Bab 12

Fantasy Series 2417

Sebuah lif ke lokasi bilik pengerusi Abys Group company terbuka dan kelihatan langkah kaki bergerak keluar.

"Hensemnya chairman ni, segak betul gaya jalan dia" berkata kata Aqalili dalam hati saat lelaki tersebut menuju kearahnya. Dengan tersenyum beliau bangun sambil berdiri dan berkata "Selamat pagi tuan."

"Err...pagi, kamu siapa?" dalam nada kehairanan lelaki itu bertanya.

"Salam perkenalan dari saya Siti Nur Aqalili atau panggil je Aqalili...saya setiausaha baru tuan kata cik Lily lah yang nama dia hampir sama macam nama saya tu" jawab Aqalili masih dengan senyumannya.

"Oh ye?, ok, tapi saya bukan tuan awak" berkata lelaki tersebut sambil tersenyum.

"Oh ye, silap cara saya cakap tadi, saya setiausaha baru boss" ujar Aqalili sambil menadahkan kedua tapak tangannya menunjukkan kepada lelaki tersebut.

"Tapi saya bukan boss awak" balas lelaki tersebut dengan senyuman lagi.

"Ish, mamat ni, kalau dah boss tu mengaku je lah, ni nak main-main lak, mau je aku cepuk nanti" Aqalili berkata-kata didalam hati sambil terdiam sebaik mendengar jawapan lelaki itu.

Seketika itu lif terbuka dan muncul seorang lagi lelaki menuju keaarah mereka lalu kedua-duanya menoleh kearah lelaki tersebut.

"Ha, tu dia tuan dan boss awak, saya ni bukan" kata lelaki yang berbicara dengan Aqalili.

"Eh? mamat ni, betul ke dia?" Aqalili berkata didalam hati pabila melihat wajah lelaki itu yang pernah dia lihat sebelum ini.

"Ha, apahal ni? " bertanya Fionz pada mereka berdua.

"Dia ni tuan, dia cakap saya ni boss dan tuan dia" senyum Zaider sambil memandang kearah Aqalili.

Aqalili dalam keadaan terpinga-pinga sambil memandang kearah dua orang jejaka kacak dihadapannya.

"Oh ye Lily ada sebut semalam, ada seorang secretary baru akan masuk hari ni duduk kat meja ni." berkata Fionz

"Saya Fionz" sambil menghulurkan tangannya, Fionz memperkenalkan dirinya.

Aqalili menyambut dengan menggenggam tangan yang dihulur Fionz. "Saya Siti Nur Aqalili..."

"Panggil Aqalili je kan?..." Zaider berkata sebelum sempat Aqalili meneruskan percakapannya lalu tersenyum.

"Sama nama dengan Lily manager HR lah ni? Kata Fionz sambil memandang tepat kearah wajah Aqalili.

"Ah, ye...ye...lebih kurang sama, cuma saya ada sebutan Aka dihadapan perkatan je". Balas Aqalili dengan tersenyum.

Fionz tersenyum dan melepaskan genggaman jabat tangannya dengan Aqalili.

"Er..maaf, tuan yang semalam sambut saya dari jatuh kan?" bertanya Aqalili pada Fionz

Fionz tersenyum sahaja. Terus Aqalili menyambung kata-katanya

"Terima kasih tuan sebab selamatkan saya, kalau tak malu saya"

"Kasih mu diterima" sambut jawapan dari Fionz

"Tapi encik ni siapa?" bertanya Aqalili pada Zaider.

"Saya Zaider, pengawal dan pembantu peribadi pada tuan Fionz. Zaider memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangannya untuk di jabat.

Aqalili menyambut dengan senyuman sambil berjabat tangan dengan Zaider.

"Selamat datang ke Abys Group Aqalili, semoga anda bertahan dan berjaya dengan kerja ni ye?" berkata Fionz pada Aqalili lalu terus bergerak masuk kebilik pejabatnya sambil diikuti oleh Zaider meninggalkan Aqalili dalam keadaan berdiri dan tertanya-tanya.

"Bertahan?...berjaya?... Teruk sangat ke kerja ni? Adoi, sabar-sabar Aqalili, ko pasti boleh buat" pujuk Aqalili dalam hatinya

Fionz terus mengmbil tempat duduknya sambil membuka lap top dihadapannya manakala Zaider meletakkan beg hitam kepunyaan Fionz diatas almari fail yang rendah di bahagian belakang tempat duduk Fionz.

Tiba-tiba kedengaran bunyi mesej dari telefon bimbit Zaider. Segera Zaider mengeluarkannya dari kocek seluarnya dan melihat siapakah pemanggilnya. Setelah melihat, beliau mendail dan meletakkan telefon bimbitnya ke telinganya. Tiba-tiba muka Zaider mula berubah bila mendengar pesanan suara dari telefonnya. Sebaik tamat, segera beliau berkata kepada Fionz

"Tuan, Selly dalam keadaan bahaya, katanya barang yang kita minta tu ada disimpan dalam peti suratnya. Rasanya dia ada call tadi tapi sebab saya di basement car park, line tak elok terus masuk ke answering machine saya" kata Zaider dengan wajah yng serius.

"Baik, kamu uruskan dia dulu, pastikan dia tak apa-apa, barang tu kendian baru diuruskan" arah Fionz pada Zaider.

"Baik tuan" jawab Zaider mula bergerak untuk keluar dari pejabat Fionz.

Sebaik Zaider bergerak beberpa langkah tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Segera Zaider menjawap
"Hello?...ye, apa?" Zaider memandang kearah Fionz sebaik berkata demikian.

"Baik, nanti saya ke sana" sambung Zaider berkata pada seseorang di telefon bimbitnya.

"Tuan, ..Selly..., Sellly dah tak ada, orang kita jumpa dia di sebuah lorong mati" berkata Zaider melaporkan apa yang dia dengar kepada Fionz.

Fionz terkejut lalu segera bangun
"Bawa saya ketempat tu" berkata Fionz pada Zaider.

Fionz terus bergegas keluar dari biliknya diikuti oleh Zaider. Sebaik sampai ke meja Aqalili Fionz berkata dengan nada yng serius
"Aqalili, kalau ada yang call nanti, cencel kan appointment saya. Saya ada hal penting" terus Fionz bergerak kearah lif.

"Tuan Fionz balik office tak nanti?" bertanya Aqalili pada Fionz.

"Tak, " jawab Fionz terus melangkah masuk kedalam lif sebaik saja lif terbuka.

"Apahal lah tu?" Aqalili berkata dengan perlahan sebaik Fionz dan Zaider hilang dari pandngannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience