Chapter 38

Romance Completed 35261

“Selamat pagi along, kak long.” Tasha yang sibuk makan nasi lemak air tangan Mak Ziah ucapkan ucapan selamat pagi kepada pengantin baru, Iskandar Faiz dan Sofia Amelia.

“Selamat pagi semua.” ucap Iskandar Faiz bersama dengan senyuman manis. Kerusinya ditarik untuk Sofia Amelia.

“So sweet.” komen Tasya apabila Iskandar Faiz menarikkan kerusi untuk isterinya. Semua yang berada di meja makan marble itu senyum dengan layanan Iskandar Faiz terhadap Sofia Amelia. Manakala lain pula untuk Sofia Amelia. Dia berasa malu apabila suaminya layan romantik semacam.

“Kenapa muka kak long merah? Malu ke?” usik Tasha.

“Tasha. Tak baik usik kak long!” tegur lembut Ismail.

“Sofi, abaikan Tasha tu. Dia tu suka usik orang lain. Jangan ambil hati ye nak.” kata Fatimah. Matanya jeling anak daranya.

“Sofi tak ambil hati pun mmm…” Sofia Amelia berhenti sekejap.

“Kenapa sayang?” bisik Iskandar Faiz. Pelik tiba-tiba Sofia Amelia berhenti bercakap.

“Tak, macam mana nak panggil mak awak? I don’t know how to address her, Is.” kata Sofia Amelia perlahan. Risau orang lain terdengar masalah dia.

“Panggil mama.” jawab Iskandar Faiz sambil menggenggam tangan Sofia Amelia erat.

“Mama. Sofi tak ambil hati pun mama.” tutur Sofia Amelia dengan penuh yakin. Entah dari mana munculnya kekuatan. Mungkin dari genggaman suami kot!

“Makan Sofi, Is. Kenapa tunggu ni?” tanya Dato’Johari. Mereka berdua tidak usik pun nasi lemak dan juga makanan-makanan lain. Pinggan mereka kosong sahaja.

“Sofi! Sofi!” bisik Mak Ziah.

Sofia Amelia memandang Mak Ziah. Mengangkat keningnya bagi menyoal kenapa Mak Ziah memanggil.

Mak Ziah menunjuk isyarat untuk mencedok nasi ke dalam pinggan Iskandar Faiz. Tetapi Sofia Amelia tidak mengertinya. Sekali lagi Sofia Amelia menunjukkan isyarat apa yang dimaksudkan oleh Mak Ziah. Mak Ziah sedikit geram dengan kebingungan anak majikannya.

“Cedok nasi untuk Is.” Mak Ziah siap menunjuk gayanya kepada Sofia Amelia. Nasib baik tiada sesiapa pun nampak perbualan mereka seperti kanak-kanak.

“Sayang, tunjuk pinggan. Abang cedokkan nasi.” Iskandar Faiz mengambil pinggan Sofia Amelia.

“Wow! Sayang, abang. Romantiknya along Tasha.”

“Habis nak panggil apa? Memanglah abang seorang romantik!” puji Iskandar Faiz. Angkat bakul sendiri!

“Sama macam abang layan kak Tiara dulu.” tanpa berselindung Tasha bertutur.

Muka Sofia Amelia berubah. Iskandar Faiz pula terasa hati. Dia tahu Sofia Amelia terasa apabila mendengar nama Wahidah Tiara.

“Tasha!” kuat suara Ismail.

“Maaf abi. Tasha gurau je.”

“Tak tahu ke macam mana nak cakap dekat along dan kak long! Guna otak sebelum bercakap!” Ismail naik angin.

“Abang, jangan marah.” Fatimah cuba menenangkan suaminya. Suami sudah pun berpesan kepada Fatimah dan Tasha supaya tidak bercakap tentang Wahidah Tiara selepas ini.

“Abang, biar je. Tasha tak perasan tu.” Dato’Johari cuba untuk memujuk besannya.

“Maafkan saya abi, along and kak long. Tasha tak sengaja tadi.” kata Tasha. Dengan pantas Tasha meninggalkan meja makannya.

“Tasha! Tasha!” laung Iskandar Faiz. Namun tidak diendahkan oleh Tasha.

“Along, awak makan. Tak perlu nak layan sangat adik kamu tu.” arah Ismail.

Sofia Amelia yang perhatikan ketegasan ayah mertuanya kecut perut. Sehingga kini ayahnya, Dato’Johari tidak pernah tegas macam ini. Lainlah peristiwa-peristiwa lepas. Memang salah dia. Sebab itu Dato’Johari layan dia seperti itu.

“Makan Sofi.” ajak Iskandar Faiz.

“Tasha?”

“Nanti saya akan pujuk dia. Sekejap je dia macam itu. Awak tak payah risau. Makan lah.”


********************

“Tak guna! Tak guna!” Adam menumbuk punch bag.

“Macam mana Is tahu aku kat situ dengan Sofi? Macam mana kalau dia buat report polis? Bila-bila masa sahaja polis boleh datang sini cari aku. Khairil pula kena belasah dengan aku! Aduh!” bebel Adam. Perasaan takut mula menyelubungi diri.

“Aku tak boleh berada di sini. Aku balik rumah parents aku.” kakinya masuk ke dalam bilik. Beberapa helai baju dimasuk ke dalam beg. Kunci kereta dicapai dan keluar dari rumah Khairil.


*******************

“Tasha…” panggil Sofia Amelia perlahan.

Tasha yang duduk di bangku di taman bunganya menoleh ke belakang. Satu senyuman nipis berukir di bibir itu.

“Duduk lah kak long.” jemput Tasha.

“Boleh kak cakap sikit?” tanya Sofia Amelia perlahan.

“Boleh kak.” jawab Tasha.

“Kak minta maaf. Kak tahu kak yang salah dalam hal ini. Sebabkan kak, abang Is terpaksa kahwin dengan kak. Terpaksa putus tunang dengan kekasih dia.” luah Sofia Amelia. Rasa bersalah masih lagi menyelubungi dirinya.

“Bukan macam itu kak. Sebenarnya Tasha…”

“Bagi kak cakap habis dulu, Tasha.” memotong Sofia Amelia.

Tasha hanya mengangguk tanda setuju. Tunggu sehingga Sofia Amelia habis berbicara.

“Kak tak boleh janji kak boleh layan sepertimana kak Tiara layan semua. Tetapi kak akan cuba terbaik.”

“Kak long, Tasha minta maaf. Tasha bukan ada niat pun untuk sakitkan hati kak. Tasha tersilap cakap tadi. Tasha minta maaf banyak-banyak kak.”

“It’s okay Tasha. Saya tak ambil hati pun. You relax okay.” kata Sofia Amelia sambil mengesat air mata Tasha.

Iskandar Faiz yang mencuri dengar perbualan adik dan isterinya berasa lega. Iskandar Faiz tahu isterinya sudah pun berubah. Sofia Amelia terkini bukannya Sofia Amelia masa dulu.


*******************

Ding! Dong!

Kamsiah yang menonton televisyen bergegas ke arah pintu utama untuk membuka pintunya.

“Adam.” Kamsiah terkejut dengan ketibaan anaknya secara tiba-tiba.

“Tepi lah mak!” Adam tolak Kamsiah dan masuk ke dalam rumahnya. Nasib baik Kamsiah memegang pasu bunga yang terletak di hujung. Kalau tidak, Kamsiah pasti jatuh di atas lantai.

“Siapa Kamsiah?” Hakimi turun dari tangga.

Adam yang duduk di sofa dipandang. Rasa marah membuak.

“Kau buat apa kat sini? Siapa suruh kau datang ke rumah aku?” jerkah Hakimi. Kolar baju anaknya ditarik kuat.

“Lepaslah orang tua!” tengking Adam.

“Kurang ajar!” singgah satu tamparan di pipi Adam.

Mata Kamsiah merah menahan marah. Ini kali pertama Adam kena tampar dengan ibunya. Sehingga kini, Kamsiah tidak pernah jentik pun anaknya. Tetapi, hari ini tahap kesabarannya tipis.

“Dah lama aku sabar dengan perangai kau! Hari ini kau dah melampau Adam!” jerit Kamsiah.

“Mak.” getar suara Adam.

“Jangan panggil aku mak!”

“Kamsiah.” Hakimi menenangkan isterinya.

“Keluar dari rumah sekarang!” arah Kamsiah tanpa pedulikan suaminya.

“Encik Hakimi.”

Mereka bertiga mendengar suara seorang memanggil. Hakimi meninggalkan isteri dan anaknya di ruang tamu dan menuju ke pintu utama untuk membuka pintunya.


******************

“Is, Sofi.”

“Pa, daddy.” Iskandar Faiz dan Sofia Amelia bersuara serentak.

“Saya nak cakap dengan kamu berdua. Boleh?”

“Boleh pa. Duduk lah.” ajak Iskandar Faiz.

“Pa ganggu ke?”

“Mana ada pa. Kami tengok cerita hindustan je.” balas Iskandar Faiz.

“Sabtu ni papa nak buat majlis sanding untuk Is dan Sofi.” beritahu Dato’Johari.

“Majlis sanding?”

“Yes Sofi. Kenapa?”

“Tapi tinggal 2 hari je lagi daddy. Sempat ke buat persiapan?” risau Sofia Amelia.

“Sofi jangan risau. Daddy dah upah planner. Nanti mereka arrange. Daddy nak Is dan Sofi pergi cuba baju untuk majlis sanding. Saya dah book appointment. Esok pagi pukul 11. Boleh?”

“Boleh pa.”

“Baik lah. Nanti papa share location. Pergi tidur awal-awal. Good night.” ucap Dato’Johari dan meninggalkan pengantin baru itu.

“Is, saya nak pergi dapur dulu. Nak minum air. Haus. Awak nak apa-apa?” tanya Sofia Amelia.

“Tak. Awak pergilah minum air.”

Sofia Amelia turun ke dapur. Gelas diambil dan memenuhi airnya. Tiba-tiba bahunya rasa ditepuk.

“Mak Ziah?”

“Sofi, minum air ni.” Mak Ziah menghulurkan gelas yang mengandungi satu jenis air.

“Air apa ni Mak Ziah?”

“Jangan banyak soal. Minum dulu.”

“Air apa ni Mak Ziah? Sofi rasa nak muntah je.”

“Air rebusan kacip fatimah.” balas Mak Ziah dengan senyuman penuh makna.

“Kacip Fatimah?”

“Ye. Pergi naik bilik.” arah Mak Ziah.

“Kenapa Mak Ziah tiba-tiba suruh minum air kacip fatimah?”

“Supaya Dato’ dapat cucu cepat.” jawab Mak Ziah tenang.

“Mak Ziah!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience