidak berani mendekati Haris.
Haris akhirnya terjaga apabila mendengar Syuhada memanggilnya.

“Tidurlah kat katil” beritahu Syuhada.

“Syuhada tidur mana?” soal Haris spontan.

“Saya nak turun bawah, siram pokok bunga. Awak tidurlah”

“Abang penatlah. Nanti Syuhada kejutkan eh” beritahu Haris, dia bangun dari tidurnya dan merebahkan dirinya ke katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience