Bab 11

Vampire Series 4523

“ Welcome to my world Emelyn . ”

Katanya sambil tersenyum kecil . Jap , apa maksud kau Welcome To My World ?

“ Kenapa bawa dia datang sini ? ”

“ Family diorang kena serang tadi . Nasib baik lah mereka selamat . Tapi tu lah , parents diorang tak dapat diselamatkan . ”

“ Maksud aku , kenapa bawa dia datang tempat aku ? Banyak lagi rumah lain , kenapa bawa pergi sini ? ”

Perlahan namun keras suara lelaki itu . Siapa dia ?

“ Cleo please be mature . Jangan jadi kebudak-budakan sangat . Dia tak ada kena mengena langsung dengan Cealyn . ”

Jap apa ? Cleo ?

Terus terbuka luas mata aku . Dan pandangan aku dihiasi dengan wajah-wajah tampan gitu .
Sejak bila aku tidur eh ?

“ Aku tak cakap pun pasal Cealyn . ” katanya sambil berpeluk tubuh .

“ Jadi biarkan mereka tinggal di rumah kau buat sementara . Aku dah bincang dengan keluarga kau . Diorang setuju . ”

Aku pandang wajah yang berada di sebelah Kein . Nama dia Cleo kan ? Macam aku kenal wajah ni . Suara pun macam aku pernah dengar . Tapi dimana ?
Ah sudah ! Jangan cakap aku hilang ingatan sebab terhantuk dekat meja .

“ Apa ! ” tengking Cleo apabila sedar Emelyn dari tadi memandangnya .

Uih garangnya wak . Aku terus mengalihkan pandangan aku ke arah tingkap . Kecut perut aku tengok muka singa dia .

“ Cleo jangan kasar sangat boleh tak ? ” tegur Kein .

Cleo memandang tajam ke arah Kein lalu beredar dari bilik itu .
Kein hanya menggeleng lalu berjalan menuju ke arah Emelyn .

“ Awak jangan ambil hati sangat eh . Dia memang macam tu . ”

Aku terkebil-kebil memandangnya sebelum tersenyum lalu mengangguk .
Aku kerling jam tangan . Pukul sembilan . Pagi ke malam eh sekarang ? Sebab aku tengok dunia diorang ni gelap je . Tak ada matahari langsung .
Kalau nak cakap malam , dekat dunia aku dah pukul dua belas pagi kan tadi ? Tak kan lah masih malam .
Ke aku tidur mati tadi ?

“ Awak tinggal dekat rumah Cleo buat sementara ni . Kalau ada apa-apa nanti awak panggil saja sesiapa yang ada dekat sini . ”

Aku tersedar dari lamunan apabila mendengar suara Kein .

“ Panggil sesiapa dekat sini ? Diorang tu.. Tak jahat ke ? ”

Yalah dunia Vampire kot ni .

“ Awak boleh bezakan mana satu jahat , mana satu baik . Yang mata macam kami ni , baik . Mata merah tu , jahat . ”

Berkerut dahi aku mendengarnya . Mata merah ? Maksud kau macam makhluk yang aku jumpa dekat hutan tu ?

“ Tapi memandangkan rupa awak macam Cealyn . Saya rasa mereka tak berani nak buat jahat dengan awak . ”

Aku memandangnya tanpa berkelip . Apa sebenarnya hubungan aku dengan Cealyn ni ? Aku manusia , dia mungkin sama dengan makhluk yang aku jumpa dekat hutan tu .

“ Saya keluar dulu . ” kata Kein .

Laju saja tangan aku menarik tangannya sehingga dia menoleh ke arah aku semula . Ada something yang aku nak tanya sebenarnya .

“ Apa beza awak dengan makhluk mata merah tu ? ”

“ Kami vampire , dan mereka... ”

Lama dia memandang aku . Kenapa ? Ada apa-apa yang tak kena ke dekat muka aku ni ?

“ Demon . ” katanya lalu berjalan keluar dari bilik ni .

Aku terkaku seketika . Darah bagai berhenti mengalir .
Apa kau cakap tadi ? Demon ? Serius ? Kau tak main-main ?
Aku menggelengkan kepalaku . Demon lagi bahaya dari vampire oi . Ya semua ni memang tak masuk akal . Aku sendiri pun susah nak percaya tau !

••••

Pandangannya dibuang ke luar tingkap . Wajahnya diraup beberapa kali .
Sungguh dia tidak dapat percaya dengan semua ini . Betul kah dia sudah kembali ? Setelah bertahun-tahun dia tinggalkan aku sendiri disini .

“ Cealyn . ” kata Cleo perlahan .

Wajah yang paling disayanginya menghiasi mindanya . Rindu betul dengan wajah ini . Senyuman ini . Dan perangai ini .
Jika benar kau sudah kembali , buktikan lah . Aku sudah lama menantikan dirimu .

••••

Aku berdiri di depan jendela . Gelap . Gelap sangat dunia ni . Aku masih belum dapat terima semua ini . Semuanya berlaku secara tiba-tiba .
Baru aku perasan , hidup aku ni penuh dengan tiba-tiba kan ?

Tiba-tiba aku jumpa Demon dekat hutan .

Tiba-tiba aku mimpi tentang Cealyn .

Tiba-tiba aku kena kahwin dengan Noah .

Tiba-tiba parents aku meninggal .

Dan sekarang , tiba-tiba aku kena tinggal dekat dunia Vampire .

Aku tak dapat hadam langsung lah semua ni . Lebih-lebih lagi semua ni memang susah nak diterima akal .
Aku mengalihkan pandangan aku ke arah Emelya . Lenanya kau tidur kan ? Tak apa lah , mungkin badan kau masih sakit .
Maafkan aku sebab tak dapat lindungi kau . Aku janji , aku tak kan tinggalkan kau lagi .

Kruekkk

Pintu bilik dikuak dari luar . Serentak kepala aku berpaling ke arah pintu . Siapa agaknya yang masuk dekat sini ?
Macam horror movie pula aku rasakan sekarang .

“ Cealyn ? ”

Seorang wanita yang berumur separuh abad masuk ke dalam bilik aku dan Emelya .
Dia tersenyum lembut ke arah aku lalu duduk di sofa yang sudah tersedia di bilik ini . Aku hanya memerhati gerak-gerinya tanpa berkelip . Dia ni , Vampire juga kan ?

“ Come . ” katanya sambil menepuk-nepuk ruang di sebelah .

Aku teragak-agak mahu duduk di sebelahnya . Yalah , bukan boleh percaya sangat diorang ni .
Wanita ketawa kecil . Tahu sangat apa yang difikirkan oleh gadis itu .
Terkebil-kebil aku memandangnya , apa yang lawak ? Aku tak buat lawak kan tadi ?

“ Janganlah takut . Mari sini . ” katanya perlahan dengan senyuman yang masih terukir di bibir .

Aku menarik nafas dalam sebelum membuka langkah menuju ke arahnya .
Aku mengambil tempat duduk di sebelahnya apabila nampak dia menepuk ruang di sebelah .

“ Sudah lama kita tidak berjumpa kan ? ”

Erh.. Kita pernah jumpa ke sebelum ni ? Aku rasa aku tak pernah datang ke dunia ni .

“ Mommy rindu sangat dengan kamu Cealyn . ” katanya sambil membelai rambutku .

“ Aunty , saya bukan Cealyn . ” kataku perlahan sambil tersenyum lembut .

Lama wanita itu memandang aku sebelum senyumannya mekar semula . Dia mengangguk perlahan .

“ I'm sorry , rupa kamu sama betul dengan dia . Nama aunty Bethany . Just call me mom . Saya ibu Cleo . ”

Aku hanya membalas dengan senyuman lalu mengangguk . Aku tak tau nak jawab apa . Nak panggil dia mom ? Erk aku tak biasa .

“ Nama kamu apa ? ”

“ E.. Emelyn . ”

Gugup pula aku ni .

“ Boleh mommy panggil kamu Lyn ? Sebab dulu mommy panggil Cealyn macam tu . ”

Kesian pula aku tengok diorang ni . Siapa sebenarnya Cealyn ? Nampak macam istimewa sangat dia kepada keluarga ni .
Aku angguk . Ramai yang panggil aku Lyn , so aku tak kisah sangat .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience