Bab 17

Romance Completed 15358

(Sakinah POV)
"Wait, let's make a deal first." Kataku. Aku tersenyum menayangkan sebaris gigiku.
"Deal?" Soal Ryoga pelik. Aku mengangguk. Nak dijadikan cerita, pada malam itu, kami tak tahu nak buat apa. Jadi, selepas makan malam, Ryoga mengajak kami untuk bermain permainan video bersama. Kami pun ikut sahajalah. Perlawanan pertama antara aku dan Ryoga. Aku pernah bermain benda alah ni, tapi, sekali dua sahaja. Selalunya aku main permainan video dalam telefon sahaja, takpun permainan realiti seperti baling selipar. Haha! Kampung sangat. Cuak pula aku nak lawan dengan bekas pemain profesional Jepun seorang ini.
"Kalau saya menang, awak kena belikan saya erm...a thing that I like the most. My hint, it's big, purple, soft and cute." Ujarku.
"Okay, if I win, awak kena ikut saya pergi Akihabara esok." Balasnya pula. Akihabara adalah 'syurga' bagi otaku atau peminat anime. Aduh, payah betul seorang otaku, seorang lagi bukan. Haha!
"Okay, deal?" Soalku mendapatkan kepastian.
"Deal. Tapi, apa yang awak paling suka dalam ni?" Soalnya.
"Macam biasa. Kenalah cari sendiri." Balasku.
"Okey, nantila saya fikir." Katanya lalu mata kami berdua tertumpu pada kaca televisyen.
"Mula!" Ujar Eca. Kami memulakan permainan.
"Laju, pecut, Kinah!!" Jerit Hannah. Hannah menyokong aku manakala, Alyn menyokong Ryoga. Eca pula ditengah-tengah. Kami lawan permainan lumba kereta sahaja sebenarnya. Ya ya sahajalah makcik seorang ini jerit.
"Kinah? Sejak bila kau panggil aku Kinah ni?" Soalku pelik. Jarang-jarang orang panggil aku Kinah. Bagi aku disebabkan Kinah itu jarang dipanggil oleh orang, aku anggap Kinah itu satu panggilan yang istimewa untuk aku.
"Biarlah, bukan selalu. Aku tahulah yang mula panggil kau Kinah member baik kau seorang tu, tapi, takkan kitorang tak boleh panggil kau Kinah kot?" Soal Hannah. Aku hanya tertumpu pada kaca televisyen.
"Bukan dia tak bagi, tapi, kau tahulah dia mana boleh dengar orang panggil dia Kinah. Nanti dia terlalu bangga sebab kau letakkan dia dalam tempat yang istimewa bagi kau." Kata Alyn.
"Ya betul. Aku malas nak riak. Haha!" Ujarku ketawa.
"Yelah, mak cik Kinot." Ujar Hannah. Aku lagi suka orang panggil aku Kinot ke, Kenot ke, Sakinah ke, tak kisah lah korang nak panggil aku apa. Kinah pun boleh sebenarnya tapi, jarang dan terlalu istimewa.
"Kalau saya nak panggil awak Kinah boleh?" Soal Ryoga tiba-tiba.
"Apa alasan awak nak panggil saya Kinah?" Soalku membalas sambil menjongketkan sebelah keningku. Dia diam sambil tersenyum lebar. Aku pelik.
"Sikit je lagi dann....yay!! Saya menang!" Aku teruja. Aku menang? Wah! Agak pelik. Aku boleh menang lawan dengan bekas pemain profesional?
"Saya tak tahu apa yang awak minta tu." Keluhnya.
"Lahai, kesiannya. But, no excuse. Awak kenalah cari. Gunakan hint yang saya bagi itu sebaik mungkin. Oyasumi." Ujarku tersenyum gembira lalu bangun dan masuk ke bilik. Ngantuk sebenarnya. Nasib baik tak kemalangan memandu kereta.
"Tidur dah? Oyasumi. Sweet dreams." Balasnya tersenyum. Aku hanya senyum.
(Alyn POV)
Sakinah baru sahaja masuk ke bilik. Kami berempat masih di situ. Aku bangun lalu mengambil segelas air di dapur dan kembali ke ruang tamu.
"Alyn-chan, do you know what the thing that she like the most?" Soal Ryoga.
Aku berfikir, "Erm, rasanya aku tahu apa benda yang dia maksudkan tu. Tapi, tak tahulah betul ke tidak." Ujarku sambil mengangguk-angguk.
"Apa dia?" Soal Ryoga lagi.
"Sekejap aku pergi ambil phone dia." Kataku lalu bangun.
"Wait, dia tak marah?" Tanya Ryoga lagi. Aku hanya menggeleng.
"Sakinah, tidurlah sayang~" Aku sengaja menyanyi untuk menyuruhnya tidur. Dia memang dah lena sebenarnya. Sengaja kacau.
Aku mengambil telefonnya yang berada di tepi dinding lalu terus keluar dan menutup pintu.
"Dapat." Ujarku terus duduk di sebelah Hannah.
Hannah dan Eca sedang memandang Ryoga dengan muka tidak puas hati.
"Eii, mengaku je lah." Kata Hannah kepada Ryoga.
"Alah, kitorang tahu lah. Cara kau layan dia pun kitorang nampak lain macam." Ujar Eca pula.
"Mana ada. Taklah. Dia memang menang tadi." Jawab Ryoga pula.
Aku memandang ketiga-tiga mereka.
"Haa, boleh aku tahu kita dalam suasana pergaduhan apakah ini?" Soalku.
"Ni, dia ni! Dia tak mengaku dia sengaja bagi Sakinah menang tadi. Aku nampak, weh!" Kata Hannah lalu mendengus kasar masih marah pada Ryoga.
"Oh, hahahaha!" Aku ketawa setelah memahami dalam suasana apa yang aku sedang duduki sekarang ini.
"Apa pasal kau gelak? Lyn, daripada kau gelak baik kau suruh dia mengaku sekarang." Kata Eca masih tidak puas hati dengan Ryoga.
"Ryoga, mengaku je lah. Tak perlu bersorok. Kitorang tahu. Kalau kau mengaku, kitorang tolong kau." Ujarku panjang. Cubalah mengaku.
"Korang nak tolong aku apa?" Soal Ryoga.
"Ha! Nampak! Kalau dah tanya macam tu, dia dah mengakulah tu." Kata Hannah. Kami bertepuk tangan lalu ketawa.
"Haishh, okey, okey, aku yang biarkan dia menang tadi. Aku cuma nak tengok dia happy." Kata Ryoga.
"Ha! Kan senang mengaku. Settle." Kataku lalu cuba membuka telefon Sakinah yang mempunyai kata laluan. Dia letak kata laluan ni mesti sebab minggu lepas yang Ryoga buka telefon dia itu.
"Cepatlah. Korang nak tolong aku apa?" Soal Ryoga.
"Ha... tu, kau nak kitorang tolong kau apa?" Soalku pula. Berhenti sekejap memikirkan kata laluan telefon Sakinah itu.
"Tolong aku dapatkan hati dia." Pinta Ryoga. Kami bertiga terkejut dengan kata-kata Ryoga.
"Jadi, kau memang betullah suka dia ni?" Soal Eca teruja.
Dia mengangguk, "Ko-korang jangan bagitahu dia pula." Kata Ryoga mulai takut. Takut pecah rahsia lah tu.
"Tak. Okey, sekarang kitorang akan tolong kau tentang hadiah apa yang dia ni nak dulu. Nanti kitorang tolong kau lagi pasal kau nak jadi kawan rapat dia. Aku tahu korang dua ada deal pasal kawan rapat tu, kan?" Soalku menjongketkan sebelah keningku. Haha! Teruja pula aku melihat mereka berdua ni.
Dia mengangguk, "Macam mana kau boleh tahu?" Soal Ryoga sedikit terkejut.
"Ehh, ini Alynlah. Semua benda pasal Sakinah tu apa je yang aku tak tahu? Celah gigi je." Jawabku.
"Alyn, cuba kau buka phone dia tu." Suruh Eca.
"Tak boleh. Ada password." Keluhku. Kami duduk dalam bulatan mengelilingi telefon Sakinah itu.
"Password apa yang mungkin dia akan letak?" Soal Hannah. Kami berfikir.
"Hmm, dia kan suka sangat pakai tarikh lahir dia. Cuba letak tarikh lahir dia." Kata Eca. Aku hanya menurut.
"Salah." Kataku hampa.
"Aikk? Salah? Pelik. Dia jarang letak huruf-huruf." Balas Eca. Ryoga hanya menunggu kami untuk membuka telefon itu.
"Cuba letak tarikh lahir orang lain." Cadang Hannah.
"Hm, Ryoga! Ryoga, birthday kau bila?" Soalku. Tak, aku tahu, cuma amnesia sekejap waktu itu. Aku ingat tarikh lahir Kai sahaja. Haha! Sh, jangan beritahu Kai yang aku suka dia.
"23101994. Apa kena mengena tarikh lahir aku dengan password dia?" Tanya Ryoga kebuntuan. Yalah, dia bukan tahu pun yang Sakinah itu pun suka dia juga. Malas lah kami nak beritahu Ryoga yang Sakinah itu pun suka pada dia. Masing-masing tak nak mengaku, aku biar sahaja. Si Sakinah itu pula, kalau betul dia suka seseorang, jangan haraplah dia nak mengaku depan orang itu. Dia akan tunjuk dari segi perangai dan perbuatan sahaja. Tapi, selalunya perbuatan dan perangai yang dia tunjukkan itu aku sahaja yang faham.
"Rilek. Aku tahulah apa yang aku buat." Ujarku lalu memasukkan nombor-nombor yang disebut oleh Ryoga tadi.
"Don't be ridiculous. Impossible boleh be-" Kata-kata Ryoga terhenti setelah melihat aku memasukkan nombor-nombor tadi dan telefon itu boleh dibuka dengan senangnya.
"-tul? Seriously it's the correct one?" Soal Ryoga terkejut.
Aku mengangguk tersenyum lebar lalu membuka galeri.
"I didn't expected that my birthday.." Aku menghentikan kata-kata Ryoga, "Sudahh, kau tak perlu buat ucapan terharu di sini. Sini, cari sama-sama dengan aku." Ujarku. Dia mengangguk laju lalu menjenguk ke arah skrin telefon tersebut.
"If you two want to play the game first, go ahead." Kata Ryoga. Eca dan Hannah mengangguk lalu terus melekat budak berdua itu di hadapan kaca televisyen.
Sedang kami melihat dengan teliti pada satu persatu gambar di dalam album istimewa yang khas, Ryoga memberhentikan aku.
"Stop." Katanya.
"Why?" Soalku pelik.
"What's this?" Tanya Ryoga lalu menekan pada sebuah gambar.
"Am, watches?" Aku pelik. Dah terang-terang itu gambar jam.
Pada gambar itu ada satu kotak berbentuk hati dengan jam berjenama Casio G-shock dan Baby-G di dalamnya. Jam itu jam berpasangan dan berwarna ungu. Itu jam idaman Sakinah.
"Ya, aku tahulah itu jam tapi, kenapa dia simpan gambar jam ni?" Soal Ryoga.
"Oh, itu ke yang kau nak tahu? Lain kali ayat nak tanya tu bagi betul lah." Kataku.
"Dia simpan gambar ni sebab jam ni jam idaman dia. Yalah, jam ni kan mahal dan dia memang minat dengan jenama ni. Lagi dia ada kata kat aku...yang dia nak pakai jam dia dengan suami dia nanti. Fikir sweet lah? Haha." Kataku sambil menggeleng-geleng lalu ketawa mengingat kawan aku seorang itu yang sudah jauh fikir tentang masa hadapan dia nanti.
"Tapi, kenapa dalam banyak-banyak benda dalam dunia ni yang boleh berpasang, dia pilih jam?" Tanya Ryoga lagi. Banyak pula dia ni tanya. Baru satu gambar.
"Sebab Sakinah ni dia memang tak boleh berpisah dengan jam. Dia pergi mana-mana mesti..tak, bukan, PERLU pakai jam. Kau tengoklah hari tu jam dia tercicir dalam kereta pun terus panik macam orang hilang anak." Balasku lalu menggeleng kepala.
Ryoga mengangguk tanda faham.
"Ni ke apa yang dia nak?" Soal Ryoga lagi.
"Aku tak rasa yang ini." Jawabku.
Kami skrol ke bawah lagi.
"Aha! Aku rasa yang ini." Ujarku lalu menekan pada sebuah gambar.
"A big purple teddy bear?" Soal Ryoga pelik. Lama-kelamaan dia mulai dapat apa yang aku cuba sampaikan.
"Ooo! Big, purple, soft and cute! Oh, okay. I got it now." Dia tersenyum lebar setelah mendapat tahu apa yang si Sakinah tu nak sebenarnya.
"Ha, dah tahu, apa lagi? Pergilah cari." Kata Hannah sambil matanya masih tertumpu pada kaca televisyen.
"Takkan nak pergi sekarang. Esok ke lusa ke bolehlah. Sekarang ni dah malam." Balasku. Merepek sahajalah si Hannah ni.
"Yeay!! Aku menang!!" Jerit Eca gembira.
"Alahh, konsentrasi aku terganggu tadi." Keluh Hannah.
"Ahh, tak ada. No excuse. Kau kena belanja aku besok! Uhh yeah!" Eca masih dalam dunia gembiranya.
"Dah, tepi, tepi. Aku pulak nak lawan Ryoga." Ujarku bangun pergi ke arah mereka.
"Ha? Kau nak lawan aku?" Soal Ryoga.
"Yup! Kenapa? Takut ke?" Usikku sambil tersenyum sinis.
"Ehhh, aku takut? Heh! Kalau lawan dengan kau ni, aku tutup mata pun boleh menang laa." Katanya berlagak.
"Cehh! Berlagak!" Balasku. Dia duduk disebelahku.
"Haha! Aku takkan biarkan kau menang." Balasnya. Kami mulakan permainan.
"Kau memang. Kau bagi DIA aje menang. Dengan kitorang tak pernah nak bagi peluang. Ugh!" Aku mendengus kasar. Dia hanya ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience