29

Romance Completed 95763

“Uw…uwekk!” Anggun Dahlia bingkas bangun dari tidurnya. Mulutnya ditutup. Dia segera berlari ke bilik air. Suis lampu bilik air dipetik.

Ikram Benjamin yang terdengar suara itu turut bangun. Matanya digosok bagi menghilangkan kelat. Dia mencari kelibat Anggun Dahlia disebelah. Tempatnya kosong. Telinganya menangkap suara dari bilik air.

“Sayang?” Dia bergegas menuju ke bilik air. Anggun Dahlia sedang menunduk. Ada lendiran keluar dari mulutnya. Dia melurut belakang badannya.

“Sayang salah makan agaknya tadi.” Dia masih melurut badan Anggun Dahlia. Tangannya dibasahkan. Kemudian, dia menyapu lembut mulut Anggun Dahlia. Mukanya juga turut dilap dengan sedikit air.

“Uuuwekk! Uw….” Keluar lagi isi dari dalam perutnya. Mukanya merah menahan muntah. Perutnya dipegang. Otot perutnya tegang kerana terlalu banyak memuntahkan isi perut.

“Tak apa. Muntahkan semua.” Dia meninggalkan anggun dahlia sekejap sementara dia mengambil minyak angin. Beberapa minit kemudian, Ikram Benjamin muncul semula dengan miyak panas ditangan. Penutupnya dibuka. Dia menyapu minyak pada bahagian tengkuk dan leher.

“A…abang. Penat…uhukkk…uwekk!” Dia muntah sekali lagi. Perutnya ditekan. Dia memandang Ikram Benjamin dari pantulan cermin dinding.

“Tak apa. Nanti abang urutkan sayang.” Sambil itu, tangannya menyapu olesan minyak angin pada bahagian pelipis dan bawah telinga. Mak Wan pernah kata jika sakit kepala oleskan dibawah telinga. In syaa allah beransur sakitnya. Dia sendiri pun tidak mengetahui apa kaitannya dengan sakit kepala.

“Sayang dah okey?” Perut Anggun Dahlia diurut lembut. Dia tahu sakit menahan muntah. Anggun Dahlia memandangnya seraya mengangguk kecil. Mulut basahnya dilap dengan tuala kecil.

“Dahlia letih. Tak larat.” Dia bersandar pada dinding bilik air. Jauhnya mahu melangkah ke katil. Lembik segala sendinya.

“Come. Abang dukung sayang pergi katil.” Dia sudah bersiap sedia mahu mencempung perempuan itu.

“Uww…uwekk!” Muntahnya keluar lagi. Anggun Dahlia meludahkan lendiran putih itu ke sinki. Mulutnya dikumur-kumur sehingga bersih. Nafasnya tidak teratur. Kepalanya berat.

“Abang bawa sayang ke klinik. Jom.” Anggun Dahlia dipimpin ke luar. Sehelai selendang kosong bewarna hitam dicapai.

“Abang…tak apa. Dahlia boleh pakai sendiri.” Selendang yang berada ditangan Ikram Benjamin dicapai. Dia membetulkan ikatan rambutnya. Kemudian, selendang dililit menutupi kepala dan dadanya. Yang penting semua tertutup. Salin baju? Tidak perlu. Baju pijama yang dipakainya sudah cukup cantik untuknya.

“Sayang larat ke nak turun bawah? Kalau tak abang dukung je.” Ikram Benjamin menayang sengih.

“Laratlah.” Matanya dijeling sedikit buat lelaki itu. Orang tengah sakit, masih juga mahu menyakat.

“Jom. Abang tolong pimpin. Kesian nenek abang ni. Tak sihat ya malam ni.” Tangan lembut itu dicapai. Mereka menuruni tangga bersama-sama.

“Siapa nenek abang?” Anggun dahlia merenung tajam ke sebelah.

“Hahaha. Gurau sayang.” Tepi dahi perempuan itu dicium lembut.

-----

(Klinik 24 jam – 2 pagi)

Dingin awal pagi itu mencengkam tulangnya. Anginnya sejuk seperti ingin hujan. Ikram Benjamin keluar terlebih dahulu. Dia menapak ke pintu penumpang. Pintu untuk Anggun Dahlia dibuka. Setelah itu, payung juga turut dicapai. Mana tahu nanti hujan turun, kasihan bidadarinya basah dek air hujan.

“Jom.” Dia memimpin tangan Anggun Dahlia. Pintu kaca ditolak. Matanya meliar pada ruang menunggu. Hanya ada tiga orang saja. Dia kemudiannya menuju ke kaunter. Kad pengenalan Anggun Dahlia diberi pada jururawat. Sementara itu, Anggun Dahlia sedang duduk dibangku panjang sambil tersandar lemah di dinding. Minyak angin yang dibawanya tadi diletakkan pada hidung. Dia menghidu bau itu.

Setelah selesai mendaftar, dia melabuhkan punggungnya disisi anggun dahlia. Baru saja dia duduk, Anggun Dahlia sudah melentokkan kepala pada bahunya. Dia menyimpul senyum. Matanya memerhati pada pesakit yang lain. Satu-persatu namanya dipanggil. Sehinggalah tiba pada giliran nama Anggun Dahlia.

“Puan Anggun Dahlia. Sila masuk.” Panggil jururawat itu. Mereka melangkah masuk ke ruangan doktor.

“Hello,Puan Anggun…Dahlia? Wow! What a beautiful name. Seperti nama bunga.” Doktor lelaki berbangsa Cina itu tersenyum mesra. Mungkin dalam lingkungan 40-an.

“Boleh I tahu you kenapa? Batuk, selesama?” Stateskop ditarik keluar dari kotnya. Kemudian, doktor meletakkan stateskop didada Anggun Dahlia.

“I muntah-muntah. Lepas itu, badan I sekarang cepat sangat terasa penat, letih. Sebenarnya tak banyak kerja sangat yang I buat. Tapi rasa letih macam buat kerja satu hari.” Terangnya panjang.

“Kitaran haid you teratur ke?” Doktor itu mencatatkan sesuatu dibuku rekod kesihatannya.

“Err…sebenarnya kitaran haid I tak teratur sangat. I pun tak kira berapa hari I dah tak datang haid.” Dia tersengih serba –salah. Agaknya doktor itu akan memarahinya ke sebab dia tidak mengambil berat soal kecil macam itu? Tetapi ,terdapat senyum kecil dihujung pada bibir doktor. Dia meletakkan pen diatas buku rekodnya.

“Okey, kalau macam itu apa kata you baring dekat katil. Kasi i check you dulu. Boleh, puan?” Doktor itu bangun menuju ke katil pesakit. Mesin pengimbas ultra bunyi juga dihidupkan.

Anggun Dahlia sudah berbaring sambil diperhatikan oleh ikram Benjamin dikerusi. Bajunya diselak sedikit ke atas. Mendedahkan kulit perutnya. Kemudian, doktor menuang sedikit cecair pada permukaan perutnya. Terasa sejuk. Alat tersebut dilarikan pada permukaan perutnya.
Sekejap digerakkan ke kiri. Kemudian, ke kanan pula. Dia hanya memerhati kerja doktor itu.

Keliru juga dia kenapa perlu berbaring. Muntah saja. Bukannya ada masalah besar sehingga mahu menggunakan mesin pengimbas. Matanya turut terarah pada skirn mesin pengimbas. Doktor itu tersenyum.

“See?” Jarinya menunjukkan pada skrin. Ikram benjamin turut bangun. Ketiga-tiga pasang mata terarah pada objek yang wujud diskrin kecil itu. Sepertinya ada ketulan kecil yang baru membentuk didalam rahim Anggun Dahlia.

“Ke….kenapa doctor? I…err…I sakit ke?” Mukanya cemas. Tangan Ikram Benjamin dicapai. Kemudian, digenggam kuat. Ikram Benjamin cuba meneliti objek tersebut. Ah, dia tidak tahu objek apakah itu.

“Wait…doc. Itu…er?” Ikram Benjamin menjungkitkan keningnya meminta kepastian. Reaksi pasangan itu membuatkan doktor turut tergelak. Bahu Ikram Benjamin ditepuk perlahan.
“Tahniah I ucapkan pada you berdua.” Semakin melebar sengihan doktor itu.

“Hah? Tahniah kenapa? Isteri I bukan sakit ke?” Ikram Benjamin memandang doktor dan Anggun Dahlia silih berganti. Manakala, Anggun Dahlia pula sudah kecut perut dengan situasi itu. Ah, kalut!

“Hahaha. Encik, isteri you sakit puncanya dari diri you sendiri.” Doktor itu masih tergelak. Macam-macam kerenah pasangan yang dia jumpa. Tetapi untuk pasangan yang satu ini benar-benar membuatkan mood kerjanya pagi itu segar. Hilang sedikit letihnya ketika bertugas.

“Punca…dari…I? Err… sorry. I masih tak faham.” Dahinya berkerut seribu. Memang jelas dia masih tidak faham.

“Let me tell you, okey. Pertama sekali, tahniah untuk awak berdua. Puan Anggun Dahlia….mengandung.” Doktor itu menarik senyum lebar.

“What???” Terjerit sedikit Ikram Benjamin. Dia memandang Anggun Dahlia.

“A…abang….macam mana…Dahlia…err….termengandung!” Matanya mula berair. Hidungnya turut kemerahan. Ikram Benjamin pula sudah tersengih tidak percaya.

“Tak…tak sayang! Sayang mengandung betul-betul. Bukan ‘ter’ lagi. Ya Allah! Alhamdulillah!” Terus saja tubuh Anggun Dahlia dirangkul erat ke dalam . Kemudian, pelukannya dileraikan. Dia beralih pula pada doktor yang masih tergelak disisinya.

“Doktor! I…I akan jadi ayah! Hahaha.” Bahu doktor itu dirangkul ke dalam pelukannya. Gembira bukan kepalang nampaknya.

“Ya. You akan jadi seorang ayah. Oh ya! Kandungan isteri encik masih didalam peringkat awal. Baru mencecah tiga minggu. Jadi, saya nasihatkan agar encik jaga betul-betul kesihatannya. Dari segi pemakanan juga harus dititik beratkan. Tak apa, nanti saya beri vitamin untuk dia makan dirumah.” Doktor memanggil jururawat masuk ke biliknya. Rekod kesihatan juga diserahkan kepada jururawat.

“Terima kasih. Terima kasih banyak, doktor.” Sengihannya tidak lekang dari bibir. Dia membantu Anggun Dahlia turun dari katil. Selesai berpamitan dengan doktor, mereka melangkah keluar untuk menguruskan pembayaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience