Chapter 8

Family Completed 11174

3 Bulan Kemudian

" Huishh, seram lah nak pamer nanti. Mesti ramai orang kan. Segan lah weyh " kata Irfan.

" Nak segan apa. Buat macam biasa je " kata Tengku Afiq.

" Weyh weyh. Tengok tu. Dak Biologi Malaya tengok kita doh " kata Irfan lagi.

" Ala lek lah. Miera ngan Amir je " balas Tengku Haniez pula.

"Ha ni Iezkandar mana Iezkandar? Dari tadi aku cari tak jumpa " tanya Tengku Afiq.

" Iez pergi ambil senjata rahsia kita dengan Farah. Saya saja je suruh diorang pergi berdua " jawab Tengku Haniez.

" Actually apa senjata rahsia kita? " tanya Irfan mencelah.

" Nanti Iez bawak kau tengoklah" jawab Tengku Haniez.

*** Pilot VS Doktor ***

" Eee. Kolot betul. Baru pandang sikit dah kalut. Belum pergi dekat face to face " kata Tengku Amiera.

" You ni. Orang tengah sibuk nak uruskan ni, you sibuk tengok diorang. Diorang tu takde apa. Biarkan je " kata Tengku Amir.

" Betul jugak kata you " puji Tengku Amiera. Mereka berdua pun menyambung membuat persiapan pameran.

*** Pilot VS Doktor ***

" Kau tunggulah Haniez. Sekejap je lagi aku akan buat performance aku. Saksikan Qistina beraksi " kata Nur Qistina sendirian sambil menyorok di sebalik pentas.

*** Pilot VS Doktor ***

" Para pengunjung, sekarang anda dibenarkan melawat booth booth yang berada di sini. Cari cita cita anda. Dan kalau boleh cari maklumat mengenai cita cita lain. Selamat datang " umum pengacara majlis.

" Pilot, mu tunggu aku datang " kata Nur Qistina di dalam hati.

" Ermm, saya nak maklumat tentang pekerjaan di sini " kata Nur Qistina kepada Irfan.

" Ouh boleh. Mari saya terangkan " Irfan menerangkan tentang pekerjaan pilot kepada Nur Qistina.

" Jadi begitulah. Cik nak cuba tutorial memandu kapal terbang? " tanya Irfan selepas selesai menerangkan kepada Nur Qistina.

" Ermm, boleh jugak " jawab Nur Qistina.

" Ok kalau macam tu, sila cari ejen yang bertugas di situ. Tengku Haniez Afieqa " terang Irfan.

" Ok. Thank you " ucap Nur Qistina.

" Pucuk dicita ulam mendatang. Peluang baik aku dekati Haniez. " kata Nur Qistina di dalam hati.

"Ermm, saya nak cuba tutorial di sini " kata Nur Qistina.

" Boleh. Mari saya tunjukkan. Mula mula cik perlu turun ke bawah dan mmmm!! " ayat Tengku Haniez tergantung kerana mulutnya ditekup oleh Nur Qistina dengan sehelai kain tuala. Tengku Haniez pengsan kerana tidak mendapat oksigen. Tengku Haniez dibawa pergi oleh Nur Qistina tanpa disedari orang.

*** Pilot VS Doktor ***

" Awak ni ada lagi nak cuba tutorial ni " beritahu Tengku Afiq kepada Tengku Haniez. Namun pemberitahuannya tidak diendahkan kerana Tengku Haniez tiada di situ.

" Mana pulak dia ni pergi. Selalu kalau nak pergi mana mesti dia bagitahu. Tanya Irfanlah. Irfan kan P.A dia. Maybe tahu. " kata Tengku Afiq di dalam hati.

" Irfan, kau nampak Afieqa tak? " tanya Tengku Afiq kepada Irfan.

" Dekat tempat tutorial lah " jawab Irfan.

" Takde pun " kata Tengku Afiq.

" Maybe dia pergi toilet " kata Irfan.

"Takkanlah. Fieqa tu kan kalau nak pergi mana mana mesti dia bagitahu kita. Especially kau. Sebab kau P.A dia. " kata Tengku Afiq lagi.

" Ah sudah. Mana pulak dia pergi? " soal Irfan.

" Tulah. Aku pun tak tahu " Jawab Tengku Afiq.

" Jom buat pengumuman dekat mic " cadang Irfan.

"Ha jom " Tengku Afiq mengikut cadangan Irfan.

*** Pilot VS Doktor ***

" Ha duduk kau sini diam diam " kata Nur Qistina.

" Apa kau nak Qis? " tanya Tengku Haniez sambil meronta mahu meleraikan ikatan di tangan dan kakinya namun tidak berhasil.

" Aku nak kau jauhkan diri daripada Afiq " jawab Nur Qistina.

" Tak mungkin. Kitaorang dah nak nikah bulan depan. Qis tolonglah. Jangan kacau hubungan kitaorang " balas Tengku Haniez.

" Tak! Aku takkan berhenti kacau hidup korang sampai aku dapat Afiq balik " jawab Nur Qistina.

" Sudahlah Qis " rayu Tengku Haniez.

" Hei kau tahu tak. Sebab kau, Afiq dah sombong dengan aku. Afiq dah tak layan aku " cerita Nur Qistina.

"Bukan salah aku. Dia yang rapat dengan aku. Aku kawan je dengan siapa siapa. " jawab Tengku Haniez.

" Habis yang sampai nak nikah tu apa?! " tengking Nur Qistina.

"Dia yang lamar aku! Apa masalah kau! " tengking Tengku Haniez semula. Biasalah, siapa je yang tak kenal dengan Tengku Haniez. Kan tak boleh ditengking. Nanti kalau ditengking dia akan tengking lebih daripada orang yang tengking dia.

" Berani kau tengking aku " kata Nur Qistina yang tercabar. Lalu dia mengambil pisau dan berjalan menuju ke Tengku Haniez.

" Nah rasakan. Tulah balasan tengking aku. Hahahaha " Nur Qistina menusuk pisau ke tubuh Tengku Haniez dan ketawa jahat.

" Arghh!! " jerit Tengku Haniez.

" Bye bye Haniez. Aku pergi dulu. Hahaha " kata Nur Qistina sambil ketawa jahat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience