35 - Mentua vs Menantu

Romance Completed 45760

“Korang nak tahu tak, Tini, Ros? Semalam menantu aku selamat melahirkan anak ketiga mereka. Aku tak boleh lama sebenarnya, nak jenguk cucu aku. Tak sabar pula,” kata puan Liza, begitu teruja.

“Alhamdulillah, baby boy or girl?” tanya puan Ros. Tumpang gembira mendengar berita tersebut.

“Kata anak aku, baby girl. Tambah seronok aku dengar. Yelah, cucu aku sebelum ni, dua-dua lelaki.”

“Eloklah tu. Ha, tinggal sorang ni lagi. Kau bila nak ada cucu, Tini? Tak kan menantu tu tak mengandung lagi? Rasanya dah lama kan mereka tu kahwin?” tanya puan Ros lagi. Kini, mata kedua rakan puan Kartini tertumpu ke arahnya.

“Dah empat tahun. Aku pun tak tahu bila dapat cucu. Belum rezeki lagi lah tu,” lagi-lagi jawapan yang sama diberikan. Barangkali sudah bosan rakannya mendengar jawapan yang sama saja. Jangankan mereka, dirinya juga sama, bosan memberi jawapan tersebut. Entahlah, hendak kata menantu dia mandul, dia juga kurang pasti soal itu.

“Empat tahun, sorang cucu pun tak dapat lagi? Hmm. baik tanya menantu kau tu. Takutnya dia mandul, tu yang tak boleh dapat anak. Ha... sampai mati pun, tak dapat cuculah jawabnya,” kata-kata yang dilontarkan sedikit sebanyak membuat hati seorang puan Kartini tersentuh. Ada betulnya kata puan Liza. Entah-entah, anak dan menantunya sorok sesuatu dari dirinya?

Puan Ros mengangguk setuju dengan kata-kata puan Liza tadi. “Betul tu, Tini. Baik tanya menantu kau. Mesti ada yang tak kena,” Puan Kartini sekadar melakarkan senyuman buat rakannya.

“Eh, aku minta diri dulu. Anak aku pun dah menunggu ni. Rasa tak sabar nak jumpa cucu aku. Kali ni aku yang belanja. Ada baki, simpan je..” Puan Liza menghulurkan sekeping duit kertas bernilai RM50.

“Aku nak ikut boleh?” tanya puan Ros.

“Of course. Kau, Tini. Tak nak ikut?”

Puan Kartini sekadar menggeleng. Sejurus selepas itu, langkah puan Ros dan puan Liza hanya dihantar dengan pandangan kosong. Terbit pula rasa kecewa terhadap menantunya, Ria Neldia. Nafas berat dilepaskan. Tidak lama kemudian, puan Kartini turut mengangkat kaki dari restoran tersebut selepas membuat pembayaran.

Baru sahaja pintu rumah dibuka, kelibat Neldia muncul sedang menuruni anak tangga. Nampak dari segi pemakaian, sepertinya wanita tersebut ingin keluar. Cantik dan kemas saja dari pandangan puan Kartini. Wanita separuh umur itu berdehem seketika sebelum menegur menantunya.

“Neldia, kamu nak ke mana?” tanya puan Kartini walaupun sudah tahu jawapannya.

“Alaa, ibu macam tak tahu. Orang nak keluarlah dengan kawan-kawan. Maybe, lambat balik kut malam ni,” balas Neldia diikuti senyuman yang dilemparkan kepada ibu mentua. Jelas terlihat wajah puan Kartini tidak begitu senang. Namun, Neldia hanya menganggap biasa saja.

“Sebelum keluar, ibu nak cakap sikit.” ujar Puan Kartini sementara melangkah ke arah sofa. Neldia hanya akur menuntun langkah dari belakang. “Kamu dengan Aidil dah lama kahwin, kan? tapi... kenapa belum ada...” ayat itu tergantung disitu apabila Neldia memotong serta-merta.

“Zuriat?” ujarnya dengan nada dan riak selamba. Dari awal lagi dia sudah dapat teka topik perbualan tersebut.

Puan Kartini mengangguk. “Kamu berdua ada sorok apa-apa dari ibu ke?” soalnya ingin memastikan tentang perkara yang bermain difikirannya. Dirinya sudah muak asyik ditanya benda yang sama oleh rakannya. Biarlah kali ini dia sendiri bertanya kepada Neldia secara langsung.

Neldia membuat rolling eyes disertakan oleh hembusan nafas panjang. “Sorok apa benda pula ni, bu? Mesti Aidil tak bagitahu ibu lagi, kan?” ada kelainan nada suara wanita tersebut.

“Bagitahu apa?”

“Sebenarnya, Neldia tak bersedia lagi nak mengandung. So, ibu kena sabarlah, menunggu Neldia sampai bersedia nak memiliki zuriat. Lagipun, Neldia masih muda lagi. Ala, nantilah fikir pasal zuriat tu,” jelas Neldia panjang lebar. Sedikit pun tidak ada rasa bersalah timbul di wajahnya.

Detak jantung Puan Kartini seakan berhenti buat seketika. Seakan-akan ada sebuah panahan petir yang enggan berteman dengan alam semesta. Sangat mengejutkan, namun itulah hakikat.

“Tak bersedia? Sampai bila?” soal puan Kartini dengan nada begitu kecewa dengan Neldia. Susah baginya menerima kenyataan itu.

Neldia mencebik. “Kan dah kata tadi, sampai Neldia betul-betul bersedia. Itu pun tak faham ke? Dahlah, ibu. Tak payah tanya lagi. Neldia bosan dengan soalan ni. Ibu dengan Aidil sama je. Cubalah faham orang sikit. Ni tidak!” bebel Neldia tanpa dia sedari tatapan maut dari wanita berumur disebelahnya itu.

“Macam ni perangai kamu, rupanya. Apa salahnya lahirkan anak? Kamu tak kesian tengok Aidil tu? Dia juga mahu bermain dengan darah daging sendiri. Tak faham betullah perangai kamu ni!” marah Puan Kartini. Tahap kesabaran sudah hampir sampai kemuncaknya.

“Ibu, sebaiknya tak payahlah atur rumah tangga kami. Tahulah apa kami buat. Yang nak mengandung tu Neldia, bukan ibu! Tapi, kalau ibu tak sabar, mintalah Aidil kahwin lagi. Itu pun, kalau dia mahu. Dia kan sayang Neldia sampai mati,” pedas kata-kata menusuk lubuk hati seorang puan Kartini. Neldia telah mengikis kesabaran wanita tersebut.

“Ada apa dengan kamu ni, Neldia?! Kalau kamu berfikir macam tu, baik dari dulu jangan kahwin dengan Aidil. Menyusahkan!”

Neldia bingkas berdiri dari tempat duduknya. Panas juga telinga mendengar ucapan puan Kartini. Tajam pandangan melihat ibu mentuanya yang masih duduk ditempat. Dalam hati, sudah ligat mencaci maki wanita itu. Tanpa disedari, sebelah tangannya mencengkam rahang wanita separuh umur itu.

“Ibu dengar sini, ibu tak ada hak nak atur hidup Neldia. Ibu tu dah tua, baik fikir pasal diri sendiri!” nadanya sengaja diperlahankan, namun maknanya cukup mendalam. Perasaan hormat terhadap ibu mentuanya sedikit sebanyak sudah hilang dalam diri. Tidak teragak-agak bagi seorang Neldia menghadapi wanita itu.

Pada masa itu juga, puan Kartini pantas menepis dengan kasar. Sekelip mata cengkaman pada rahangnya, terlerai. Tanpa di duga, menantu yang dikasihi telah berlaku kasar terhadap dirinya. Laju saya telapak tangan milik puan Kartini, mendarat di pipi Ria Neldia. Merintih wanita itu menahan kesakitan yang dirasa.

“Baru sekarang nak tunjuk perangai sebenar dengan aku? Perempuan macam kau, baik pergi matilah! Aku pun tak terhegeh-hegeh nak bermenantukan kau! Aku restu pun, sebab kau berharta je!” ujar puan Kartini dengan jujur. Ya, Neldia boleh dikatakan sebagai orang yang berada kerana memiliki sebuah perusahaan kecil. Namun, sekarang Aidil yang meneruskan perusahaan itu. Dia serahkan segala-galanya kepada suaminya.

“Kalau bukan sebab harta kau, jangan haraplah kau dapat restu dari aku! Sekarang ni, kau tak ada apa-apa pun. Semua harta kau dah serahkan kepada anak aku. Boleh je aku halau kau dari rumah ni. Huh, nasib kau sama je dengan Hanis. Dua-dua bodoh!”

ZAP!

Tubuh puan Kartini ditolak kasar sehingga menyebabkan wanita itu terjatuh di atas lantai. Puas hati Neldia melihatnya.

“Jangan sama kan saya dengan Hanis. Dia penyabar, tapi, saya tidak! Ibu fikir saya akan berdiam diri? Cubalah halau Neldia dari rumah ni, tahulah nasib ibu nanti. Ingat tu!” Neldia memberi amaran keras kepada ibu mentuanya sebelum melangkah pergi bersama sakit hati yang dirasakan.

Puan Kartini sudah pun tercungap-cungap menarik nafas saat itu. Rasa sakit tiba-tiba menghentam kepala. Wanita itu cuba bertenang. Apabila ia memandang sekeliling, seperti ruangan itu seolah-olah bergerak. Beberapa minit, pandangannya mulai gelap.

Surya yang tenggelam mulai bekerja lagi. Begitu cepat masa berlalu. Di satu sudut ruangan, kelihatan Hanis sedang bermain-main dengan dunia fantasinya. Namun, khayalannya dengan cepat bercempera tatkala Mariam datang duduk disebelahnya. Ya, malam ini dia ditemani oleh Mariam. Satu-satunya rakan yang sangat prihatin kepada dirinya.

“Hanis... kau betul-betul yakin dengan keputusan kau ni?” tanya Mariam cuba untuk memastikan bahawa keputusan itu adalah pilihan tepat bagi seorang Putri Hanis. Bukan apa, dia tidak mahu Hanis menanggung beban di kemudian hari. Keputusan Hanis untuk pergi jauh sedikit sebanyak mendatangkan kerisauan di hati Mariam.

“Ya, Mariam. Aku tak ada pilihan lain selain menjauh dan menghilang dari semua orang. Biarlah rasa sakit ni menghilang dengan sendirinya. Sebenarnya, aku dah tak kuat. Dari aku remaja, ada je masalah yang aku kena tanggung! Sakit sangat...” suara Hanis semakin lama semakin perlahan.

“Kau kena kuatkan semangat. Jangan sampai kau pilih jalan yang tak baik. Maksud aku, bunuh diri semua tu. Bukan apa, dekat luar sana banyak orang bunuh diri disebabkan tekanan dalam hidup mereka. Kau jangan buat macam tu ya?” jelas Mariam dengan kerisauan yang menggunung. Disebabkan terfikir hal tersebut, dia sanggup bermalam di rumah Hanis.

Hanis hanya melakarkan senyuman. “Mariam... sebenarnya, aku malu dengan kau tau dengan kau. Kita kenal tak cukup lama, tapi kau banyak sangat bantu aku. Terima kasih. Aku tak tahu nak balas apa,”

“Aku ikhlas nak bantu kau. Er, tujuan kau nak ke mana? Janganlah jauh sangat. Carilah tempat yang aku boleh pergi,”

“Adalah... nanti kau akan tahu...”

“Kau tak nak tunggu tuan Jason balik sini? Mana tahu dia dapat bantu kau selesaikan masalah ni?” tanya Mariam dengan penuh harapan.

“Tak. Aku tak nak tunggu dia. Nanti apa pula kata Datin Jumira dan tuan Jayden. Kau dengar sendiri kan? Dorang nak aku jauhkan diri dari tuan Jason? So, aku kena lakukan tu...”

“Hanis, kenapa perlu dengar cakap diaorang? Tuan Jason percaya kau, tahu? So, tunggu dia balik ya? Bila kau nak gerak? Tuan Jason balik 3 hari lagi. Rendi kata tuan Jason dah tempah penerbangan ke sini.”

“Aku gerak secepat yang mungkin. Aku minta maaf, Mariam. Aku tak boleh muncul depan tuan Jason. Kirim salam jelah dekat dia...dan jangan lupa ucapkan terima kasih. Dia banyak bantu aku,” balas Hanis tetap dengan pendiriannya.

“Tapi...”

“Kalau dia tanya pasal aku, jawab je tak tahu. Atau, bagitahu aku dah larikan diri jauh-jauh dari sini. Apa-apa lah alasan kau nak bagi.” kata Hanis lagi.

Mariam akhirnya mengalah dan hanya akur. Dia tidak boleh begitu memaksa. Ada betulnya yang Hanis buat. Mengelak daripada Haiqal Jason agar tidak mengeruhkan lagi keadaan itu. Namun, sampai bila nak biarkan orang pijak kepala Hanis? Tak boleh jadi. Aku kena buat sesuatu! Bisik Mariam.

****

Saya tahu awak semua ternanti-nanti kepulangan Jason :) Tapi, kena sabar. Dia akan balik tak lama lagi hehehe... sabar ye.... hehehehehehe SAYANG AWAK SMUA.. HAPPY READING <33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience