BAB 8

Romance Completed 9573

“ Aku nak cari buku kejap.” Ujarku pada Faiq yang sedang tekun study Far. Nak kata aku rapat dengan Faiq sekarang ni tak juga. Tapi best rupanya kawan dengan dia ni. Baru aku tahu. Kepala pun boleh tahan gila.

Aku mula cari buku yang berada di rak. Hmm… kat mana pulak buku ni pergi? Hari tu aku nampak ada kat sini. Tumpuanku terganggu bila aku terdengar suara orang ketawa. Bila aku tengok rak sebelah aku dapat tangkap kelibat Sany dan Zira…

Air mata mula bergenang. Sakitnya perasaan ini. Kalaulah aku tahu betapa sakitnya jatuh cinta, aku lebih rela biarkan hati aku kosong tanpa dihuni oleh sesiapa. Perlahan-lahan kakiku berundur. Ingin lari dari terus menyaksikan kemesraan yang terhidang di depan mata. Namun langkahku mati bila Faiq menahan. Aku sendiri tidak sedar bila masa Faiq ke sini.

“ Sampai bila kau nak macam ni. Kau kena tunjuk yang kau kuat.”

Aku angguk kepala. Faham apa yang dia maksudkan cuma aku belum cukup kuat.

“ Dahlah, jangan nangis. Kau tak comel bila menangis.”

Kata-kata Faiq membuatkan aku tergelak kecil. Sengal punya ayat! Pantas aku lap sisa air mata yang masih ada di pipi.

“ Linda…”seru seseorang. Terus gelak aku mati. Aku menoleh. Sany… dan di sisinya ada Zira yang menjeling tak suka.

“ Kau buat dia menangis?” suara Sany keras menyoal Faiq. Aku dapat lihat yang wajah Sany berubah merah. Mukanya tegang seperti nak membaham orang.

“ Sany…” aku cuba nak terangkan tapi Faiq lebih pantas memotong kata-kataku.

“ Kau peduli ke kalau dia menangis? Bukan kau dengan dia dah bukan best friend ke?” Tenang Faiq menjawab.

Sany mencekak kolar baju Faiq tanpa sempat aku tahan.

“ Aku memang sangat-sangat peduli walau setitik pun air mata dia jatuh dan aku tak akan maafkan orang yang buat dia menangis.” Tekan Sany perlahan namun aku masih boleh mendengar. Rahangnya diketap geram. Aku rasa ini adalah kali pertama aku lihat Sany sebegini marah. Selalunya aku tengok dia cool aje.

“ Walaupun orang yang buat dia menangis tu kau?” soal Faiq sinis membuatkan wajah Sany berubah. Faiq menolak tangan Sany yang mencekak kolar bajunya. Mukanya turut serius.

“ Faiq, jomlah.” Aku tarik lengan baju Faiq supaya beredar dari situ. Tak sanggup nak berada dalam situasi yang begitu melemaskan.

“ Kau ikut aku.” tanpa sebarang amaran Sany tarik aku dari situ meninggalkan Zira dan juga Faiq. Nasib baik lenganku berlapik, kalau tidak ada juga yang kena maki dengan aku.

“ Kau kenapa?” soal Sany marah bila dia sudah melepaskan lengan aku.

“ Kenapa dengan aku?” boleh pulak dia tanya aku kenapa. Patutnya aku yang tanya dia kenapa. Hilang dari hidup aku macam chipsmore lepas tu muncul balik. Dia ingat aku tak sakit hati ke? Pergi dan muncul sesuka hati dia, dia tak fikir ke yang aku sangat-sangat terasa?

“ Kau tahu yang aku tak suka Faiq tapi kenapa kau rapat dengan dia sekarang ni?” marah Sany dengan nada yang tertahan.

“ Aku tak pernah persoalkan bila kau rapat dengan Zira dan sekarang ni aku tak nak kau pertikaikan hubungan aku dan Faiq.”

“ Kau dan Faiq?” suara Sany sedikit tinggi.

Aku senyum sinis. Dia faham maksud yang aku sampaikan.

“ Kalau dari dulu aku tak pernah suka dia, kau rasa aku akan suka dia sekarang ni? The answer is still no!” Sany menjerit di depan aku. Mukanya merah padam. Dia tak boleh terima bila aku mengaku yang aku ada hubungan dengan Faiq biarpun kenyataannya kami hanya berkawan.

“ Tak kisahlah dari dulu, sekarang atau sampai bila-bila pun aku tetap tak akan izinkan kau dengan dia.” Sany membentak.

“ Wait, let me remind you something here… kau tak ada hak langsung nak tentukan dengan siapa aku boleh bercinta atau dengan siapa aku tak boleh bercinta. Kau bukan siapa-siapa pun dalam hidup aku.” senyuman sinis masih belum hilang dari bibir aku. Jarang sekali aku melemparkan senyuman sinis begini kepada Sany namun kini kami seolah-seolah seperti musuh. Keadaan kami sekarang ni langsung tidak menunjukkan yang kami pernah berkawan rapat.

“ Aku bukan siapa-siapa?” Sany tergelak sinis. Dia meraup kasar rambutnya.

“ I’m your best friend Lin. Aku tak suka ada lelaki lain rampas tempat aku dalam hidup kau.” ujarnya tak puas hati.

“ Sampai bila?”

Sany terdiam. Aku tahu yang Sany tak ada jawapannya sebab aku yakin yang Sany memang tak nak tengok aku dengan mana-mana lelaki pun! Pentingkan diri! Dia fikir dia seorang aje nak bahagia. Habis aku? Menderita tengok kebahagiaan dia?

“ Dahlah Sany… Zira dah tunggu kau. Better kau pergi. Dengan siapa pun aku nanti kau dah tak payah masuk campur.”

Sany mendengus kasar. Bengang bila aku menghalangnya daripada terus masuk campur dalam hidup aku.

“ Mungkin kau rasa aku pentingkan diri tapi aku tak peduli. Aku tak akan benarkan mana-mana lelaki rampas kedudukan aku. Bukan setakat bestfriend kau tapi aku sanggup jadi life partner kau dari aku biarkan lelaki lain yang masuk dalam hidup kau. Kau milik aku…” sempat Sany mengingatkan aku sebelum berlalu pergi. Aku picit dahi yang terasa pening tiba-tiba. Aku milik dia? Sany memang dah gila!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience