BAB 13

Humor Completed 9296

Hari pernikahan Izzat dan Iman Soraya akhirnya menjelma tiba. Izzat sudah awal-awal duduk bersila menghadap jurunikah. Ketika Iman Soraya menuruni anak tangga ke ruang tamu, dia hanya dapat melihat susuk belakang bakal suaminya itu kerana bakal suami sudahpun menghadap jurunikah. Langkah diatur menuju ke tempat duduk yang dikhaskan buat dirinya. Debaran di dada kian terasa. Dia bakal bertukar status tidak lama lagi. Dia bakal memikul tanggungjawab yang besar. Dia bakal mempunyai imam yang akan memimpin keluarga yang bakal mereka bina ini ke syurgaNya. Insya Allah.

Apabila sah akad yang telah dilafazkan, Iman Soraya tidak dapat menahan sebak di dada. Dia kini sudah bergelar seorang isteri. Air matanya menitis jua walau sudah cuba ditahan. Setelah doa dibaca dan diaminkan oleh semua yang hadir, ibu dan ibu mertuanya disalam serta dipeluk erat. Rakan-rakan yang dijemput yang berada berhampiran dengannya tidak putus-putus mengucapkan tahniah. Sewaktu suaminya bangun dan berlalu untuk ke dalam bilik terdekat bagi menunaikan solat sunat, dia hanya menundukkan wajah. Masih belum punya kekuatan untuk memandang suaminya itu. Sementara si suami di dalam bilik, Iman Soraya melayan rakan-rakannya yang meminta untuk bergambar bersama. Dia hanya sedar apabila ibunya bersuara.

“Iman, duduk elok-elok, tu Izzat dah datang untuk sesi batalkan air sembahyang pula.” Tersenyum Puan Mastura melihat anak dan menantunya itu. Iman Soraya kembali membetulkan duduknya di tempat yang dikhaskan itu. Kepalanya kembali menunduk.

“Pemalu sangat Iman ni. Izzat dah selamat jadi suami dah, nak malu apa. Cuba angkat sikit muka tu pandang suami.” Kali ini Puan Hasnah pula berkata kepada menantunya itu. Izzat sudah berada di hadapan Iman Soraya. Mahu tidak mahu, Iman Soraya angkatkan juga kepalanya memandang si suami. Dia terkaku melihat Izzat yang sudah tersenyum memandangnya. Air matanya kembali bergenang di pelupuk mata.

“Assalaamu`alaikum, my Pearl.” Ujar Izzat kepada Iman Soraya. Iman Soraya menelan liur. Salam dijawab di dalam hati. Dia menghulurkan tangan menyambut salam yang dihulurkan oleh suaminya. Saat dia memejamkan mata apabila mencium tangan si suami, air matanya jatuh menjamah tangan si suami.

Why do I feel like I got my Aidil back?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience