BAB 23

Horror & Thriller Completed 790

Munir pulang kerumah dengan tergesa-gesa. Ada orang kampung memberitahu sewaktu dia bekerja. Isterinya keguguran. Munir masuk kedalam rumah. Dilihatnya muka seorang demi seorang.

“Bagaimana ini boleh berlaku? Ibu? Apa ini?”

“Ibu tak tahu, nak. Ibu sedang mencuci pakaian di sungai. Sewaktu ibu pulang, ibu lihat Mawar sudah berdarah. Ibu lekas meminta Jusoh panggilkan Mak Bidan.”, jelas ibunya.

“Bawa bersabar ya, Munir. Mungkin bukan rezeki kau sekarang. Janin itu menunjukkan jantinanya laki-laki.”, kata Mak bidan.

Munir memandang Mawar dengan hati yang hiba.

************

Munir memandang mereka. “Tuk harap cerita ini tidak disebarkan. Biarlah kita saja yang tahu hal ini.” Mereka mengangguk tanda faham.

“Ceritanya begini. Atuk dan nenek antara pasangan yang sangat utuh. Tiada apa yang dapat memisahkan kami kecuali mati. Disebabkan itu juga ada manusia yang berhati busuk. Cuba untuk memporak-perandakan kehidupan kami. Suatu hari, sebelum hari pernikahan kami, Mawar telah diculik oleh salah seorang jejaka kampung yang meminati Mawar.

Dengan izin Allah, kami selamat. Selepas kami bernikah, hubungan kami amat baik sehinggalah kejadian ini berlaku.”

*************

Mawar menghidapi masalah kemurungan atau bahasa bidannya dikenali sebagai meroyan. Mawar sentiasa menangis, meratap. Adakalanya dia sering bercakap dengan bantal.

“Anakandaku, membesar dengan baik ya. Jadilah jejaka yang baik, tampan seperti ayah kau, ya. Putraku, Malik.”

“Mawar, sudahlah. Janganlah begitu. Anak kita sudah tiada. Mengucap Mawar. Terimalah kenyataannya.”

“Tidak! Apa kau sudah buta?! Ini anak kita Malik. Aku yang melahirkannya!”

“Sudahlah Mawar. Janganlah begitu. Kau tidak kasihankah pada ibu, bonda ayahanda dan aku?”

Mawar tidak mempedulikan kata-kata Munir. Sudah berbulan lamanya Mawar begitu. Munir sudah tidak dapat menahan perasaan sedihnya. Dia mengalirkan air mata disamping Mawar.

“Bersabarlah, Munir. In sha allah perkara ini tidak akan berlanjutan lagi. Mak Bidan sedang berusaha.”, kata ibunya.

“Sampai bila, ibu? Munir tidak sanggup melihat Mawar begitu. Meratap.”

“Bagaimana kalau kita berjumpa dengan pawang? Mungkin boleh membantu.”, kata Bonda.

“Sebaiknya kita bertemu ustaz. Minta tolong dengannya. Pasti berkesan.”, sampuk Ayahanda.

Seminggu kemudian, Ayahanda dan Munir membawa seorang ustaz kerumah mereka. Khabar angin mengatakan ustaz ini dapat menyembuhkan penyakit menggunakan ayat-ayat al-Quran.

“Sudah berbulan lamanya dia begini, ustaz.”, jelas Bonda.

“Saya cuba sebaik mungkin. In sha allah dengan izin Allah, Mawar akan sembuh.”, kata ustaz itu.

**********

Munir terdiam. Mereka berlima memandang Munir. Ada butir air mata yang berjurai. Tanpa melihat mereka Munir berkata, “ Selebihnya aku akan sambung esok hari.” Munir pergi meninggalkan mereka disitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience