BAB 5

Humor Completed 3969

“Jadi kau la yang mencuri IC aku selama ini.” Tasnif mengetuk meja batu yang berada dihadapannya sebelum menjerit kesakitan. Bunyi orang menjerit di dalam rumah menghilangkan kesakitan Tasnif. Dia ketawa terkekek.

“Perangai pun dah macam budak sekolah” desis Nadhim. Tak padan dengan umur 23 tahun. Mana tak orang panggil dia budak sekolah.

“Apa cuba ulang sekali lagi?” jerit Tasnif. Dia dengan dengan jelas apa yang lelaki didepannya ini. Apa mamat itu ingat telinga dia ni telinga cap ayam? Ini telinga gred A okey. Walaupun orang duk bisik dia boleh dengar.

“Saya datang nak pulangkan IC awak la budak kecik bukan nak jadi pekak dari tadi duk menjerit je. Telinga saya ni nak pakai lama” bidas Nadhim. Sakit hati dan telinganya. Naik pekak telinga dia mendengar perempuan ni duk buat laungan tarzan. Sakit hati pulak bila dari tadi dia terpaksa datang rumah perempuan ni dan terpaksa mendengar setiap lawak bodoh.

“Ni la padahnya bila budak sekolah jadi pramugari. Dulu orang suruh pergi sekolah lari” bebel Nadhim bila melihat gerangan yang ‘sudi’ membasuh baju kemejanya.

“Encik dah banyak kali saya cakap saya bukan budak sekolah! Dan saya mintak maaf saya tak sengaja” tungkas Tasnif. Mana la dia tahu yang dia akan langgar orang hari ni. Kalau dia tahu dia confirm dia bawak secawan teko nak simbah orang.

“Habis tu ni macam mana ni?” soal Nadhim. Tak duga akan berjumpa dengan budak kecik ni dekat flight Air Asia. Paling terkejut bila melihat budak sekolah ni jadi pramugari. Mahu tak terkejut. Teringat lagi last depa berjumpa. Waktu tu, Nadhim pulangkan IC dekat rumah budak sekolah ni dan tercetus sedikit acara vocal asas dekat situ. Mahu tak buat latihan vocal si Tasnif ni duk menjerit-jerit mengamuk yang si Nadhim pulak tak habis-habis duduk kutuk Tasnif. Entah apa yang tak puas hati tah dengan si Tasnif ni. bila Zainal tanya jawapan Nadhim.

“Asal kau marah sangat dengan budak tu?”

“Dia tu cuai sangat.” Simple make prefect. Erk? ada kaitan ke? Cuai?? Takkan tu pun nak marah. Biasa la kan manusia . sikap cuai tu kadang-kadang-kadang tu ada dalam diri kita. Macam si penulis ni aigoo cuai dia tahap tak ingat. Hahahaha…. Tapi bila Zainal tanya lagi jawapan kali ni agak pelik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience