BAB 3

Horror & Thriller Completed 11920

Volkswagen kuning

Hantu Volkswagen kuning ini dipercayai mula mengganggu kenderaan di lebuh raya Karak sejak tahun 1956.

Tetapi selepas Lebuhraya Utara Selatan dibina, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ.

Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.

Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.

Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut, ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai, kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.

Seorang pelajar yang datang dari Gombak menuju ke Temerloh dengan motosikal pernah melalui dan terserempak dengan kereta kuning di lebuhraya itu pada tahun 2009 pada waktu senja.

Disebabkan pelajar itu mengetahui akan misteri tersebut, hanya ambil langkah bertenang dan tidak memotong kereta tersebut. Kereta tersebut bergerak tanpa pemandu…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience