Farid Husin duduk di dalam kereta, wajahnya berkerut, serba tak kena, setelah menerima satu email membabitkan sebuah projek Periklanan bernilai puluhan juta, hanya tinggal satu langkah untuk dia merebut projek besar itu, iaitu membentangkan proposal dan idea di hadapan client
"kalau satu orang pun tak masuk, naya aku..?,"
keluh Farid Husin lalu mengusap wajahnya
Farid Husin melihat jam di tablet kereta menunjukkan waktu 08.00 pagi, selepas mematikan enjin kereta, dia segera keluar dari kereta, dengan langkah yang lemah dia berjalan menunduk dengan tatapan kosong ke arah pintu Lobi,
Seperti biasa suasana di dalam lobi akan menjadi hening dan sepi jika kelibat Farid Husin berada di ruangan itu, staf-staf Teguh holding akan memerhati Farid Husin tanpa berbicara, Bahkan perkerja dari kalangan foreigners juga mengenali siapa Farid Husin
"Selamat pagi Encik farid"
Ucap dua orang wanita penjaga kaunter sambil berdiri memerhati Farid Husin
"Selamat pagi"
Balas Farid Husin tanpa memandang ke arah kaunter terus sahaja berjalan ke arah penghadang laluan
Fazura mendongak kepalanya melihat setiap Lif yang turun namun apabila pintu Lif terbuka dia tetap tidak akan dapat masuk ke dalam Lif kerana saat itu kelihatan telalu ramai staf Teguh holding sedang menunggu dan berebut-rebut masuk ke dalam Lif
Akhirnya Fazura mengalah Cleaning trolley di tolak di hujung ruangan Lif, Fazura berdiri terpacak di sisi trolleynya di tepi pintu Lif Vip sambil memerhati staf-staf Teguh holding menunggu di ruangan itu, dan di saat yang sama Fazura perasan kelibat Farid Husin sedang berjalan dengan tatapan kosong tanpa mempedulikan staf-staf Teguh holding di ruangan itu sedang memerhati, kemudian lelaki segak dan kacak itu berdiri kaku di depan pintu Lif Vip sambil memegang kad Access
wajah Farid Husin di tatap diam-diam, ingin saja dia menumbuk wajah lelaki yang biadap itu yang suka bercakap tanpa mempedulikan perasaan orang, Fazura lantas melihat jam di tangannya, sudah hampir 10 minit Farid Husin hanya berdiri tanpa berbuat apa-apa dan dia pula harus naik ke tingkat lima untuk mengemas pejabat Periklanan, kemudian dia melirik anak matanya melihat di tangan Farid Husin sedang memegang kad Access
Bibirnya melakar senyuman tipis bila benak Fikirannya mula memikirkan satu idea yang menakutkan yang tidak akan ada orang lain sanggup lakukan
"Cuba jelah, kalau dia sedar, aku cakap jelah aku kena bersihkan dalam lif"
Fazura menatap sekali lagi wajah Farid Husin
"Encik farid..,"
panggil Fazura dengan nada perlahan
Farid Husin tidak menjawab, seperti tidak mendengar suara Fazura
"Woi.. lelaki biadap"
Fazura cepat-cepat menutup mulut dengan mata membulat memandang Farid Husin , Namun Farid Husin masih tidak menjawab atau menoleh
"Tak akan mati sambil berdiri?"
Bisik Fazura sambil menolak cleaning trolleynya mendekati Farid Husin, matanya melirik seketika ke arah staf-staf Teguh holding sedang memandang ke arahnya
"Tawakal jelah,"
Kad Access di tangan Farid Husin perlahan-lahan di tarik Fazura kemudian cepat-cepat menempel kad itu di tepi pintu Lif, apabila pintu Lif terbuka, Fazura mendorong tubuh Farid Husin supaya masuk ke dalam Lif itu
Wajah-wajah Staf Teguh holding kelihatan tergamam seakan tidak pecaya bila melihat gelagat Fazura mendorong tubuh lelaki paling biadap di bangunan Teguh holding masuk ke dalam lif
Fazura tersengih-sengih memandang Staf-staf Teguh holding sambil menarik cleaning trolleynya masuk ke dalam Lif Vip, setelah pintu lif tertutup, Fazura pantas memasukkan kad Access ke dalam poket Blazer farid Husin kemudian mengambil bekas penyembur air dan kain lalu berpura-pura membersihkan dinding Lif sambil memandang Farid Husin masih berdiri kaku mengadap dinding Lif
"Ehem!!!"
Fazura segaja berdeham kuat
Bahu Farid Husin terlihat terjongket bila mendengar suara orang berdeham, wajahnya terpinga-pinga bila menyedari dia sudah berada di dalam Lif
"Astaghfirullah al- azim!"
Ucap Farid Husin begitu terkejut bila melihat Fazura sedang memandang ke arahnya
"Aku ingat syaiton tadi"
Katanya lagi sambil mengusap dadanya
Fazura mengigit bibir terus berpura-pura membersihkan dinding Lif
"Bila masa pulak aku dalam Lif nie?,"
Bisik Farid Husin dengan wajah bingung sambil mengaru-garu rambut di belakang kepalanya, kedua anak matanya memandang penal butang di tepi pintu lif,
"Laa.. tekanlah butang, tingkat mana nak pergi"
Keluh Farid Husin dengan kening bertaut memandang Fazura
"Manalah saya tahu encik nak pergi ke tingkat berapa?,"
Balas Fazura dengan perasaan lega bila Farid Husin tidak mempersoalkan mengapa dia boleh berada di dalam Lif
"Kau kan dah tahu, aku punya pejabat tingkat berapa"
"Dah lupa"
Jawab Fazura bersahaja
"Banyak cantik muka kau, dah lupa,"
Balas Farid Husin kemudian mengeleng kepala
"Dah kenapa pulak nie?,"
Ucap Farid Husin hairan, tangannya menekan-nekan butang lif tetapi tidak menyala, kemudian menekan butang open tetap sama pintu lif tidak terbuka
Farid Husin menekan-nekan butang open dengan wajah gelisah sambil memandang pintu lif
"Alamak.. kenapa pulak nie!,"
"Kenapa tu encik farid?,"
Tanya Fazura dengan wajah cemas
Farid Husin berdengus kuat
"Pintu Lif nie lah, tak nak terbukak"
"Ha.. tak boleh terbukak?,"
Ucap Fazura, wajahnya berubah pucat, cepat-cepat dia menaruh kain dan botol penyembur air di dalam bekas trolley lalu berdiri di depan pintu Lif, sedaya upaya cuba membuka pintu Lif
"Kau nie dah kenapa?,"
Ucap Farid Husin dengan wajah hairan bila melihat Fazura terkangkang-kangkang cuba membuka pintu Lif
"Tolonglah encik Farid,"
Pinta Fazura sambil memandang Farid Husin
Farid Husin lantas meneyeh bahagian kanan kepala Fazura
"Kau ingat, kau tu she hulk"
"Hiss.. tak yahlak wat camtu, tolonglah saya bukak pintu nie"
"Ngok ye lah kau nie,"
Farid Husin mengeleng kepala melihat tingkah Fazura
"lantak kaulah, janji kau jangan kentut dalam nie"
Farid Husin segera mengeluarkan Telefon pintar dari poket seluarnya
"Eloklah sangat, takde linelah pulak.."
Farid Husin mengankat tangannya sambil melihat skrin Telefon pintar
"Cuba kau tengok handphone kau, ada line ke tak?,"
Fazura lantas menoleh memandang Farid Husin kemudian mengeluarkan Telefon pintarnya
"Dah.. dah simpan je, Tak pakyah tengok"
Fazura terpinga-pinga
"Kenapa?,"
"Kalau handphone mahal aku nie boleh takde line inikan pulak handphone murah kau tu, lupakan jelah"
Fazura mengeleng kepala, Fikirannya mula membayangkan buku limanya menumbuk muka Farid Husin
"Apalah punya bangunan, Lif Vip pun boleh rosak,"
Farid Husin menekan-nekan butang kecemasan
"Cuba tengok, ini pun takde function, menyirap pulak aku, tunggu jelah aku keluar nanti"
"Habis macam manalah nie encik"
Tanya Fazura dengan wajah takut, dirinya mula berasa menyesal kerana masuk ke dalam lif Vip tanpa kebenaran
"Tunggu jelah,"
Jawab Farid Husin, anak matanya melirik ke arah Cctv di siling Lif
Fazura berdiri menyandar dinding memerhati ruangan dalam lif, badannya mula merasa panas, tangan kanannya pula dari tadi mengesat-ngesat peluh yang mengalir di dahinya semasa dia cuba membuka pintu Lif, manakala Farid Husin pula hanya memerhati gadis muda di depannya sambil mengecilkan kedua mata, otaknya mula ligat mencari cara mengusik Fazura
"Habislah kita,"
"Kenapa encik Farid?,"
Soal Fazura dengan wajah cemas bila melihat farid Husin mengeleng kepala
"kalau dalam islam, ini dah kira berzina"
Fazura lantas terkejut, cepat2 dia memegang kolar kemejanya
"Tapi saya masih pakai pakaian"
Farid Husin mengeleng kepala
"tak kiralah kau pakai ke, tak pakai ke, bila dah berdua-dua macam nie, kira berzinalah"
"Tapi nie bukan dalam bilik"
"Stupid ye.. lah kau nie, kau ingat orang nak berzina kena dalam bilik je,"
Farid Husin menapak menghampiri Fazura
"Kau tahu tak, kat luar sana ada orang berzina kat taman, kat hutan, dalam tandas mungkin dalam longkang pun ada orang berzina tahu tak"
"Saya tak akan mengaku saya buat"
"Memanglah kau tak akan mengaku, tapi orang luar akan bercerita"
Balas farid Husin sambil mengeyit mata pada fazura
"Habis macam mana kalau orang bercerita"
Farid Husin mengeleng kepala
"Nak buat macam mana lagi, kita kena kahwinlah"
"Ha!...?,"
Fazura tercengang memandang farid Husin sedang tersengih-sengih
"Saya tak nak"
"Taknak?,"
Wajah Farid Husin berubah hairan lantas memandang Fazura
"Kenapa pulak taknak?,"
"Tak naklah,"
"Aku tahulah ngok.., aku tanya, kenapa kau taknak?,"
Fazura diam tidak menjawab, hanya memandang wajah Farid Husin
"Jawablah bila orang tua tanya?,"
"Sebab encik tu biadap!,"
jerit Fazura kemudian melepaskan keluhan puas
"Astaghfirullah al- azim,"
wajah Farid Husin berkerut seakan tidak pecaya dengan jawapan Fazura
"Apa yang biadap ye.. cuba beritahu?,"
Fazura berdengus perlahan sambil mengalih pandangan ke pintu Lif
"Jawablah.. bila orang tua tanya"
"Encik tu kalau cakap, lansung tak peduli perasaan orang, suka-suka hati je cakap orang stu.. stu..stu"
Fazura mengaru-garu tudung kepalanya dengan kerut di dahi cuba mengingat sebutan stupid
"Stu.. stu.. apa benda ye tu?,"
"Encik cakap bahasa orang putih tulah , stu.. stu"
"Stupidlah Ngok"
"Dah lah Encik, tolonglah jangan cakap dengan saya"
Fazura lantas mengalih pandangannya
"Kita kahwin ya"
berkerut wajah Fazura sambil menjeling matanya pada farid Husin
"Tak nak, saya rela tak kawin sampai mati!,"
Farid Husin tersengih-sengih
"Tentulah sampai mati pun kau tak akan kahwin, sapalah kat luar tu nak kat cleaner"
Fazura pantas menoleh memandang Farid Husin, hatinya benar-benar rasa terhina dengan kata-kata lelaki itu
Share this novel