888

Horror & Thriller Series 22056

Tangan aku ditarik oleh gadis kecil itu. Senyuman nakal di wajahnya tidak lekang dan rambut lurus panjangnya terbuai buai oleh angin.

Benar benar di depan sebuah bas usang, dia berhenti. Dari dalam bas usang itu, beratus ratus tangan melambai di tingkap bas tersebut.

“Sampaikan pada mereka apa yang kau nampak, atau kau akan ikut kami naik bas tu.” Himawari tersenyum dalam kata kata ugutannya itu.

“Sampai bila?” Aku bertanya.

“Sampai setiap dari kamu sedar yang kegelapan itu wujud, dan kami akan datang mengambil kamu semua sehingga tiada siapa lagi yang tinggal.”

Aku tersedar dari mimpi buruk itu ketika bahu aku ditolak kuat rakan di belakang aku. “Kau okay ke ni?” Dia bertanya, hairan melihat wajahku yang pucat lesi setelah bangun tidur sebentar tadi.

“O-okay.” Gagap aku menipu.

“Lecturer dah nak masuk, baik kau jangan tidur.”Bisiknya perlahan. Aku menghela nafas penat. Bukannya aku mahu tidur dengan sengaja, ini semua kerana gangguan dalam tidur aku sedari minggu lepas.

Tidak habis habis Himawari masuk ke dalam mimpiku.
Aku lebih rela tidak tidur daripada harus terus melihat wajahnya dengan mata penuh kegelapan itu.

Mata aku tertancap ke arah lelaki yang baru masuk ke dalam kelas itu. Wajahnya dingin dihiasi mata kuyu yang redup dilindungi kaca mata bulat yang besar.

Bibirnya berwarna merah jambu dan mungil, dan kulitnya halus tanpa dicela sebiji tompok atau jerawat pun.

Tubuh badannya yang kurus dibalut dengan kemeja biru gelap yang segak dan seluar panjang hitam dikenakan menutup kakinya yang panjang.

Apa yang aku cuba katakan ialah, dia kacak. Suara bisikan dari seluruh bilik itu mula kedengaran kerana kekacakannya, ada yang ketawa, menganggap yang dia tersalah masuk kelas kerana kami belum pernah nampak wajahnya di dalam kelas ini sebelum ini.

Mata redupnya mencari cari tempat kosong lalu kaki panjangnya melangkah ke arah aku. “Ah sudah.” Aku menyumpah seranah dalam hati sendiri. Aku tidak mahu duduk di sebelahnya.

Sedaya upaya aku mengambil tempat di depan sekali kerana tiada siapa mahu duduk di depan,jadi aku boleh bersendirian.

Kebarangkalian untuk tanganku terkena tangannnya adalah sangat tinggi jika dia mengambil tempat di sebelah aku dan aku tidak mahu melihat pengalamannya yang menakutkan itu. Aku sudah penat, terlalu penat.

Namun, sepertinya dunia membenci aku ketika dia menarik kerusi selamba dan duduk di sebelah aku.

Wajah sombongnya tidak menoleh ke arah aku pun. Bagus. Aku lebih suka begitu.

“Nama aku Khalil. Baru bertukar kumpulan kelas untuk kursus ni. Lecturer aku dulu benci aku so aku cium kaki dekan supaya dia tukarkan aku ke group ni. Dah jangan tanya lagi.” Ceritanya dalam satu hela nafas tanpa aku bertanya pun.

“Dude, bold of you to assume that I want to know.” Aku menjelingnya seraya melemparkan kata kata sarkastik.

Ya, aku malas mahu bercakap dengan sesiapa, tapi jangan cari pasal dengan aku. Aku memang akan bergaduh dengan kau.

“Haha, acah cool ke tu.” Dia ketawa mengejek.

“Bro, shut up?” Aku merenung wajahnya yang mengejek itu.

“Okay.”Dia tersenyum sinis lalu memeluk tubuh dan memandang ke depan semula.

Aku meletakkan kepala di atas meja semula dialas dengan tangan kananku supaya aku boleh tidur.

Walaupun untuk sepuluh minit pun cukuplah. Aku sangat mengantuk,bahkan jika kau berikan aku sekeping surat khabar, pasti sahaja aku sudah lena tertidur di atas kertas itu.

“Tangan kau.. Kau buat tattoo ke?”

Badanku tersentak sebelum aku menutup telapak tanganku yang terbuka dari tadi. “Bukan masalah kau.

Aku meletakkan tanganku di atas lututku di bawah meja.

“Jangan risaulah, aku open minded, kau buat apa pun, aku takkan judge.”Dia berbisik.

“Yalah Mr Perfect, whatever. Aku nak tidur.” Aku menjawab jengkel.

Saat itu tangannya mencapai tanganku dan membuka genggaman aku , “Jangan!” Aku menjerit.

Cerita paling selam dalam memorinya merasuk ke dalam fikiran aku dan aku lihat Khalil di depan hotel agam itu.

“Khalil, kau yakin ke nak buat benda ni?” Lelaki berambut coklat di sebelahnya yang sedang memegang sebuah kamera DSLR bertanya dengan wajah risau.

“Kau takut ke Taha?” Khalil melepaskan tawa mengejek, mahu menyakitkan lagi perasaan kawannya yang jengkel dengannya itu.

“Bukannya takut, just.. Aku rasa apa kita buat ni sia sia.”Taha mendongak merenung bangunan yang hotel yang tinggi itu.

“Aku boleh bersumpah apa kita buat ni takkan sia sia. Aku dah baca berates ratus review pasal bilik itu, memang berhantu.” Khalil meyakinkan rakannya entah untuk kali ke berapa. “Imagine kalau kita rekod video yang ada hantu tu lepas tu upload kat youtube, kita boleh kaya, tahu tak? Satu dunia tonton video kita.”

Taha mengigit bibir bawahnya dan mengangguk setuju. “Okay, okay. Lets do this.”

“Macam tulah baru photographer Taha.” Khalil merangkul bahunya dan mereka melagakan dahi mereka, gerak badan yang akan dilakukan mereka sejak sekolah menengah bila bila sahaja mereka mahu melakukan kerja gila.

Kaki mereka melangkah masuk ke dalam hotel yang agam itu. Hiasan yang bersinar sinar namun tidak keterlaluan memenuhi lobi hotel itu. Di depan mereka tersergam indah sebuah kaunter ditemani seorang penjaga kaunter wanita dengan senyuman manis dan mata yang besar.

“Hai, selamat petang.” Khalil memulakan bicara dengan senyumannya yang menawan. “Hai, encik. Apa yang boleh saya bantu?” Gadis kecil molek itu bertanya.

“Bilik 888 masih kosong tak?”

Gadis yang tadi wajahnya ceria ibarat matahari yang menyinari pagi serta merta berubah menjadi mendung. “Masih kosong, encik.” Jawabnya.

“Oh, kalau macam tu bolehlah-“Belum sempat Khalil bercakap,gadis itu memotong.

“Tapi encik, saya cadangkan encik untuk pilih bilik lain. Kami ada beratus ratus bilik lain lagi. Bilik single, bilik family, bilik honeymoon pun ada untuk encik berdua.” Gadis itu memaniskan wajahnya semula.

“Bilik honeymoon?” Khalil menoleh ke arah Taha perlahan lahan sambil bertanya sebelum kedua dua lelaki tersebut menghambur ketawa. Bunyi tawa mereka memenuhi dobi yang lengang itu, Taha menepuk nepuk lututnya kerana sakit perut ketawa.

“Cik ni lawaklah.” Taha menepuk kaunter itu pula sesudah ketawa yang panjang. Wajahnya merah seperti udang yang dibakar. Khalil menyeka air mata yang keluar secara paksa kerana ketawa yang terlalu kuat.

“Sorry cik, tapi kami memang nak bilik 888 tu.” Khalil tersenyum pada gadis itu.

“Sebarang kejadian yang terjadi kepada encik berdua nanti adalah di bawah tanggungjawab sendiri ya.” Gadis itu masih tersenyum namun terlihat ketidakihlasan pada wajahnya.

“Wah.. Menarik.”Khalil tersengih senget. Pasti berhantu benar bilik ini, sehinggakan gadis itu mengatakan perkara begitu kepada mereka berdua.

“Dan, kalau encik berdua nak keluar sebelum esok pagi, duit takkan dipulangkan semula ya.” Gadis itu meletakkan borang untuk diisi di atas meja kaunter tersebut.

“Wah, menakutkan betul bilik ni, ya? Sampai awak cakap macam ni.” Ujar Taha sambil Khalil mengisi ruang ruang kosong di atas borang tersebut.

“Bermalamlah dulu di bilik itu, baru boleh faham kenapa saya sebolehnya tak benarkan sesiapa pun masuk ke bilik tu.” Jawab gadis itu, masih berwajah manis.
“Jangan risau cik, kami berdua ni kuat. Hantu pun takut.” Khalil selesai mengisi borang lalu menyampuk.

Gadis berambut toncang itu diam sahaja dengan senyuman lalu menunduk untuk mengambil kunci di bawah meja. “Enjoy your day here, Sir.” Dia menyerahkan kunci itu kepada Khalil.

“Will do.” Taha mengangguk kepalanya sekali dengan hormat sebelum menarik lengan Khalil bersamanya.

“Interesting,kan?” Khalil membulatkan matanya kepada Taha. “Boleh tahan interesting jugalah.” Taha tersenyum senget dan mengangkat sebelah keningnya.

“Jom check in.” Ujar Khalil semangat.

Lif dimasuki mereka sebelum tangan laju menekan tingkat lapan.

“Lawak pulak, biasanya mereka kaitkan nombor lapan ni dengan keuntungan. Tengok tengok bukannya untung,rugi yang banyak sebab tiada siapa nak duduk bilik ni!” Khalil berseloroh sambil merenung tiga nombor di kunci bilik itu.

“Kan? Ironic betul.” Taha ikut ketawa kecil.

“Aku nak tengok betullah makhluk apa yang menyeramkan sangat sampai diorang semua takut sangat nak duduk bilik ni.” Khalil menggeleng geleng kepalanya.

“Daripada apa yang kau baca, macam mana makhluk tu?” Taha menguap setelah bertanya sambil melihat nombor di pintu lif yang semakin lama semakin banyak,menandakan mereka sedang naik.

“Kebanyakkan yang aku baca kata hantu tu pakai baju putih, skirt dia berambu ramba ,macam ballerina. Dia menari ballet dekat dalam bilik tu bila tengah malam. Ada juga yang cakap ada makluk hitam merangkak kat dinding lepas tu lompat kat kau kalau kau nampak dia.” Khalil menceritakan selamba.

“Dude,macam seram jugak.” Taha ketawa janggal.

“La, kau takut ke?” Khalil melihat ke arah rakan baiknya tidak percaya. “Jangan risau, aku kan ada. Ni Khalil kot.” Dia menumbuk bahu lelaki itu, menenangkan.

“Okay Mr Khalil,my hero.” Taha menjelirkan lidah kepada lelaki itu.

Ding!

Lif berbunyi setibanya mereka di tingkat lapan. Langkah di ambil keluar dari lif itu lalu laluan kiri diambil untuk pergi ke bilik yang tidak sabar lagi menunggu tetamunya.

Beberapa puluh tapak berjalan,mereka akhirnya sampai di bilik tersebut.

Sebelum kunci dimasukkan ke dalam lubang kunci, Taha meletakkan tangan dia atas bahu Khalil. “Kau sure pasal ni?” Tanyanya.

“Kalau kau takut,balik.” Khalil menjawab tegas. “Kamera kau tu bagi kat aku,esok aku pulangkan.”

“Bukan macam tu Khalil..”Taha mengigit bibir bawahnya.

“So, apa lagi?”Khalil terus memasukkan kunci ke dalam lubang kunci tersebut dan memutarnya laju. Tombol diputar dan dia terus masuk tanpa rasa takut atau gentar.

Taha yang masih di luar menghidupkan kameranya, membaca bismillah lalu melangkah masuk.

“Taha, kau tengoklah punya cantik bilik ni, diorang kata berhantu, biar betul!” Khalil ketawa. “Takde pun lumut kat dinding ke, darah kat cadar ke, sawang labah labah ke, bilik ni cantik gila!”Ujar Khalil seraya menjatuhkan badan ke atas katil double itu.

“Yalah, ni bilik berhantu,bukannya bilik terbiar.” Taha memutar mata.

“Tidurlah dulu, malam nanti nak berjaga.” Khalil menepuk nepuk ruang kosong di sebelahnya di atas katil tersebut.

“Tak nak aku tidur sebelah kau nanti kau buat apa apa kat aku.”Taha berseloroh.

“Tak selera aku!” Khalil membaling bantal ke kepala Taha berjenaka. Taha turut ketawa lantas mengambil tempat berbaring di atas lantai bilik itu lalu tertidur seperti Taha.

Saat Khalil membuka mata ,bilik itu sudah gelap. Pasti sahaja di luar sudah malam. Oleh itu, tiada cahaya yang menembusi masuk melalui tingkap.

Kakinya perlahan lahan pergi ke suis lampu. Suis ditekan berkali kali namun hampa. Barangkali lampu rosak.

“Taha?!” Khalil menjerit memanggil kawan baiknya itu. Tiada siapa menyahut.

“Taha? Where are you?” Khalil meraba raba dalam kegelapan itu untuk mencari telefonnya di atas katil.

Taha masih tidak menjawab, mustahil dia meninggalkan Khalil seorang diri di bilik ini.

Lampu di telefon bimbitnya diaktifkan lalu menyuluh ke tingkap luar. Keadaan di luar gelap gelita. Seolah olah bangunan bangunan berdekatan tidak menyalakan lampu lansung dan tiang tiang lampu di situ tidak berfungsi.

“Pelik..”Mulutnya mengujar.

Saat itu, kedengaran bunyi kotak muzik memenuhi atmosfera sunyi bilik itu. Seperti lagu untuk tarian ballet.

Tarian ballet...

Bulu romanya meremang. Hantu itu benar benar wujud dan dia bersendiri di dalam kegelapan ini.

Bunyi lagu itu semakin kuat. “Berani, Khalil, berani.” Khalil seakan meratib untuk memberanikan dirinya sendiri. “Kamera..”Khalil meraba raba di atas katil itu untuk mencari kamera milik Taha namun tidak ketemu. Cahaya telefonnya menerangi katil itu.

Pada saat itu, sesuatu yang Khalil mahu lihat pada awalnya memenuhi pandangannya namun dia bersumpah dia tidak mahu melihatnya dengan cara ini.

Di depannya saat ini ialah Taha yang sedang dihempap makhluk hitam berbulu. Taha meronta ronta minta dilepaskan makhluk itu. Tangannya menggapai gapai mencari nafas.

Khalil menjerit memberanikan dirinya dan menolak makhluk tersebut namun tidak mampu, ia sangat berat.

Urat urat di tangan Khalil mula kelihatan detik dia cuba sedaya upaya menolak makhluk tersebut untuk menyelamatkan rakan baiknya.

“Tolong aku Khalil-“ Taha merayu saat itu.

“Tepilah bangs**!”Khalil menjerit.

Saat itu muzik balet tadi memenuhi bilik tersebut dengan sangat kuat sehinggakan Khalil terjatuh di tepi katil tersebut. Pada waktu itu, satu sahaja lampu terbuka dan ia menerangi kelibat itu.

Kelibat gadis berbaju ballerina itu.

Kakinya berjengket dengan lincah dan melompat seakan akan dia terapung. Dia kemudiannya berputar sehingga rambutnya yang mengerbang beralun alun.

“No,no,no. Ni tak betul. Aku tengah mimpi ni..”Khalil menutup matanya rapat rapat dan apabila mata dibuka kelibat tadi masih masih berputar di tempatnya tadi namun apa yang berubah ialah,

Kepalanya juga sedang berputar.

Wajahnya yang tidak mempunya mata telinga dan hidung itu berputar putar laju ditemani muzik yang sepatutnya menenangkan.

Khalil bersumpah yang dia rasa jantungnya berhenti untuk beberapa saat sebelum segalanya menjadi gelap.

Pagi itu, Khalil menelefon ambulans dengan tangan terketar ketar dan tangisan yang memenuhi rengkung kerana Taha tidak bernafas lagi. Doktor memberitahu sebab kematiannya ialah kerana dia kekurangan oksigen.

Aku membuka mataku semula dan merenung wajah Khalil. Seraya itu,aku merebut tangan aku dari genggamannya.

“Im sorry, apa maksud tattoo kau tu?”Khalil bertanya dengan wajah bersalah.

“Bukan masalah kau!”Aku menempik saat itu.

“Aku mintak maaf tapi tolong dengar aku dulu.” Khalil menarik lengan aku dan merenung ke dalam mata aku untuk menenangkan aku. Mata di sekeliling sudah mula merenung kami. Aku menyumpah diri sendiri kerana menjerit sebentar tadi.

“Masalah aku jugak, sebab tanda kat tangan kau tu, ada kat Taha, kawan aku waktu dia mati.” Khalil berbisik.

“What?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience