Bab 13

Vampire Series 4523

“ Aku akan pastikan yang kau takkan hidup bahagia bersama dia ! ”

Serentak itu belakang aku terasa perit . Seolah-olah aku dicakar dengan sesuatu . Tapi siapa ? Siapa yang bercakap tadi ?

“ Cealyn ! ” jerit seorang lelaki .

Suara tu...

Aku sudah tidak mempunyai kekuatan untuk berdiri . Perlahan-lahan aku rebah ke lantai . Nasib baik juga ada seseorang yang menyambut aku dari belakang . Dan aku pasti , itu adalah lelaki yang meraung nama Cealyn .

Mata aku terbuka luas . Jantung mula berdegup kencang . Aku meraup wajahku .
Mimpi itu lagi ! Tapi kali ini ada perbezaan sikit . Kali ini dia menunjukkan bahawa Cealyn mati dibunuh .
Tapi kenapa macam aku yang menjadi mangsa semasa itu ? Seolah-olah aku ni Cealyn .

“ Kenapa ? ”

Aku menoleh ke arah tuan punya suara . Terbeliak mata aku semasa ternampak seorang lelaki sedang berdiri di sebelah katil ni .
Lantas aku menarik selimut untuk menutup tubuhku . Aku perhatikan matanya , dan fuh . Dia vampire . Tapi aku tak pasti lagi tau yang dia ni jahat atau baik .

“ Kenapa ? ” soal lelaki itu lagi .

“ A.. awak siapa ? Kenapa ada dekat sini ? Adik saya mana ? ” soalku pula . Soalannya aku biarkan .

Siapa suruh masuk dalam bilik perempuan . Emelya pun satu . Hilang entah kemana . Eh dah pagi kah ? Cerah saja aku tengok dunia diorang ni . Bukan ke Vampire tak boleh kena matahari ?
Lelaki itu ketawa kecil apabila melihat reaksi cemas Emelyn . Apa yang dia takut sangat ?

“ Nama saya Braylon , saya dekat sini sebab saya nak kejutkan awak tadi . Adik awak mungkin pergi sarapan dengan aunty Bethany dan uncle Federico . ” jawabnya sambil tersenyum mekar .

Uncle Federico ? Hm mungkin ayah si Cleo . Aku mengangguk sambil menghembuskan nafas lega . Ingat dia nak buat apa tadi .

“ Awak pergi lah mandi dulu . Lepas sarapan nanti ikut saya . ”

Berkerut dahiku . Kau nak bawa aku pergi mana ?

“ Jangan risau , saya tak akan apa-apakan awak nanti . Saya cuma nak bawa awak jumpa seseorang . ” sambungnya lagi .

Aku malas nak bertanya sekarang sebab perut aku pun dah berbunyi . Jadi lebih baik aku dengar cakap dia buat masa ni .

••••

Usai sarapan , aku menunggu Braylon di depan pintu rumah . Lama betul dia ni , cakap nak bawa aku pergi jumpa seseorang .
Oh ya . Masa sarapan tadi kan , aku tengok keluarga si Cleo ni sikit saja . Cuma ada uncle Federico , aunty Bethany , Carl dengan Cleo .
Tapi kenapa rumah diorang besar macam istana ? Bukan macam , tapi memang .

“ Lyn ! ”

Terhinjut bahu aku apabila terdengar jeritan itu . Kus semangat .
Aku memandang tajam ke arah Braylon , kau ni ! Kalau aku kena serangan jantung macam mana ?!
Aku memukul bahunya dengan kuat sehingga dia mengaduh kesakitan . Terlupa sebentar yang dia ni Vampire .
Aku ingat dia nak marah aku lepas aku pukul dia tadi . Yalah , mana tahu kot kot aku buat dia marah lepas tu dia cekik aku sampai mati dekat sini . Huishh bahaya .
Ternyata tidak , dia hanya ketawa kecil .

“ Awak fikir apa sampai awak tak perasan saya berdiri depan awak ? ” katanya sambil menggosok bahunya yang menjadi bekas pukulanku . Sakit ke ?

“ Awak nak bawa saya jumpa siapa ? ” soalku pula .

Dia terdiam seketika . Pelik . Aku menjongketkan keningku apabila melihat dia hanya berdiam diri .

“ Ahli sihir . ”

What ?! Apa banyak sangat makhluk pelik dekat dunia ni ?! Pastu kau nak bawa aku jumpa dia buat apa ?!
Belum sempat aku menjawab apa-apa , dia terlebih dahulu menarik tangan aku lalu keluar dari rumah ini .

“ Awak bawa saya jumpa dia buat apa ?! ” soalku sambil cuba melepaskan tanganku dari genggamannya . Boleh patah tangan aku kalau macam ni .

“ Cleo yang suruh ” jawabnya selamba .

Dah kenapa dia suruh kau bawa aku pergi jumpa ahli sihir ni ? Nak suruh aku santau orang kah ?!

“ Kalau ya pun lepaskan lah tangan awak ! Sakit tau tak ! Saya masih boleh jalan ! ” suaraku agak meninggi .

Sudah tau diri tu kuat , masih lagi nak genggam tangan aku kuat-kuat . Kalau tak sakit tak apalah juga !
Braylon berhenti dari terus melangkah lalu menoleh memandang aku yang berada di belakangnya . Dia memandang tangannya yang lagi menggengam tangan aku .
Lama dia memandang tangannya sebelum melepaskan tangan aku .
Sah dia balas dendam sebab aku pukul bahu dia tadi !

“ Cleo suruh awak bawa saya jumpa ahli sihir ni sebab apa ? ” soalku sambil meneruskan perjalanan .

“ Nak periksa sesuatu . ”

Aku seolah-olah tahu apa yang mereka nak periksakan tu .

“ Nak periksa yang saya ni Cealyn atau bukan ? ” teka aku .

Braylon hanya mendiamkan diri . Hah betullah apa yang aku cakap tu kan ?
Haihlah korang ni . Kan aku dah cakap , aku ni bukan Cealyn . Tapi tak apa , aku pun nak tau juga kenapa aku selalu mimpi pasal dia .
Mana tahu Cealyn tu kembar aku , tak gitu ? Eh apa yang aku merepek ni .

Sepanjang aku berjalan , aku perhatikan semua perumahan yang ada disini . Cantik . Macam manusia pula korang ni kan .
Banyak vampire yang melihat ke arah aku . Ada yang kelihatan gembira , ada yang takut , dan ada juga yang bingung .
Hah yang paling mengerikan , ada yang tengok aku macam nak telan aku hidup-hidup .
Dia dapat hidu darah aku kah ?

“ Bray , kenapa rumah uncle Federico tak macam rumah diorang ni ? Besar betul rumah uncle tu . ” soalku tanpa memandang wajahnya .

Dapat aku dengar Braylon ketawa kecil apabila mendengar pertanyaanku . Lawak ke soalan aku tu ?
Braylon mendekatkan mukanya ke telingaku .

“ Awak pernah ke nampak raja tinggal dekat rumah kecil ? ” bisiknya .

Apa ? Ra.. raja ?? Jadi selama ni aku tinggal dekat istana ?! Lepas tu aku tinggal bersama keluarga diraja ?!
Wahh ! Bangganya daku ! Nak saja aku menangis berguling-guling dekat sini sekarang .

••••

Setelah beberapa minit kami berjalan , akhirnya kami tiba di sebuah rumah yang agak usang .
Seram rumah ni , macam rumah hantu . Kalau buat filem hantu dekat rumah ni , confirm number one punya cerita tu .
Aku pandang Braylon buat seketika apabila kami sudah berdiri betul-betul di hadapan pintu rumah ini .

“ Kenapa ? Ketuklah pintu . ” katanya selamba .

Eh kenapa aku pula yang kena ketuk pintu ? Dah lah rumah ni mengerikan .
Lama aku memandang Braylon . Tapi dia ni buat-buat tak tahu . Terpaksalah aku mengalah .
Baru saja tangan aku mahu mengetuk pintu , tiba-tiba pintu dibuka dari dalam dengan kasar . Dan tersembul lah wajah ahli sihir disitu .
Kenapa ramai sangat yang nak buat aku terkejut eh ? Nak sangat roh aku keluar dari badan aku ke ?

Ahli sihir itu memandang aku dari atas hingga ke bawah .
Kenapa pandang aku macam tu ? Tak pernah nampak manusia ?

“ Saya dapat rasakan kehadiran Cealyn . ” katanya tanpa mengalihkan pandangannya dari wajah aku .

Aku dan Braylon saling berpandangan apabila dia berkata seperti itu .
Mana ? Tak ada pun tanda-tanda kehadiran Cealyn dekat sini .

“ Mari masuk ! ” sambungnya lagi sambil menarik tangan aku .

Hah ni lagi satu ! Suka main tarik tangan orang !

“ Duduk sini . ”

Tanpa membuang masa aku terus duduk di kerusi yang ditunjuk olehnya sebentar tadi , manakala Braylon hanya berpeluk tubuh sambil bersandar di dinding .
Ternyata di luar rumah saja yang kelihatan menyeramkan . Tapi di dalam kelihatan sangat menarik kerana dihiasi dengan ukiran kayu .
Aku perhatikan sekeliling rumah ni sehinggalah mata aku bertembung dengan matanya yang dekat sangat dengan muka aku .
Mak oi sejak bila kau berdiri depan aku ni ?! Kalau ya pun nak berdiri depan aku , jangan lah dekat sangat ! Heart attack aku kang !
Ahli sihir itu menjarakkan semula mukanya . Reaksinya kelihatan agak terkejut apabila bertentang mata dengan aku .

“ Cealyn . ” katanya perlahan sambil memandang aku .

Serta merta reaksi Braylon berubah . Jadi benarlah yang dia ini Cealyn !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience