DIA 24

Romance Completed 131781

Tangan Hazzar naik memicit dahi. Bondanya masih lagi tidak setuju kalau Hazzar disatukan dengan Hanis.

"Bonda tetap tak setuju!" Bantahnya.

"Kenape? Bonda pun nak jadi macam Ikram jugak ke?" Soal Jannah.

"Bukan. Layak ke dia nak jadi ahli keluarga kita ni?" Ujar bondanya.

"Sudahlah tu! Dah jodoh diorang kenape kita nak halang pulak? Nak sangat kan si Hazzar ni kahwin dengan anak orang ternama, last last kena tangkap basah

"Kenape kau nak sangat aku kahwin dengan dia. Aku tak nak kan? Si Ikram tu nak sangat biarlah dia yang kahwin dengan si Hanis tu." Ujar Hazzar.

"Masalahnya bukan Ikram yang kena tangkap basah. Kamu yang kena faham tak!" Balas ayahnya dengan nada marah.

Hazzar mendecit kecil. Semua orang yang berada dihadapannya menanti jawapan darinya.

"Fine! Hazz kahwin dengan Hanis, puas!" Ujarnya.

Tiba-tiba Ikram datang ke arahnya lalu menumbuk pipinya lagi. Ikram menjerit nama Hazzar dengan lantang sekali. Semua orang terkejut melihat Ikram.

"Kau kenape si*l!?" Marah Hazzar sambil memegang pipinya yang ditumbuk tadi.

Riak wajah Ikram yang marah tadi berubah jadi sayu. Dia terduduk dihadapan Hazzar. Satu persatu air matanya gugur.

"Kenape kau setuju jugak nak kahwin dengan Hanis!? Kau sendiri pun suka dia kan!!? Hazz..." Ujarnya.

"Ikram sudahlah. Nanti bonda cari yang lebih baik dari Hanis untuk Ikram ya?" Pujuk bondanya tetapi gagal, Ikram menggeleng kepala.

"Hazz... Aku tahu kau takkan dapat cintakan Hanis seperti mana aku cinta Hanis. Kau takkan dapat terima dia dalam hidup kau. Tapi aku mintak sangat, kau jangan sesekali jatuh cinta dekat Hanis." Ujarnya keras.

"Apa maksud kau, aku tak boleh jatuh cinta dekat Hanis?" Soalnya hairan.

Ikram mengukir senyuman sinis. Dia bangun.

"Aku akan dapatkan dia. Aku akan rampas dia dari kau. Ingat kata-kata aku Hazz." Pandangan Ikram beralih kepada mereka yang lain.

"Ingat kata-kata aku, ni si Hazzar ni takkan dapat bahagiakan Hanis. Hanis, milik aku. Selagi kau tak ceraikan bakal isteri kau tu, kau bukan abang aku. Cari aku, selepas kau ceraikan Hanis." Ikram melangkah pergi meninggalkan mereka semua.

Tangan Jannah naik ke atas kepala. Pening dengan keadaan sekarang ni. Hazzar pula terpaku di situ.

"Sebab kau... Sebab kau keluarga aku pecah belah Hanis!" Jerit Hazzar lantang.

"Hazz!" Tegur Jannah.

---

Nazrul memegang tangan Syaza lalu jari jemarinya mengunci tangan Syaza. Syaza tertawa kecil.

"Bie... Saya nak tanya sikit boleh tak?" Soal Syaza.

"Tak payah minta izin, tanya je sayang." Balasnya lalu mencuit hidung Syaza.

"Awak takkan tinggalkan sayakan?" Soalnya.

Langkah Nazrul terhenti. Dia menoleh ke arah Syaza. Tangan Nazrul naik memegang muka Syaza.

"Buat apa saya nak tinggalkan awak. Lagipun, kan minggu depan kita dan nak disatukan." Nazrul mengukir senyuman manis kepadanya.

"Sebab tu saya sayang awak Naz." Ucap Syaza.

---

Hanis duduk di kerusi sambil bertongkat dagu. Televisyen dibiarkan terbuka. Kepalanya masih memikirkan tentang dia dan Hazzar. Kalau dalam masa satu minggu mereka berdua belum dia ijab kabulkan, pasti ada masalah besar yang terjadi.

"Kalau aku bagitahu babah yang aku nak kahwin, sah-sah lah dia cakap yang aku ni memang buat kerja tak senonoh tu kan?" Ujarnya.

"Tapi kalau babah tahu aku kena tangkap basah lagilah dia mengamuk. Ya Allah apa aku nak buat ni."

Hanis menyandarkan kepalanya di sofa dan matanya memandang siling. Hanis menoleh ke kiri. Membulat matanya apabila ke mamanya. Hanis bangun dengan wajah terkejut.

"Ma..." Ujarnya.

Hanis mula sebak apabila melihat senyuman yang diukir oleh mamanya. Hanis menggeleng.

"Hanis tak buat ma." Mamanya mengangguk.

"Hanis, mama tahu semuanya. Mama nak Hanis kahwin dengan dia. Nanti segala kebenaran akan terbongkar." Hanis mengerutkan dahi.

"Satu je mama nak pesan dekat Hanis." Ujarnya lagi.

"Apa dia ma?"

"Hati-hati... Dengan Kasih. Dia bukan macam apa yang Hanis dan kita sangkakan." Hanis mengerutkan lagi dahinya.

Dia melihat ke tempat lain seketika. Siapa Kasih? Apabila Hanis menoleh ke arah mamanya, bayangan mamanya sudah tiada. Hanis melihat sekeliling mencari mamanya lagi tapi tiada. Hanis duduk sambil memikirkan apa yang dikatakan oleh mamanya tadi?

"Kebenaran apa pulak ni? Siapa Kasih?" Ujarnya penuh tanda tanya.

"Kahwin... Dengan Hazzar? Semua kebenaran akan terbongkar? Ada apa sebenarnya ni?" Ujarnya lagi.

Hanis mengetap bibirnya.

"Takkanlah aku nak pergi rumah Tan Sri. Nanti diorang kata aku ni memang nak kikis harta diorang. Tapi... Aku tak ada pilihan selain kahwin dengan Hazzar." Sambungnya lagi.

Hanis memejamkan matanya dengan rapat. Hanis kembali membuka matanya.

"Aku akan kahwin dengan Hazzar dan aku akan hadapi semuanya."

---

Hanis berdiri betul-betul dihadapan bell rumah bonda dan ayah Hazzar. Sungguh berat tangannya mahu menekan bell tersebut. Baru sahaja dia mahu menekan, pagar rumah tersebut terus terbuka luas.

Seorang lelaki keluar dari rumah lalu meregangkan ototnya tetapi masih tidak perasan akan kehadiran Hanis. Lelaki tersebut menoleh ke arah Hanis, cepat-cepat Hanis menoleh ke tempat lain.

Langkah diatur mendekatinya. Wajah serius langsung tidak berubah. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Kedengaran Hazzar mengeluh panjang. Matanya kembali memandang perempuan yang sedang membelakanginya.

"Apa urusan kau datang pagi-pagi ni?" Soal Hazzar dengan nada suara mendatar.

Perlahan-lahan Hanis menoleh dan memandang Hazzar dan tidak menjawab pertanyaan Hazzar. Dia tak tahu macam mana nak cakap yang dia mahu berkahwin dengan Hazzar.

"Aku kahwin dengan kau." Ujar Hazzar selamba.

Hanis tunjuk muka terkejut.

"Tapi bukan sebab aku cintakan kau. Sebab... Kau sendiri tahu sebabnyakan." Hanis mengangguk perlahan.

"Saya datang pun sebab nak cakap perkara yang sama." Ujar Hanis perlahan.

"Masuklah." Ujar Hazzar lalu menarik tangan Hanis dan membawanya masuk bersama.

Dia tahu, kalau dia tak tarik tangan Hanis, memang tak lah Hanis nak masuk ke dalam. Apabila tiba di hadapan pintu Hanis terus mengeraskan tubuhnya. Hazzar menoleh dengan dahinya yang berkerut. Hanis menggeleng laju tetapi Hazzar tetap menarik tangannya dengan kasar.

Genggaman tangannya dilepaskan apabila mereka sampai di hadapan semua orang yang sedang menjamu selera. Tatkala melihat Hanis, semua sudu dan garfu dilepaskan. Mata tertumpu pada mereka berdua. Sebelah tangan Hazzar memeluk bahu Hanis.

"Hazz akan kahwin dengan Hanis lagi 3 hari. Tak payahlah nak bertunang bagai." Ujar Hazzar dengan muka selamba.

"What!!" Ujar mereka semua terkejut.

"3 hari? Kau gila ke Hazz? Mana sempat nak buat semua tu." Ujar Jannah.

"Sempat je kalau kita cuma buat yang perlu. Tak payahlah nak buat mewah sangat. Buat dekat masjid cukuplah." Balas Hazzar.

Bondanya menggeleng.

"Kita keluarga ternama Hazz. Nanti apa orang kata kalau Hazzar Iskandar anak kepada Tan Sri Razak kahwin dalam majlis, kecik?" Terang bondanya.

"Bonda bukan suka Hanis pun dan Hanis bukan menantu pilihan jadi buat apa nak buat majlis besar-besaran?" Balas Hazzar.

Hanis sekadar diam seribu bahasa. Tetapi dia hairan, mana Ikram?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience