“Eh!”
“Eh!”
“Melawat Emir ke?”
Aku terkejut apabila terserempak dengan CIkgu Ilham di lobi hospital. Dia tersenyum.
"Taklah. Melawat kawan. Kebetulan dia masuk hospital malam tadi. Apendiks.”
Aku ketawa. “Ingatkan melawat Emir tadi.”
“Melawat Emir ke?”
Amira di sebelah menarik sedikit lengan bajuku. Aku jongket kening sambil memandang ke arahnya. Kenapa?
“Kau kenapa?”aku berbisik sedikit ke arah Amira yang sedang mendekatkan wajahnya ke arahku. Aku tertoleh sedikit.
“Siapa ni?”
Lupa. Amira mengajar di sekolah lain jadi dia tidak mengenali Cikgu Ilham.
“Kenalkan, ini Cikgu Ilham. Yang ini Amira, teman serumah saya.”
Amira dan Cikgu Ilham sama – sama bertukar senyuman sambil mengangguk kepala.
“Teman serumah ke?”
Amira mengagguk laju. Aku diam sahaja, tiada apa hendak dibualkan bersama. Mindaku kosong. Sepatutnya hari ini cuti, bermakna aku boleh melepak di rumah tanpa perlu pergi ke mana-mana. Namun, whatsapp dan ajakkan Amira yang kononnya hendak melawat Emir membantutkan plan yang telah dirancang elok itu. Sekarang moodku bagaikan tiada. Tiada untuk bersembang dengan Cikgu Ilham dan lebih lebih lagi untuk melawat Emir. Si naga jantan banyak pulak demandnya.
“Senyap je Cikgu Al arini?”
Aku tersentak. Ehh? Tengah bercakap dengan aku ke?
“Tak sabar nak melawat Emir la tu.”
Aku siku perut Amira. Pandangan membunuh dihadiahkan kepada Amira yang sedang tersengih-sengih memandangku. Tak sayang mulut nampak.
Cikgu Ilham hanya terdiam. Mukanya berkerut. Mulutnya diketap perlahan.
“Oh, ye ke?” Wajahnya beriak sedih. Apa kena dengan Cikgu Ilham ni?
“Biasalahkan, melawat anak murid,”gumam CIkgu Ilham perlahan, tapi masih lagi jelas di hujung telingaku.
Cikgu Ilham. Aku syak something.
“Nak teman melawat Emir sekali tak?” Pelawaku.
Mukanya berubah lagi. Ceria. Umpama pelangi yang muncul selepas hujan. Pelik. Manakala Amira pandang aku dengan wajah muka tak percaya. Mulutnya melopong sedikit.
“Boleh jugak. Alang-alang dah kan?”
Wajah Cikgu Ilham yang happy. Wajah Amira yang berkerut. Satu situasi dua wajah reaksi berbeza.
"Jomlah. Bilik Emir kat tingkat atas kan.”
“Jom.”
Belumpun sempat aku melangkah, Amira menarik lengan bajuku. Aku terdorang ke belakang akibat tarikan tersebut. Aku pandang muka Amira yang bagaikan tiadak puas hati. Kenapa ni?
“Kau tak puas hati sebab aku ajak CIkgu Ilham sekali ke?”
Aku cuba meneka. Amira kembung pipi. Betullah tu.
“Yelah. Aku baru nak tinggalkan korang dua Emir untuk buat sesi luahan hati.”
Aku jegil mata. Nak terkeluar roh bila dengar cadangan maha bernas oleh Amira. Sesi luahan hati? Ingat senang ke nak suruh Emir naga jantan tu bagi kerjasama? Nak buat sesi kena teriak. Kena jerkah, kena semburan naga itu boleh. Untung- untung aku ni boleh bertukar jadi pedang Excalibur terus ke?
Amira garu pipi sambil tersengih. kami berdua jalan beriringan, membontoti langkah Cikgu Ilham ke bilik Emir.
“Maksud aku, bila lagi kau nak buat sesi takzirah dengan Emir tu?”
Aku diam. Sesi tazkirah? Ulang suara. Sesi tazkirah.
Emir tu tak makan saman dengan kuliah percuma Ustazah Nuralthea Hazami. Kalau Ustaz Kazim ke, Ustaz Syamsul Debat ke yang yang pergi tazkirah kat dia, entah masuk telinga kanan keluar telinga kiri agaknya.
“Aku cuma bincang dengan mak ayah Emir aje. Tak termasuk Emir. Kalau masuk Emir nanti, entah-entah aku pun boleh meletup nanti.”
Amira angguk kepala. Dia diam sahaja. Bila aku pandang ke arahnya, matanya sudah terpaku ke arah doktor yang sedang berbual dengan Cikgu Ilham. Kenal ke? Mereka berdua ketawa sambil menampar mesra belakang masing-masing.
“Hoi.” Aku siku tepi perut Amira.
“Ish, jangan kacau! Aku tengah menikmati keindahan ciptaan Allah ni.”
Aku jongket kening. Hebat betul efek doktor kacak tersebut ke arah Amira ni. Kemain lagi tak boleh kacau pemandangan dia. Tiba-tiba cikgu Ilham berpaling seraya menguntumkan senyuman. Aku balas senyumannya sambil senyum sinis dalam hati.
Terasa bagaikan nak terkeluar anak mata Amira apabila melihat Cikgu Ilham menghampiri kami berdua bersama dengan doktor handsome tersebut. Bertambah putih muka Amira yang sedia putih itu. Pucat. Gabra. Gementar dan tak kurang jugak excited apabila jejaka kacak tersebut menghampiri Amira.
Ulat bulu naik daun.
“Kawan cikgu ke?” Aku berbasa basi.
Cikgu Ilham mengangguk. “Kawan satu sekolah dulu. Tak sangka jumpa balik kat sini.”
“Rupanya. Taknak kenalkan ke keindahan Allah yang ni?”
Aku senyum sambil jongket kening ke arah Amira yang membatukan diiri. Amira jeling ke arahku. Cikgu Ilham dan doktor tersebut masing-masing tergelak. Aku ketawa dalam hati. Entah macam mana ayat Amira tadi meluncur keluar dari mulutku.
Muka Amira sudah merah. Serentak itu, cubitan kecil hinggap di tanganku. Aku mengaduh kecil. Nasib baik tak kuat sangat kepit mak ketam sorang ni.
“Habis tu saya ni tak indah ke Thea?”
Kelu. Selama ini nama Cikgu Al sahaja yang keluar dari mulut Cikgu Ilham. Tetiba sahaja nama Thea yang terpancul. Soalan pulak? Aduh, terkelu kali kedua aku. Indah memang indah ciptaan Tuhan yang ini. Tapi keindahan yang belum mampu menjentik tangkai hatiku.
Amira pulak sudah menutup mulut. Aku herot mulut sambil jeling tajam supaya dia tidak meletuskan ketawanya. Seronoklah tu. Giliran aku yang terkena.
“Indah. Semua ciptaan tuhan itu indah Cikgu Ilham.”
Jawapan selamat. CIkgu Ilham diam. Suasana hening seketika. Aku garu pipi. Jawapan silap ke aku bagi? Aku pandang wajah Amira yang masih lagi menahan ketawa.
“Betul tu, semua indah ciptaan Tuhan. By the way, saya Dr. Taufiq.”
Tiba-tiba suara Dr. Taufiq menyokong pendapat aku. Meredakan suasana akward yang sedang berlansung ketika ini. Dr. Taufiq menepuk bahu Cikgu Ilham ketawa bersama. Aku dan Amira pun ikut ketawa. Amira ketawa sebab seronok dari tadi drama sebabak komedi kalah lawak Senario, aku ketawa sebab aku memang tengah kekok sekarang ni. Sungguh soalan Cikgu Ilham walaupun macam biasa tapi mampu membuatkan aku tak selesa beberapa saat.
Dahsyat penangan perkataan ‘indah’ ini.
“Jomlah, kata nak melawat Emir.”
Kami berdua membontoti langkah Dr Taufiq dan Cikgu Ilham yang berada di hadapan. Sampai sahaja di Bilik Emir, Emir tiada di bilik.Kepala Amira dipanjang untuk mencari keliabt Emir. Excited nak jumpa Emir sebab inilah kali pertama Amira bertemu empat mata dengan samseng mafia STKH. Nak tahu tang muka Emir tu macam mana, katanya. Handsome ke tak? Comel ke tak? Macam mafia ke?
Aku mencebik.
Emir tak handsome.
“Al, Emir mana?”
Suara teruja Amira menyebabkan aku berpaling ke arah kelibat seorang manusia yang sedang berjalan ke arah aku dengan muka yang cemberut, aku garu kepala yang dilapik dengan tudung. Apa kena dengan Emir hari ini? Tersampuk jembalang pemarah ke?
“Buat apa kat sini?”
Soalan beku dingin Emir membuatkan aku terasa ingin membaling patung kecil teddy bear yang dipegangku. Mimpi apa aku terbelikan teddybear kecil ini aku pun tak tahu. Ini semua sebab Amira yang membebel dengan aku tadi. Kononnya, orang sakit ni kena bawa buah tangan sedikit, sebagai adab. Penat mendengar tazkrah percuma adab menziarahi orang sakit, aku gapai apa sahaja yang berada di depan mata.
“Bukan awak ke yang suruh melawat ke semalam.”
Muka grumpy Emir mula bertukar menjadi monster apabila mukanya melirik ke arah belakang aku. Tangannya digenggam erat. Apa kena pulak kali ni?
“Balik! Tak payah lawat aku.”
Aku ketap bibir. “Eh! Bukan awak yang suruh lawat? Lepas tu datang dah nak halau pulak ? Apa kena dengan awak ni Emir? Kalau macam tu tak payah datang pun lagi baik!”
Emir jeling tajam ke arahku. Bibirnya diketap.
“Balik ajelah! Tak payah susah-susah melawat aku!”
Akibat perasaan geram aku baling teddy bear ke arah muka Emir. Segera kakiku melangkah laju meninggalkan Emir yang marah, Cikgu Ilham, Dr. Taufiq dan Amira yang tercengang. Tidak betah aku menahan perasaan geram dan sebal terhadap Emir. Makin lama di situ nanti, aku pulak yang terlantar elok di hospital.
Share this novel