Seluruh dewan penuh dengan kehadiran siswa dan siswi universiti itu. Semuanya kelihatan cantik dan kacak sekali. Masing-masing menggayakan pelbagai jenis pakaian. Nurin tidak ketinggalan. Meskipun dia sudah berada di tahun yang terakhir, dia tidak mahu kelihatan selekeh.
Dress labuh longgar berwarna violet dan bercorak abstrak digayakan bersama selendang labuh berwarna pink terang. Senada dengan corak abstrak pada dressnya. Wajahnya hanya disapu bedak compac. Manakala bibirnya dioles sedikit dengan lip balm. Ringkas namun tetap comel. Ala.. Buat apa nak mekap tebal-tebal.
Malam ini merupakan malam kebudayaan. Ramai yang akan mempersembahkan bakat masing-masing. Nurin mengambil tempat yang agak sedikit tersorok berdekatan pintu. Kononnya senang kalau nak keluar awal. Hehehe
Sudah sejam majlis berlangsung. Tekak yang kering dibasahkan dengan segelas jus oren.Berganti-ganti pelajar yang mempamerkan bakat mereka di atas pentas. Tiba-tiba lampu terpadam. Gamat seisi dewan itu. Namun ianya tidak berlanjutan apabila pentas menjadi terang. Terbias susuk tubuh seorang junior yang menjadi kegilaan para siswi di universiti itu. 'Cis! Mangkuk ni lagi..' Gumam Nurin. Tidak semena-mena satu sorotan cahaya lampu sportlight terarah kepadanya. Nurin terpinga-pinga.
"Lagu ini ditujukan kepada wanita yang bertudung pink itu." Serentak dengan itu, telunjuknya dihalakan kepada Nurin. Perlakuan lelaki itu membuatkan Nurin tergamam. Hangat wajahnya apabila seisi dewan memandang kepadanya. 'Mangkuk ni memang nak kena! Siap kau nanti..'
Seorang gadis yang mencuri hatiku
Anggun terpesona ku melihat wajahnya
Adakah dia merasakan apa yang ku rasa
Degup jantungku bergetar-getar
Lirikan matamu menusuk ke jiwaku
Sekali ku pandang membuatku terpaku
Selalu terbayang akan wajahmu
Adakah kau merasa seperti diriku
Syakirah.. Syakirah.. Syakirah..
Kau lah gadis jelita
Bilaku berjalan sebelah
Terasa rusuk bergetar
Syakirah.. Syakirah.. Syakirah..
Kau lah yang mempesona
Bilaku terdengar suaranya
Hatiku terpaut jadi gila
Adakah dia sudah berpunya
Jika belum ada
Inginku berkenalan dengannya
Hati Nurin semakin panas. Geram rasanya melihat lelaki itu berada di atas pentas. Dengan perasaan yang bengang, Nurin melangkah menuju ke atas pentas. Sorotan cahaya lampu spotlight itu masih terarah kepadanya. Gelas berisi jus oren yang masih berbaki digenggam erat.
Gamat seisi dewan saat melihat Nurin berada di atas pentas. Berdiri bersebelahan lelaki itu. Lelaki itu tersengih. Akhirnya cair juga Nurin kepadanya. Nampaknya usahanya selama ini tidak sia-sia. Namun sangkaannya meleset saat jus oren yang dipegang Nurin menyentuh kulit wajahnya. Matanya membulat. Nurin direnung penuh kasih.
"Sampai bila-bila pun aku takkan jatuh cinta dengan kau, mangkuk!" Nurin bersuara tegas dan sangat perlahan. Cukup untuk mereka berdua sahaja yang mendengarnya. Serentak itu, kaki dihayun perlahan menuju ke luar dewan.
"Saya cintakan awak, Nurin Syakirah!"
"Cinta?? Huh!! Jangan harap!!"
Share this novel