New Zealand
Dirumah agam, seorang lelaki berusia 24 tahun baru sahaja keluar dari bilik bawah tanah. Tempat dia bersenam segalanya disitu.
Dia membuka singlet yang tersarung pada badan berketat ketatnya dan melemparkan ke dalam bakul pakaian.
Sedang dia menuju kearah dapur, dia mengelap sisa peluh yang berada dimukanya menggunakan tuala kecil yang tersangkut pada leher.
Dia membuka pintu peti ais dan mengeluarkan jus oren kemudian meletak diatas meja lalu dia duduk diatas cafe chair. Dia mengambil gelas yang berdekatan dengannya.
Lelaki itu menuangkan jus oren pada gelas dan meminumnya sehingga habis kemudian dia meletakkan gelas itu kembali pada permukaan meja.
Seketika dia berfikir. "Sudah lama aku tak call dorangkan? Apa khabar dekat sana? Rindu betul orang orang sana" monolog hati lelaki itu.
"Alah apa susah kau call jelah dorang kalau rindu sangat. "
Segera dia menyeluk tangannya kedalam poket seluar sukan yang dipakai. Dia mengeluarkan Iphone X dan meng "on". Bercahaya skrin Iphone tersebut.
Lelaki itu menekan contact dan mencari nombor seseorang. Setelah jumpa dia tersenyum sikit. Dia menekan nombor tersebut.
Tet....
Tet....
Tet....
"Hello" ujar orang disana. Tersenyum lebar lelaki itu sehingga muncul lesung pipit dibelah kanan apabila mendengar suara tersebut. Dia amar rindu akan pemilik suara tersebut.
"Hello umi" sapa lelaki itu. Disana sudah mengalirkan air mata.
"Ya allah, Arif! Rindunya umi dekat kamu" kata Tengku Rohani teruja.
Itulah Ku Syazril Arif anak sulung kepada Ku Umar dan Tengku Rohani serta hero kepada adik adiknya yang lain.
Ku Syazril Arif hanya tersenyum nipis apabila terdengar esakan umi pada telefon. "Umi tak molah nangis. Hati Arif tak kuat bila dengar umi nangis" pujuknya. Dia terlalu sayangkan syurganya sehingga tidak sanggup melihat umi menangis. Baginya mutiara jernih ibu amat bernilai.
"Alah umi nangis pun sebab terlalu rindukan anak umi ni" ujar Tengku Rohani manja sambil mengelap air mata yang jatuh menggunakan hujung lengan baju. Ku Syazril Arif hanya tergeleng dengan balasan uminya seraya tersenyum.
"Umi sihat? Papa dengan adik adik macam mana? " soal Ku Syazril Arif kepada Tengku Rohani.
"Umi sihat sama dengan yang lain. Papa kamu sekarang dekat office adik kamu Aria duduk asrama. Kembar pula sekolah" kata Tengku Rohani.
Ku Syazril Arif meng "ouh" jawapan Tengku Rohani.
"Arif bila kamu nak balik Malaysia? Umi dengan yang lain rindukan kamu " ucap Tengku Rohani disebalik telefon.
"Insyallah umi, Arif akan balik lagi dalam sebulan selepas itu Arif akan duduk Malaysia bersama dengan umi semua selamanya " kata Ku Syazril Arif.
"Lagipun Arif tahu papa dah tak larat nak handle syarikat. Jadi sudah sampai masanya Arif ambil alih jawatan papa" kata Ku Syazril Arif lagi.
"Alhamdulillah baguslah begitu. Dapatlah papa rehat dirumah selepas ini" ucap Tengku Rohani.
"Ergh umi....... " panggil Ku Syazril Arif meleret disebalik telefon. Ternaik alis kanan Tengku Rohani. Ni kalau dah panggil meleret mesti ada yang nak diminta.
"Ya sayang, ada apa nak minta dengan ummi" ujar Tengku Rohani. Dirumah agam itu, Ku Syazril Arif sudah menggaru kening yang tidak gatal. Tidak tahu ingin cakap macam mana kepada sang ibu.
Apabila terdengar senyap sahaja dari anaknya membuat Tengku Rohani risau. "Arif kamu ada masalah ke? Kalau ada share lah dengan umi. Mungkin umi boleh tolong kamu" ucap Tengku Rohani gusar.
Sesungguhnya hati dia sebagai ibu tidak tenang apabila anaknya tidak menjawab soalannya. Ibu mana tidak resah apabila anaknya yang dikandung sembilan bulan menyorokkan sesuatu dari cuba menyorokkan sesuatu dari pengetahuannya. Melainkan dia tidak sayang akan kepada anak.
"Arif, umi tanya sekali lagi. Kamu ada masalah ke dekat New Zealand sana? " soal Tengku Rohani lemah lembut. Ku Syazril Arif menghembuskan nafas lemah.
"Ya umi Arif ada masalah" tuturnya lemah. Disana sudah mengerutkan dahi. "Kamu ada masalah apa Arif? Cuba bagitahu umi. Mana tahu umi boleh tolong" ujar Tengku Rohani risau.
"Umi nak tahu tak? Masalah dia tak ada dekat sini tapi ada dekat Malaysia " tutur Ku Syazril Arif pura pura sedih. Dalam hati sudah mengekek ketawa mengenakan si ibu.
"Ha? Dekat Malaysia? " soal Tengku Rohani pelik. Anaknya sudah menetap di New Zealand selama 3 tahun takkan dia ada benda terkutuk di Malaysia.
"Kamu ada buat something ke dekat belakang umi dengan papa!?" soal Tengku Rohani tegas. Dia tidak ingin dengar dari mulut orang lain bahawa anak dia perosak anak dara orang, merompak, berzina! Dia bersama sang suami telah memberikan agama yang secukupnya pada anak mereka.
"Eh umi mana ada Arif buat something dekat belakang umi. Sebenarnya masalah Arif adalah..... " ucap Ku Syazril Arif tergantung.
"Adalah apa? Boleh tak kamu jangan bagi ayat tergantung" kata Tengku Rohani tidak puas hati.
"Masalah Arif sebenarnya rindu umi dan masakan umi! " ujar Ku Syazril Arif teruja. Dia ketawa besar apabila terdengar dengusan dari umi terchenta.
"Hish kamu ni buat umi suspen je! Patutnya kamu bagi tahu awal awal tak adanya buat umi jadi cacing kepanasan dekat sini" ucap Tengku Rohani geram. Nasiblah anak duduk nun jauh negara orang kalau tak lama dia cincang anaknya itu.
"Alah umi saja nak buat suspen bukan selalu boleh buag" usik Ku Syazril Arif dalam sisa ketawanya.
"Apa apa jelah nak oi! Dah lah umi nak solat, dekat sini dah masuk waktu zuhur" tutur Tengku Rohani.
"Yeke umi, baiklah Arif tutup telefon dulu ya. Assalamualaikum." Ku Syazril Arif menutup call lalu meng "off" IPhone nya.
Dia menyimpan kembali Iphone kedalam poket seluar dan berdiri. Ku Syazril Arif meninggalkan dapur dan naik kebilik untuk membersihkan diri.
Di Malaysia, Tengku Rohani meletakkan Iphone diatas meja solek dan memandang mukanya dicermin. Apabila teringat kembali usikkan anaknya, Ku Syazril Arif membuatkan dia menggelengkan kepala.
"Hye anak, ada ada je kamu ingin mengusik. Kalau kamu disini mesti rumah ini akan tergolek kerana kenakalan kamu bersama adik adik kamu" bisik hati tua Tengku Rohani.
Dia memandang jam yang tergantung pada dinding "alamak aku tak solat lagi! Kejap lagi suami aku nak pulang!" ucap Tengku Rohani perlahan. Segera dia ke tandas untuk mengambil wuduk.
Share this novel