BAB 1

Humor Completed 657

“Kau tau tak pe, kelat muka perempuan bila kau cakap muka dia bersepah
dekat tepi jalan! Tapi yang pelik tu perempuan tu tak tahu malu gila,
boleh dia merayu-rayu dekat kau lagi lepas kau cakap macam tu dekat
dia. Apa kau guna minyak senonyong ke Somad ?”

“Entah, habis semua budak perempuan dekat kampus kita syok dekat kau.
Sudah-sudah lah tu kau dah ada bini, perempuan lain tu pas lah kat
kitaorang lak.” Qi pulak mencelah.

“Hello, orang kacak dan hensem macam aku nie tak payah pakai minyak
senonyong pun, aku kenyit mata sikit je sangkutlah semua
perempuan-perempuan tu… Dah, tutup kes… So, malam jadi pelan kita nak
pergi Lola’s Night Club?” Somad masih tak tahu bala yang bakal dia
hadapi nanti.

“Jadi ja… kitaorang takut kau la kena gari kaki dengan bini kau. Kan
Meon ?” Qi menyiku Meon niat mahu mengusik Somad .

“Betul-betul.” Meon sokong.

“Tolong sikit aku tak takut bini ok!” Somad berkata sambil tangannya
sibuk menyelongkar beg galasnya mencari kunci kereta kesayangannya tu.
Dalam hati Somad sambung ‘Bini aku tu yang tak takut dengan aku.’

Tiba-tiba Qi dengan Meon berhenti mengejut! Sampai Somad terlanggar
belakang mereka.

“Apa berhenti tak bagi isyarat nie?” Somad masih tak nampak apa yang
kawan-kawannya nampak.

“Aku rasa pelan kita malam nie kena cancel la bro…” Meon bersuara.
Suara dia tegang semacam.

“Aku pun rasa macam tu la.” Qi menangguk kepalanya berkali-kali.

“Pehal pulak cancel? Dah baik punya plan nak clubbing malam nie.”
berkerut dahi Somad dengar jawapan Qi, Meon . (sekali dah macam keyboard
pulak rasa. Hehe.)

“Tu.” Jari Meon lurus menunjuk ke hadapan. Somad pun mengalihkan
pandangannya ke arah yang Meon tunjukkan dan…

“Kereta aku!!!” Kelam-kabut Somad berlari ke arah keretanya. “Sapa punya
kerja nie? Sial! Nie mesti kerja perempuan tu. Aku tau Tara punya kerja
nie.” Muka Somad merah padam menahan marah.

Apa taknya, habis ‘botak’ keretanya! Keempat-empat tayar keretanya di
pancitkan dan di cabut terus… siap ada bata lagi yang di susun
cantik-cantik sebagai ganti tayar. Tayar kereta Somad pulak di susun
cantik-cantik atas bumbung keretanya. Paling Somad bengang siap ada
gambar sin chan jelir lidah lagi dekat cermin keretanya di lukis
besar-besar. Haha.

Hati Somad panas!

“Perghh! Macam tak caya aku rasa nie Tara punya kerja.
Memang horror la bini kau Somad ! Rasa macam aku tengah mimpi ja…”
tiba-tiba…

“Pang!!” Qi melempang muka Meon .

“Kau apehal lempang aku? Sakitlah mangkuk!” Meon tak puas hati.

“Tak la dah kau kata macam mimpi, tu yang aku lempang kau bukti kau tak
mimpi. Sekarang kau pulak lempang aku. Aku pun rasa macam tengah mimpi nie.”

Tak tunggu lama Meon lempang Qi balik… “Pangggg!!!” lagi kuat dari Qi
lempang dia.

“Woi, lempang sikit-sikit dah la… sakit!”

“Hehe… kita sama-sama sakit. Kita tak mimpi. Maknanya memang betullah
nie. Wow! Tara memang super awesome cool…” Meon teruja.

Somad yang memerhati gelagat kawan-kawannya makin bertambah panas hati.

“Aku tengah bengang kereta aku kena jahananam, korang boleh lawan
lempang muka. Sebelum aku lempang muka korang jadi lempeng hangit, baik
korang telefon mekanik cepat suruh datang sini!” Somad melenting,
kelam-kabut Qi dengan Meon menelefon mekanik.

“Hello, Bengkel Wangsa Maju?? Err, apa? Nie Restoran Nasi Kandar
Mentol? Sorry-sorry wrong number.”

Meon mengetuk kepala Qi.

“Kau pergi telefon nasi kandar tu buat apa? Sengal!”

Qi hanya mampu tersengih…

Muka Somad ? Dah macam gunung berapi nak meletup.

Tiba-tiba…

“Pinnn! Pinnn pinnn!” comel ja bunyi hon skuter ego pink Tara , dengan
pakai helmet kura-kura warna pink siap dengan google pink dia lagi Tara
muncul.

“Pakai handset tiga-tiga sekupang, tayar pancit ya bang? Hahahaha!” kali
nie giliran Tara pulak gelakkan Somad .

“Hari-hari makan buah ciku, apa kau dah buat dengan kereta aku!” Somad
macam nak telan Tara .

“Sidai baju kain basah, kalau betul aku buat apa kau kesah?? Haha” Tara
masih giat mengusik Somad .

“Kau… ergghhh! Kauu…” Somad dah nak serang Tara tapi mujur Qi tarik Somad .

“Hari-hari makan buah rambai, bye-bye… tolak kereta baik-baik ya bang.
Muahhh!” Tara terus memulas minyak motornya. Kemudian dari jauh Somad
nampak Tara melambai tanpa menoleh ke belakang menambahkan lagi sakit
hatinya.

“Tara … sarang tebuan jangan dijolok… nanti sendiri yang sakit!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience