BAB 5

Romance Completed 22633

Aku melihat Danish dengan senyuman yang lebar. Danish itu memang tidak dinafikan, mukanya memang comel dan kacak dan comel lagi dan kacak lagi, matanya yang sepet membuatkan dirinya apabila ketawa seperti menutup mata dan Danish mempunyai mata yang tersenyum dan senyumannya apabila dilihat, Aduhhh !! Gugur jantung hatiku !!

Oh ! Seratus persen Ah cintaku …. Wajah Danish juga jika sekilas pandang seperti Kim Bum, dan dua kali pandang muka macam Kim Bum lagi. Chait ! Memanglah muka si Danish itu macam Kim Bum. Haiya !!! Gugur lagi jantung aku !.

Tiba-tiba aku melihat yang Danish sedang berjalan menuju ke arahku sambil tersenyum dan aku terlihat di tangannya sedang memegang satu kotak yang berbentuk hati, itu cincin mungkin. Aduhai, bagaimana ini?. Aku terasa diriku seperti di awang-awangan, sedang terbang ke bintang dan bulan.

“Auni !!!!!! Hoi !! Kau dengar tak ni ??!! Naura Auni !!” Aku terkejut dengan suara yang tiba-tiba menerjah ke telingaku lalu aku pun melatah

“Oii ! Danish comel gile !!!” Lalu barulah Auni tersedar ke alam yang nyata dan suaranya yang kuat terlatah itu, telah membuatkan semua rakannya, juga Madam Anne terkejut dan Auni melihat semua rakannnya sedang tersenyum mengejek dan menahan ketawa.

Manakala, apabila matanya bertembung dengan Danish, Auni melihat Danish yang sedang memberikan pandangan yang maha tajam kepadanya. Lalu, dengan rasa malu yang tebal di muka, Auni hanya berdiam diri dan matanya hanya memandang ke arah meja.

“Okay class, jangan ejek Auni tu sebab dia hanya terlatah, mungkin itu adalah kelemahan dirinya yang sedang diperbaiki, baiklah kita sambung semula pelajaran yang tertangguh sebentar tadi.” kata Madam Anne untuk meredakan suasana yang riuh dengan gelak ketawa dan ejek-mengejek. Tambahan, Madam Anne juga kasihan kepada Anne kerana dia juga mempunyai pengalaman yang sama seperti apa yang berlaku sebentar tadi.

Setelah kelas tamat, Auni terus mengejar dan mendapatkan Danish yang sedang berjalan untuk keluar dari kelas.

“Danish !! Danish !!” Danish berhenti dan memandang Auni dengan pandangan yang biasa, tidak seperti tadi yang Danish memberikan Auni pandangan yang maha tajam sehingga tertusuk ke dalam jantung.

“Danish, saya nak minta maaf sebab tadi terlatah cakap awak comel gile. Saya tak sengaja sebab sebelum ni pun saya asyik terlatah sahaja.” Auni menjelaskan. Padahal hatinya menipu.

“Ohh ! Sambil terlatah sambil memuji ya? It’s okay, but kalau awak buat lagi, siap awak !” Danish memberikan amaran dengan tegasnya dan menjeling Auni bagai hendak diterkamnya Auni itu. Dan selepas itu Danish berpaling dan pergi. Tetapi Auni perasan, semasa Danish hendak berpaling Auni ada terperasan yang Danish sedang berusaha untuk menahan senyuman lebar.

Takkanlah dah marah-marah boleh senyum lebar lagi. Hati Auni berkata dan dia masih lagi boleh tersenyum seperti kerang busuk walaupun selepas dimarahi oleh Danish.

Kau memang sudah angau dengan si Danish tulah Auni !!!

Auni berjalan menuju ke kafe bersama buku dan fail di tangannya, dan Auni mencari meja yang agak tersorok untuk menenangkan dirinya yang dilanda Ribut Taufan yang amat Dahsyat sebentar tadi. Sambil itu, hatinya tertanya-tanya di manakah Qisya berada.

Selepas Auni mendapat meja yang agak tersorok, Auni memesan minuman dan sementara dia menunggu air yang dipesannya, Auni mencapai novel

“Cinta Kontrak” yang baru dibelinya kelmarin dan membacanya. Selepas beberapa minit, telefon bimbitnya berdering.

“I have died every day waiting for you
Darling, don’t be afraid I have loved you
For a thousand years
I’ll love you for a thousand more”

Sebelum Auni menekan butang Accept dia melihat terdahulu gerangan nama pemanggil yang menelefonnya.

“Akim? Apa yang budak bertuah ni nak?” Auni menekan butang Accept.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience