Rate

BAB 62 - TIDAK SETIA??

Romance Completed 454604

'aku tak sangka.. itu sebab utama aku dipilih untuk menjadi pasangan buat manja.. Sebab aku dikatakan mandul?' .. Inas yang sedang mengintai perbualan dua anak beranak itu berpaling dan bersandar di dinding.. sebaik saja belakang tubuhnya menyentuh dinding yang sejuk itu, mulut Inas ditekup oleh tapak tangan seseorang.. oleh kerana kawasan itu gelap dan tak diterangi oleh cahaya Inas meronta untuk melihat wajah orang yang ada di hadapannya.. makin kuat Inas meronta.. makin kuat juga tubuhnya dihimpit oleh orang itu..

''ssssssshhh..'' bisik suara itu dekat dengan telinganya..

''m..mm..'' hanya itu yang mampu dikatakan oleh Inas..

''sssssh... manis..'' suara yang berbisik itu kedengaran tegas berbaur amaran.. Kepada Inas.

'manja?'

''manja akan turunkan tangan manja.. asalkan manis tak bising..'' sekali lagi suara itu berbisik di telinganya.. sepasang mata itu berada sangat dekat dengan wajahnya.. Raif menganggukkan kepalanya perlahan-lahan.. secara spontan.. Inas turut mengikut gerak kepala yang baru dilakukan oleh Raif sebentar tadi..

''ikut manja naik ke atas..'' Raif menurunkan tangan yang menempel di mulut Inas ..

''man...'' belum sempat Inas bersuara.. tangannya ditarik kasar menuju ke arah tangga.. kakinya mengikut rentak kaki Raif memanjat anak tangga keatas.. berjalan secara pantas dan senyap.. menuju keatas.. sebaik sampai di hadapan pintu bilik Raif.. pintu itu di buka dengan hati-hati agar tak ada sebarang bunyi yang terhasil dari situ.. masuklah mereka berdua kedalam bilik.. Tangan Inas dilepaskan secara kasar oleh Raif sehingga Inas teranjak berjalan masuk kedalam secara paksa.. manakala Raif berpaling menutup pintu biliknya dan menguncinya dengan pantas..

Inas melihat ke arah Raif yang sedang bersandar di sebalik pintu yang sudah selamat di kunci dari dalam. Raif mendongak keatas sambil mengatur nafasnya.

'nyaris.. Semuanya hampir ketahuan tadi..' keluh Raif.

''manja.. '' suara halus itu menyeru memanggilnya.. Raif menundukkan kepala memandang ke arah Inas.

'' apa yang manis buat di bawah tadi?'' tanya Raif..

''manis turun ke bawah nak buat air..'' Inas menunjukkan flash air panas yang ada didalam pelukkannya tadi kepada Raif. Flash air itu diletakkan di atas meja kecil berhampiran dengan katil..

''kenapa perlu waktu macam ni manis?? .. Manis tahu tak bahaya.. Semua tu bahaya..'' kata Raif ..

'perlukah waktu bila lapar?' rungut Inas tak puas hati.

'' bahaya? Siapa yang bahaya? Mama? Saya atau Abang hamzi?'' tanya Inas. Inas berjalan ke hadapan beberapa langkah mendekat ke arah Raif. Raif segera memalingkan wajahnya ke arah lain.. Dia diam tak menjawab pertanyaan daripada Inas tadi.

'' jadi selama ni betul lah tekaan manis yang manja dah pulih..! Tapi kenapa Manja rahsia kan semua ni dari manis?'' Inas memegang rahang Raif dengan kedua-dua belah tangannya.. Perlahan-lahan menarik wajah Raif yang sedang berpaling ke arah lain itu memandang kearahnya..

''jawap apa yang manis tanya tadi manja? Manja dah sembuh kan?'' tanya inas..

'jawaplah ya.. Manja.. Ya.. Ya... Ya!'

''manja sepatutnya dah pulih.. Ubat yang manja makan di hadapan mama tu.. Manis dah tukar.. Itu bukannya ubat yang akan perangkap manja dalam dunia yang tak nyata tu..'' terang Inas.. Bila Raif diam tak membalas.. Raif segera berpaling.. Membulat mata Raif menikam anak mata Inas..

''jadi.. Tu manis yang..''

''ya!..'' pantas Inas memotong percakapan Raif.

''manis tahu..! Mama yang nak kenakan manja.. Selama ni.. Mama.. Nak manja kekal menjadi manja.. Dan tak...''

''stop manis!'' tersentak Inas dengan suara kuat yang keluar dari bibir Raif.. Kedua-dua tangannya ditarik turun oleh Raif jatuh ke bawah semula..

''manis dah tahu terlalu banyak.. Itu akan membahayakan manis..'' sambung Raif ..

''apa yang manja cakap kan ni..? Kenapa kalau manis tahu terlalu banyak..?'' tanya Inas.. Raif memegang kedua-dua belah bahu Inas.. Wajah wanita kesayangannya itu dipandang dalam-dalam...

'kenapa manis nak juga libatkan diri.. Manja sudah kata sebelum ni.. Biarkan manja yang uruskan.. Biar manja yang tanggung semuanya.. Sekarang hanya ada satu jalan sahaja manis.. Jalan untuk keluarkan manis dari perangkap mama.. Jalan yang akan selamatkan manis dari terus terjerat dengan keluarga ini.. Maafkan manja..'

''kenapa manja?'' tanya Inas setelah merasa lama mereka sekadar bertentang mata dan Raif tak berkata apa-apa..

''manja tak percayakan sesiapa pun di dalam rumah ni! Semuanya hanya mahukan harta yang ada disebalik nama Ungku Raif Althaf..'' terang Raif..

''manis..?!'' kata Inas..

''ya.. Semuanya sama saja..'' balas Raif.

Inas terasakan kakinya bagai tidak berpijak di atas bumi pada ketika itu.. Kata-kata yang keluar dari Raif tadi membuatkan dirinya hancur berkecai.. Tangan Raif yang memegang bahunya ditempis.. Sehingga terlepas.. Inas berundur mencari tempat dia untuk bertahan.. Terduduk dia diatas tilam yang empuk itu.. Menunduk dengan dua tangannya kukuh menahan diri daripada terus rebah..

Suasana menjadi hening didalam tempoh masa yang agak lama.. Masing-masing tak mampu bersuara.. Tidak ada tenaga untuk berbalah lagi.. Hanya kebisuan yang sedang bermaharajalela di ruang itu.. Saling membelit dua insan yang sedang dirundum rasa yang mereka saja yang tahu dan rasakan..

Setelah lama berdiam diri.. Inas bangun dari katil.. Jalan dengan menegakkan wajahnya.. Melangkah melepasi Raif yang sedang berdiri kaku di situ dari tadi..

''balik ke rumah keluarga manis dulu.. Sampai semuanya selesai..'' kata Raif sebaik tangan Inas menyentuh tombol pintu..

'kejam! Dia lebih kejam dari semua orang yang ada di dalam rumah ni !' Inas berjalan keluar dari bilik itu terus menuju ke biliknya.. Beg tangannya diambil.. Lalu dia keluar semula.. Terus menuju ketangga.. Laju menghayun langkah kakinya ke bawah... Pintu utama itu ditariknya.. Kali ini pintu rumah itu terasa sangat berat sekali untuk dibuka.. Entah kenapa.. Mungkin juga semangatnya sudah tiada.. Atau terlampau kecewa dengan semua orang.. Terutama sekali dengan Raif. Anak tangga rumah itu diinjak satu persatu... Berjalan menyelusuri halaman rumah yang terasa panjang tak berpenghujung...

Hamzi yang sedang duduk di halaman umah menenangkan diri sambil menghisap rokok melihat satu bayang berjalan melintasinya..

''Inas?'' tegurnya.. Tapi dia masih tak yakin adakah itu inas mahupun sebaliknya..

''inas..'' nama itu dipanggil lagi.. Tapi tak juga mendapat balasan dari tuan pemilik nama itu.. Inas terus berjalan, langsung tak mengendahkan panggilan Hamzi.. Sememangnya dia tak mendengar pun panggilan itu.

'haishh! Nak ke mana ni pagi-pagi buta ni? Buang tebiat ke apa Inas ni?' Hamzi menggaru belakang kepalanya..

''inasss!'' kalini lebih kuat Hamzi memanggil Inas .. Tapi tubuh itu terus kelihatan samar-samar di sebalik pintu pagar.. Bila Inas sudah melangkah keluar dari kawasan rumah itu.. Hamzi menggosok matanya berkali-kali.. Memandang dengan teliti..

'korang ni gaduh ke apa? Perlu ke aku masuk campur..? Manja bukan suka kalau aku usik barang-barang dia.. Ni isteri dia pula... Lagi lah dia tak suka.. Tapi takkan nak biar dia pergi macam tu je?! ' Hamzi menilik jam yang ada di tangannya..

'pukul tiga pagi??? Kalau jadi apa-apa di jalan nanti macam mana? Dah la rumah ni jauh dari rumah orang lain.. Nak turun ke bawah sana saja.. makan masa.. Kalau berjalan lagilah.. ' tanpa berlengah lagi Hamzi berlari masuk kedalam rumah.. Kunci kereta yang ada tersimpan didalam bakul diatas almari hiasan dicapainya.. Dia keluar kembali ke halaman rumah.. Menuju ke garaj kereta..

''jom cik putih..'' kata Hamzi menghidupkan enjin keretanya..

Kereta itu dipandu keluar dari halaman rumah.. Dipandu perlahan lahan sambil mencari kelibat Inas..

Didalam suasana kelam itu Inas mendengar ada bunyi deruman enjin kereta dari belakangnya.. Lampu kereta itu menyuluh menerangi jalan tar yang bersinar bila terkena pantulan dari lampu kereta itu..

Pin! Pin!..

Hon di bunyikan.. Tapi itu tak menghentikan langkah kaki inas.. Inas tetap juga terus berjalan.. Yang dia tahu, dia mahu cepat sampai di umah kedua orang tuanya.. Walaupun jalan ke rumah itu masih jauh.. Kali ni dia nekad berjalan walaupun dia akan tersungkur di pertengahan jalan nanti.

'boleh tahan jugak ni.. Kita hon pun dia buat tak endah..' Hamzi membuka tingkap disebelah penumpang.. Memandu melepasi Inas..

''Inas masuk!'' panggilnya.. Dari dalam kereta.. Inas berhenti melangkah. Berpaling ke arah kanannya.. Menjenguk kedalam kereta.. Melihat kepada pemandu kereta itu.

''abang hamzi?''

'' masuk lah inas? Inas nak ke mana ni?'' tanya Hamzi .. Susah payah dia membuka pintu di sebelah sana dari tempat duduknya..

''inas..'' Inas termati kata.. Dia yang keluar dengan keadaan marah tadi mula tersedar. Memandang kawasan yang dilitupi pokok-pokok tua yang sedang ditiup angin malam..

''masuk dulu.. Abang risau ni.. Bahaya waktu waktu macam ni.. '' Hamzi mengetuk cermin jam tangannya beberapa kali dengan jari telunjuknya..

Pada waktu itu juga kedengaran bunyi lolongan anjing menyalak keras dan panjang.. Lantas tangan Inas menyambar pintu yang sudah terbuka untuknya.. Lalu masuk kedalam kereta dan duduk diam di kerusinya.. Tingkap yang tadinya terbuka turut ditutup oleh Inas. Dia sendiri tak sedar dari mana kekuatan yang di perolehi untuk keluar dari rumah itu dalam keadaan begitu.. Pada waktu itu.. Inas berpaling melihat ke arah Hamzi..

'adakah dia.. Boleh aku percaya? Atau dia sama saja macam mama? Macam.. ' hati yang terluka tak sanggup hendak menyebut nama panggilan yang pernah membuatnya jatuh cinta sekali lagi.. Yang terasa sekarang adalah luka yang tak tergambar di mata.. Tak terukir di bibir.. Nak dia luahkan..

''Inas sebenarnya nak ke mana ni?'' tanya hamzi.. Inas kemudiannya menggeleng.. Dia sendiri tak pasti.. Lama baru Inas bersuara semula..

''Inas nak balik ke rumah keluarga Inas ..''

Alhamdulillah.. Setakat ni dulu.. Kita sambung esok lah tau.. Muaahhh muahh muaahhh..

Share this novel

WaneyZack
2020-11-03 06:33:46 

Betul tu esther.. Inas terbawa dengan perasaan

esther marcus
2020-11-03 06:20:42 

inas jgn la give up..fikirkan baby tu...kenapa raif bt mcm tu..


NovelPlus Premium

The best ads free experience