Sebuah tempat latihan memandu kini berada dalam pandangan Ariana Atilia. Dia menyilangkan tangan ke dada. Suaminya yang berada di sebelah dipandang lama. Cuba meneka apa sebenarnya niat suaminya bawa dia ke sini.
Takkanlah suami dia betul-betul mahu mengajar dirinya memandu seperti yang dijanjikan tempoh hari?
"Ash, kenapa bawa aku dekat sini?" soal Ariana Atilia mahukan jawapan untuk persoalannya sedari tadi.
Adi Ashraf yang baru menghentikan kereta menoleh ke arah isterinya. Sebelum itu sempat juga dia meraup rambutnya ke belakang menampakkan dahi putihnya yang luas. Jam tangannya dikerling sekilas.
Nampaknya dia masih ada beberapa jam sebelum feri mereka berlepas. Memandangkan rumah Tok Wan berada di Langkawi, dia terlebih dahulu telah menempah tiket untuk mereka berdua. Mujurlah tidak ramai orang pergi ke sana pada hari kerja.
"Nak buat apa lagi kalau bukan ajar kau drive, Riana? Aku dah janji kan." balas Adi Ashraf dengan riak muka bosan. Susah sangat ke isteri dia yang seorang ni nak faham yang dia betul-betul nak tolong isteri dia memandu?
Yang dia cuba untuk mengenali isteri dengan mendalam? Untuk tahu mengapa dan punca isterinya tak mahu memandu walaupun sudah cukup dewasa. Dia tak mahu mengenali Ariana Atilia daripada maklumat yang diberikan oleh Alif Zafran.
Dia mahu mengenali Ariana Atilia sendiri. Oleh itu, dia merancang sebuah percutian untuk mereka berdua meluangkan masa bersama. Bagi mengenali hati budi masing-masing. Kerana dia sudah mula menaruh kepercayaan kepada isterinya.
"Tapi aku kata nak kau yang ajar. Bukan orang lain." ucap Ariana Atilia cuba mereka alasan. Dia cuma tak mahu memori hitam yang terkubur sekian lama akan datang semula.
"Siapa kata orang lain yang ajar? Ada nampak ke orang lain dekat sini selain kita berdua?" balas Adi Ashraf tenang.
Jawapan daripada suaminya membuatkan Ariana Atilia meliarkan pandangan ke sekeliling. Sudah jelas hanya mereka berdua sahaja yang berada disitu. Rasa lega dirasakan apabila mengetahui Adi Ashraf yang akan mengajar dirinya.
"Tapi kalau tak ada orang, boleh ke guna tempat ni, Ash? Nanti kena tangkap dengan polis macam mana? Kau ada ke kebenaran? Aku tak nak masuk penjara." adu Ariana Atilia sambil mengeleng kepala.
"Riana, tempat ni dah tak digunakan lah. Sebab itulah aku bawa kau dekat sini. Haih, dah jangan risau." jelas Adi Ashraf.
"Tapi..." sambung Ariana Atilia cuba mengelak. Otaknya ligat cuba memikirkan alasan yang sesuai. Dia takut sejujurnya. Bahagian bawah bibirnya diketap rapat.
"No, tak ada tapi tapi. Riana, pandang aku." arah Adi Ashraf lembut. Ariana Atilia menurut kata-kata suaminya. Tangannya isterinya digenggam.
"Nak jumpa Tok Wan ke tak nak?" umpan Adi Ashraf. Dia tahu isterinya akan termakan dengan taktiknya.
Ariana Atilia tayang muka menyampah. Tahu dah suaminya akan menggunakan alasan itu untuk membuatkan dia setuju juga pada akhirnya. Padahal pada hakikatnya dia memang akan bersetuju juga.
Dia cuba memikirkan yang positif sahaja. Mungkin memori hitamnya dapat digantikan dengan memorinya bersama Adi Ashraf.
"Yelah. Cepatlah ajar. Kau saja je kan guna nama Tok Wan? Kau tunggu nanti aku dah reti bawa kereta. Aku pergi rumah Tok Wan sendiri." balas Ariana Atilia yakin.
"Oh kau, aku punyalah sukarela ajar kau. Kau senang senang buat macam tu pulak eh?" ucap Adi Ashraf berpura-pura marah.
Ariana Atilia hanya mengangkut bahu. Dia sengaja mempamerkan riak muka tidak bersalah. Mahu menyakitkan hati suaminya lagi.
Namun riak mukanya berubah sebaik menyedari tindakan suaminya yang tiba-tiba mendekatkan diri ke arahnya. Dia mula tak tentu arah. Suami dia ni bukan boleh buat main. Ada saja benda mahu mengenakan dirinya.
"Ash, apa ni." rungut Ariana Atilia cuba menjauhkan diri daripada suaminya. Dia berlagak tenang walaupun sebenarnya hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya pada ketika itu.
Adi Ashraf menahan diri daripada tersenyum. Baru sahaja dia mahu mendekatkan lagi kedudukannya, ada sesuatu menahan dirinya. Ariana Atilia yang menyedari tindakan suaminya terhenti secara tiba-tiba menahan tawa.
"Padan muka." ejek Ariana Atilia sambil menjelirkan lidah. Dia bersyukur tali pinggang yang dipakai oleh suaminya menghentikan perbuatan lelaki itu. Adi Ashraf memberi jelingan tajam.
Seatbelt ni pun satu! Haih.
Ariana Atilia pula seronok melihat wajah suaminya yang masam itu. Adi Ashraf kembali ke tempat duduknya semula. Sakit hatinya apabila melihat senyuman mengejek yang dilemparkan oleh isterinya. Akhirnya, dia terfikirkan idea yang bernas.
Klik!
Bunyi tali pinggang keledar yang dipakai oleh Adi Ashraf terbuka. Mati serta-merta senyuman yang terbit dibibir Ariana Atilia. Kini berganti dengan perasaan takut apabila menyedari nasibnya. Adi Ashraf mengangkat kening, bibirnya menguntum senyuman.
"Apa kau cakap tadi, Riana?" bisik Adi Ashraf sambil menarik tali pinggang pada tubuhnya. Ariana Atilia menelan air liur. Tangannya mencapai pintu kereta. Bersiap sedia untuk melarikan diri. Tindakan itu disedari oleh Adi Ashraf.
Belum sempat Adi Ashraf menghalang isterinya, Ariana Atilia telah pun keluar dari kereta sekelip mata. Meninggalkan Adi Ashraf dengan wajah masam mencuka. Lambaian tangan diberikan oleh Ariana Atilia sebelum gadis itu berlari dari suaminya.
Dia melepaskan tawa kecil apabila melihat reaksi wajah suaminya. Cuaca pada hari itu yang sungguh cerah membuatkan Ariana Atilia tersenyum. Angin yang bertiup lembut menenangkan dirinya.
Malangnya perasaan itu tidak kekal lama. Terasa seperti ada sesuatu yang tak kena. Matanya diliarkan ke sekeliling apabila merasakan dirinya diperhatikan oleh seseorang.
"Riana!" panggil Adi Ashraf tidak jauh dari dirinya. Dia segera menoleh, menemui pandangan tak puas hati dari suaminya. Dia tersengih kerang.
"Nak lari mana? Sini cepat." arah Adi Ashraf bercekak pinggang. Dia berjalan mendekati isterinya. Ariana Atilia tidak menghiraukan suaminya. Matanya masih sibuk mencari kelibat seseorang yang berada di situ selain mereka.
"Ash, betul kita je ada dekat sini? Kau yakin?" soal Ariana Atilia mahukan kepastian. Adi Ashraf memandang wajah isterinya dengan dahi yang berkerut. Pandangannya dialihkan ke sekeliling.
"Ya. Kenapa?" balas Adi Ashraf pelik.
"Aku rasa macam ada orang tengok kitalah, Ash." luah Ariana Atilia.
Adi Ashraf mengeleng kepala. Dia tak mahu tertipu dengan taktik isterinya. Matanya dikecilkan ke arah Ariana Atilia. Jarinya ditudingkan ke arah wajah isterinya.
"Kau saja nak mengelat kan sebenarnya?" ucap Adi Ashraf sambil mengangkat sebelah keningnya. Ariana Atilia mengeleng.
Atau mungkin itu perasaan dia sahaja?
Bahunya diangkat sebagai tanda untuk membiarkan sahaja perkara itu berlalu. Lantas, dia menarik tangan suaminya untuk pergi dari situ.
"Jomlah, perasaan aku je kot." jelas Ariana Atilia. Adi Ashraf mengangguk kecil. Langkahnya dipercepatkan untuk mendahului Ariana Atilia. Dia mengerling isterinya buat seketika.
"Siapa lambat, belanja makan tengah hari." ucap Adi Ashraf sebelum berlari ke arah keretanya. Tanpa berlengah, Ariana Atilia mengikuti langkah suaminya dari belakang. Bibirnya tak lekang dengan senyuman.
Sepasang mata yang memerhatikan mereka berdua dari jauh mengukir senyuman sinis. Tangan dikepal disisi menahan diri daripada mendedahkan diri dihadapan mereka berdua. Kakinya melangkah untuk pergi dari situ dengan segera sebelum disedari oleh mereka.
???????????????
"Berapa kali aku cakap bagi signal, Riana. Kau nak ke kena maki dekat jalan raya sebab tak bagi signal?" bebel Adi Ashraf disebelah sedari tadi apabila melihat isterinya melakukan kesilapan yang sama.
"Ya ya. Susah la, Ash. Setiap kali aku nak bagi signal mesti tersilap buka wiper kereta. Tak boleh ke kalau tak bagi? " pinta Ariana Atilia. Bukan salah dia. Tapi kereta Adi Ashraf yang salah. Alasan.
"Kau gila ke? Mana boleh. Kalau kau tak bagi macam mana orang nak tahu kau ke kiri ke kanan?" balas Adi Ashraf meraup muka. Ada saja kerenah isterinya.
"Tapi kita bukan dekat jalan raya. Tak ada orang pun dekat sini selain kita. Kalau aku nak ke mana aku bagitau je lah kau. Boleh?" pinta Ariana Atilia lagi dengan permintaan yang tak masuk akalnya itu. Adi Ashraf menepuk dahi.
"Suka hati kau lah." balas Adi Ashraf menyerah. Asalkan isteri dia belajar memandu sudah. Tentang mengapa dan punca disebalik sebab isterinya tidak memandu nanti sahajalah dia fikirkan.
"Kau kena bersyukur sekurangnya aku ada untuk layan semua kerenah kau ni. Kalau tak siapa lagi? Siapa? Tak ada kan. Aku jugak." sambung Adi Ashraf selamba.
"Hish, diamlah. Jangan bising. Kau ganggu aku tahu tak? Macam mana aku nak bagi tumpuan kalau kau dari tadi membebel, Ash?" rungut Ariana Atilia sambil mengemaskan pegangannya pada stereng kereta.
"Aku ganggu kau? Jadi kau nak cakap yang aku curi tumpuan kau ke Riana? Hmmm." usik Adi Ashraf sambil menyiku lengan isterinya. Namun dibalas dengan jelingan daripada isterinya.
Mahu saja dia menyiku kembali suaminya jika dia tidak memandu sekarang ini. Dia tak cukup pandai lagi untuk membawa kereta menggunakan sebelah tangan.
"Perasan." ringkas sahaja balasan daripada mulut Ariana Atilia diberikan kepada suaminya.
Tetapi dihiraukan oleh Adi Ashraf. Dia sedang ralit memerhatikan wajah serius isterinya yang sedang menumpukan perhatian memandu kereta. Menampakkan gadis itu benar-benar berusaha keras. Sedikit rasa bangga dirasakan oleh Adi Ashraf.
Keadaan yang senyap sunyi antara mereka membuatkan Ariana Atilia berasa hairan. Hairan apabila tiada bebelan atau pun teguran daripada mulutnya suaminya sendiri. Kadang kala dia sengaja membuat kesilapan, namun masih tiada apa-apa yang berlaku.
Akhirnya, dia mencuri pandang untuk melihat suaminya di sebelah. Sedikit terkejut dia dibuatnya apabila pandangannya bertembung dengan pandangan mata suaminya. Lebih pelik lagi apabila pandangan suaminya sarat dengan sesuatu yang tak dapat dijelaskan.
Dia berdehem cuba menarik perhatian suaminya. Jarinya mengetuk sesekali stereng kereta. Adi Ashraf mula perasan dengan perubahan tindakan isterinya segera menghentikan perbuatannya sebentar tadi.
"Kau kenapa, tengok aku macam tu." soal Ariana cuba beriak bersahaja. Seolah perkara itu langsung tak menganggu dirinya.
"Nak tengok isteri sendiri pun salah? Lepas ni kalau aku tengok isteri orang lain jangan tanya kenapa." balas Adi Ashraf selamba. Dia membuang pandangan ke luar pula.
"Buatlah kalau berani. Aku tahu aku cantik tapi tak payah lah tengok sampai macam tu sekali. Tak kata pun salah. Ha tengoklah aku puas-puas." bidas Ariana Atilia. Dia menahan geram apabila suaminya mula melibatkan perempuan lain. Ada hati nak buat macam tu konon. Huh.
"Eh jealous ke tu? Fine, aku tengok kau je." usik Adi Ashraf sambil menongkat dagu. Matanya memandang isterinya tak berkelip. Ariana Atilia mengetap bibir. Main-main pulak dia ni.
"Ash..." panggil Ariana Atilia berbaur amaran. Matanya sudah jegilkan ke arah suaminya. Adi Ashraf mengangkat tangan kedua-dua belah tangannya ke udara tanda tak bersalah.
"Fine." balas Adi Ashraf senada. Pandangannya dialihkan ke tempat lain. Namun sesekali dia akan mencuri pandang ke arah isterinya. Bibirnya pula menguntum senyuman kecil.
Selepas beberapa ketika, Ariana Atilia semakin mahir dan yakin untuk memandu. Rasa takutnya juga hilang. Tidak lagi menghantuinya seperti dahulu.
"Ash, aku dah reti bawak kereta!" sorak Ariana Atilia penuh teruja. Bibirnya mengukir senyuman lebar sampai ke telinga. Tak menyangka dirinya dapat mengatasi perasaan takutnya selama ini.
"Ya aku tahu. Tengoklah siapa yang ajar." balas Adi Ashraf penuh bangga. Terasa seronok melihat isterinya gembira seperti itu.
"Eleh." ucap Ariana Atilia sambil menjeling suaminya. Dia hanya mampu tersengih kerana tak dapat menidakkan kata-kata suaminya. Kalau bukan suami dia yang ajar, siapa lagi kan? Namun sengaja dia tak mahu mengaku.
"Nanti lepas kita pergi rumah Tok Wan, aku teman kau ambik lesen." ucap Adi Ashraf menyuarakan hasratnya. Kata-katanya serta-merta mengejutkan Ariana Atilia.
"Seriuslah?" soal Ariana Atilia tanda tak percaya. Dia langsung tak terfikir untuk mengambil lesen dalam masa terdekat ini.
"Ya. Tapi lepas tu kalau kau nak pergi mana-mana bagitahu aku dulu. Faham?" sambung Adi Ashraf lagi. Tak kira macam mana pun keselamatan isterinya perlu dijamin selamat.
Ariana Atilia mengangguk laju. Senyuman lebar menghiasi wajah putih bersih miliknya. Adi Ashraf berpuas hati dengan jawapan isterinya.
???????????????
"Riana, berhenti sekejap." pinta Adi Ashraf tiba-tiba. Ariana Atilia akur walaupun berasa pelik. Sebaik dia menghentikan kereta, Adi Ashraf segera keluar. Pintu kereta tersebut ditutup, meninggalkan Ariana Atilia bersendirian.
"Ash, kau nak pergi mana?" soal Ariana Atilia mula takut. Takkanlah suami dia mahu meninggalkan dia bersendirian.
"Aku tak pergi mana-manalah. Aku tunggu kau dekat hujung sana. Aku nak tengok kau bawa kereta sendiri tanpa aku, boleh tak?" tanya Adi Ashraf dari luar kereta. Kepalanya dijengulkan sedikit ke dalam tingkap cuba melihat muka isterinya lebih dekat.
"Tak naklah. Aku takut. Macam mana kalau-" tutur Ariana Atilia mula panik. Perasaan takutnya mula datang menerpa.
"Hei... Dengar ni. Aku percaya kau boleh. Kau boleh buat. Aku percayakan kau." balas Adi Ashraf cuba menenangkan keadaan isterinya. Tangan Ariana Atilia digenggam erat.
Selepas memastikan keadaan isterinya tenang seperti sedia kala, dia mengorak langkah pergi untuk meneruskan rancangannya. Ariana Atilia menarik nafas panjang.
Enjin kereta dihidupkan. Matanya tetap pada Adi Ashraf yang sedang menunggu dihujung jalan. Mindanya dikosongkan. Dalam hatinya tidak henti mendoakan agar segalanya berjalan lancar.
Sepanjang pemanduannya, syukur semuanya berjalan seperti biasa. Adi Ashraf menghela nafas lega. Dia mengukir senyuman. Di sudut hatinya, dia tahu isterinya dapat buat dengan baik. Cuma dia mahu isterinya lebih yakin dan berani untuk mengatasi ketakutan yang menghentikan gadis itu daripada melakukan apa-apa.
Akhirnya Ariana Atilia semakin dekat dengan kedudukan suaminya. Adi Ashraf melambai tangan memberi isyarat untuk isterinya cepat kerana cuaca yang mula panas. Ariana Atilia tersenyum nipis.
Adi Ashraf bergerak sedikit ke tengah jalan. Sebagai tanda, mahu menyambut kedatangan isterinya. Kedua-dua tangan didepakan, sudah bersedia untuk membawa isterinya ke dalam dakapan sebaik isterinya selesai mengatasi ketakutan yang menghantuinya.
Ariana Atilia melihat tindakan suaminya bersama senyuman di bibir. Pedal minyak ditekan lebih kuat untuk sampai lebih cepat ke arah Adi Ashraf. Baru sahaja dia mahu menghentikan kereta, brek mula tak berfungsi.
"Riana, brek! Brek!" laung Adi Ashraf cuba memberi amaran kepada Ariana Atilia. Isterinya membalas dengan gelengan kepala.
Matanya dipejam rapat.
Memori dia melanggar seseorang terlayar di minda. Membuatkan dia membuka mata serta-merta. Kelibat suaminya di depan mata menjadikan Ariana semakin panik. Entah bagaimana, brek kereta mula berfungsi semula.
Kereta yang dipandu oleh Ariana Atilia terhenti. Seluruh tubuh badannya mengigil dalam ketakutan. Air matanya mula bertakung. Perlahan-perlahan, tangannya mencapai pintu kereta.
Kakinya sedaya upaya cuba melangkah keluar. Anak matanya ligat mencari kelibat Adi Ashraf. Gambaran tubuh seseorang yang sedang terbaring tidak lagi bernyawa menerjah ke dalam fikiran. Kepalanya digelengkan beberapa kali cuba menghilangkan gambaran itu dari mindanya.
"Riana." panggil seseorang. Sebuah figura yang amat dikenalinya muncul dihadapan mata. Air mata yang ditahan sejak dari tadi mengalir tidak berhenti. Tanpa dia sedari, dia sudah berada di dalam dakapan suaminya.
"A-ash..." panggil Ariana Atilia perlahan. Badannya yang mengigil dengan kuat sekali membuatkan Adi Ashraf mengetatkan pelukan. Tak lama kemudian, jelas kedengaran tangisan kuat daripada Ariana Atilia dihamburkan pada dada Adi Ashraf.
"Shhh... Tak apa aku ada." ucap Adi Ashraf tenang sambil menyapu belakang badan isterinya. Kepala isterinya dicium beberapa kali sehingga tubuh isterinya berhenti mengigil.
"S-orry... A-ku-" tutur Ariana Atilia tersekat-sekat, sukar untuk membentuk ayat yang sempurna. Matanya mula memerah kerana menangis terlalu lama. Bahunya terhenjut-henjut menahan tangisan.
Adi Ashraf meletakkan jarinya di bibir isterinya, menghalang sebarang perkataan yang keluar dari mulut Ariana Atilia. Tak sanggup lagi melihat isterinya terseksa sebegitu. Keadaan isterinya benar-benar membuatkan hatinya sakit.
Apa yang sebenarnya terjadi dekat kau, Ariana?
Woohoo, done update!
So apa pendapat korang? ??
Next chapter coming soon!
Stay tune?
Don't forget to vote!
Leave a comment too??
Share this novel