BAB 27

Romance Completed 13562

Selesai minum bersama di ruang tamu, Puan Maisarah mengarahkan Aqisha menghantar cawan ke dapur. Katanya, itu tugas anak dara.

"Qish, bawa cawan ni ke dapur. Kalau boleh tolong basuhkan sekali.."

Arah puan Maisarah kepada Aqisha.

"Eh tak mengapa Mai, Aqish.. Susah-susah aje.. Letak aje situ. Nanti saya kemaskan sendiri."

Puan Sabrina lantas bersuara menghalang niat Aqisha yang baru sahaja mahu mengutip cawan dan diletakkan atas dulang.

"Takpe Sab. Takde yang menyusahkan pun.. Kita kan hidup berjiran.. Anak dara kita ni kena dibiasakan dengan kerja-kerja macamni. Kalau tak, sampai ke tua tak reti.."

Puan Maisarah mencuit paha Aqisha sedari tadi buat-buat tak dengar arahannya setelah dihalang Puan Sabrina. Aqisha pantas bangun dan membawa cawan-cawan tadi ke dapur.
Puan Sabrina dan Puan Maisarah hanya tersenyum simpul sambil mata mereka mengiringi langkah Aqisha.

"Saya berkenan sangat dengan Aqisha tu Mai.. Alangkah bagusnya kalau kita berdua berbesan.. Aqisha tu ada ciri-ciri isteri yang baik.."

Puan Sabrina menyatakan pandangan nya kepada Puan Maisarah. Mendengarkan nama Aqisha dipuji, hatinya terbit rasa bangga.

"Insyaallah kalau dah jodoh, takkan kemana. Kan abang?"

Encik Kamal yang berada di sebelahnya disiku lembut. Suaminya itu leka sekali berbual dengan Encik Ibrahim. Nampaknya suaminya itu sudah boleh membiasakan diri walaupun baru sahaja berkenalan dengan jiran baru mereka hari ni.

"Hah.. Ape dia yang betul Mai?"

Puan Maisarah menjeling geram ke arah suaminya.

"kalau dah jodoh, takkan kemana. Kan?"

Ulang Puan Maisarah. Soalan Puan Maisarah disertakan dengan anggukan oleh Encik Kamal.
Beberapa saat kemudian, mereka semua tertawa mesra apabila membayangkan mereka berbesan. Berjiran pulak tu.

° ° ° ° ° ° °

"Awak letak je dalam singki tu. Biar Najwa yang basuh nanti."

Tengku Emran mengarahkan Aqisha yang menatang dulang berisi cawan kotor untuk meletakkannya di atas singki. Aqisha sebenarnya tergamam ketika mula-mula melangkah masuk ke dapur. Tidak sangka jejaka itu akan berada di sana bersama Najwa yang asyik bermain dengan patung Barbienya. Entah dari mana datangnya kekuatan untuk dia berpura-pura seperti tidak ada apa-apa berlaku antara dirinya dengan lelaki itu pada pagi semalam.

"Najwa, tolong basuh cawan tu. Kakak tu tak reti nak basuh cawan.."

Tengku Emran galak mengusik. Sebuah jelingan ditujukan ke arah Tengku Emran. Tengku Emran yang buat tak tahu dengan jelingan itu sekali lagi memanggil Najwa.

"Wawa.. Kejap lagi wawa sambung main dengan patung Wawa tu. Tolong basuh cawan tu dulu.."

Wawa mencebik. Bukan apa, dia kepenatan membantu ibunya di dapur pagi tadi. Baru nam berehat, abangnya pula menyuruh nya itu ini.

"Heisyy. Biarkan jela dia main dengan anak patung dia. Basuh cawan ni kacang aje. Dari saya kecik sampai besar saya dah terbiasa dengan perkara ni.. Awak asyik suruh Najwa entah-entah awak yang tak reti. Bukan takat tu aje, nampak kucing macam nampak hantu aje."

Aqisha menyindir sambil tangannya sibuk membasuh cawan.
Najwa yang terdengar abangnya disindir begitu lantas ketawa berdekah.

"padan muka. Hahaha dengan kakak tu tak berani nak menjawap.."

Tengku Emran yang sedang geram dengan sindiran Aqisha lantas memalingkan wajahnya ke arah Najwa.
Najwa yang masih lagi ketawa berdekah melarikan diri ke ruang tamu, mendapatkan ibunya.

"Tahu takut.. Nak lari-lari pulak dia.."

Tengku Emran lantas berdiri dan menghampiri Aqisha.

"Biar saya buatkan. Awak tu tetamu. Nanti baju awak kotor.."

"Takpayah la. Alang-alang dah ni.."

"takpe.. Biar saya buat.."

Aksi merebut-rebut cawan berterusan. Dalam aksi merebut itu, tengku Emran terpegang tangan Aqisha. Bagaikan terkena renjatan elektrik, kedua-dua mata mereka bertaut. Namun hanya untuk seketika apabila Tengku Emran berdehem.

"Maaf. Tak sengaja. Okayla kita basuh sama-sama ye? Tak sampai hati pulak saya nak biar awak basuh sorang-sorang."

Aqisha hanya membiarkan Tengku Emran membantunya tanpa menjawap sepatah kata. Cekap sekali lelaki itu mengelap cawan yang sudah dibasuh olehnya. Tanpa sengaja, dia terpuji lelaki itu.

"Pandai awak handle benda-benda macamni. Ingatkan lelaki tahu makan je, taktahu basuh.."

Tengku Emran mencebik tapi kemudian tersenyum lantas menjawap.

"Awak ingat lelaki cuma tahu makan je? Tak semua tahu makan. Ada yang tahu buat perkara yang perempuan boleh buat. Tak macam orang tu.. Kita dah tolong, tapi tak reti ucap terima kasih.."

"hmmm yela. Terima kasih sebab tolong saya basuh cawan.."

Ucapan terima kasih disertakan dengan senyuman.

"cik mok, bukan terima kasih untuk ni. Ucapan tu saya tak dengar pun masa saya selamatkan nyawa awak dari lelaki tak guna tu.."

Aqisha meneguk liur. Situasi detik hitam itu diimbas kembali. Tangannya menggigil perlahan. Tengku Emran yang sedar perubahan Aqisha sedikit resah. Tak sepatutnya dia mengungkit perkara itu. Tapi memandangkan gadis itu asyik mengusiknya, dia juga ingin membalas mengusik Aqisha kembali.

"err.. Awak.... Saya takde niat.. Er saya tak bermaksud nak...err saya minta maaf..."

Wajah Aqisha dipandang resah. Gadis itu enggan menatap wajahnya sebaliknya hanya menunduk dan masih setia membasuh cawan.

"awak.. Jangan diam macamni please... Saya tambah risau.."

Aqisha mengumpulkan kekuatan kemudian memandang tepat ke arah sepasang mata milik Tengku Emran.

"Terima kasih. Terima kasih sebab selamatkan nyawa saya, maruah saya pada malam tu. Terima kasih jugak sebab sudi tolong saya sampaikan amanah kawan saya. Terima kasih sebab buat saya rasa selamat di samping awak. Awak memang seorang lelaki yang sangat baik. Baik sangat..."
Aqisha masih lagi memandang tepat ke arah Tengku Emran. Baru kali ini dia dapat mengamati wajah itu. Kening nya agak tebal, sepasang mata itu didampingi dengan bulu mata yang lebat dan panjang, indah sekali dipandang. Dia seakan-akan terbuai dengan keindahan di hadapan mata nya sekarang.

"awak ikhlas puji saya atau awak tengah memerli saya sekarang ni??"

Aqisha tersentak. Dia sedar objek yang dipandangnya dari tadi bernyawa. Segera dia mengalihkan pandangan dan menunduk, meneruskan membasuh cawan.

"saya ikhlas. Saya sanggup buat apa sahaja untuk balas kebaikan awak.."

Tengku Emran tersenyum. Tepat sekali. Sekarang ni aku sangat memerlukan bantuan seseorang. Tengku Emran merasakan Aqisha sesuai jadi seseorang itu.

"saya nak awak tolong saya sesuatu.."

Wajah Aqisha berkerut dan sekali lagi dia menatap wajah Tengku Emran yang sedang tersenyum seakan mempunyai maksud tersirat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience