6

Short Story Completed 49743

Ermm.. aku terasa sejuk...

Perlahan-lahan aku membuka mata untuk menutup pendingin hawa. Boleh terasa beku sangat sekarang ini. Aku meraba-raba disebelah sebab aku masih ingat, yang aku letak alat kawalan di sebelah tadi.

Eh? Kosong?

Aku membesarkan sedikit kelopak mataku untuk meluaskan lagi pandangan yang masih kabur ini. Kosong. Eh, mana Farish?

Aku tercari-cari kelibat Farish di serata tempat. Setelah beberapa saat, aku perasan akan satu susuk tubuh sedang berdiri di luar beranda sambil memandang kedinginan malam.

Aku menoleh seketika ke arah jam pada dinding. Sudah jam lima pagi, patutlah sejuk semacam. Aku hanya nampak susuk tubuh Farish dari arah belakang sahaja.

Aku menrenggangkan otot-otot tubuhku seperti kucing, lantas aku turun dari katil perlahan-lahan kerana tidak mahu Farish tersedar bahawa aku sudah terjaga dari lena.

Perlahan-lahan aku datang ke arahnya lalu bersandar pada pintu kaca. Aku mengeluh kesah. Sejujurnya aku dapat rasakan aura kesedihan yang hadir dari Farish.

"Farish. Are you okay?" Soalku pantas namun perlahan.

Farish tersentak dengan suaraku tadi seraya dengan segera dia menoleh ke arah belakang untuk melihat aku.

"Eh, sayang. You terjaga ke?" Soal Farish kepadaku sambil menyeka air matanya.

Aku tersentak apabila melihat dia menangis. Hatiku terasa lemah. Riak wajah aku juga mula bertukar keruh.

Farish cuma tersenyum ke arah aku sehingga menampakkan baris giginya yang putih itu.

"Farish..." Ucapku seraya terus memeluk tubuhnya dengan laju.

Farish kelihatan agak terkejut dengan tindakan aku tadi. Matanya terbuka luas, perlahan-lahan dia memeluk tubuhku kembali.

Aku tak cintakan dia, tapi aku tak mahu tengok orang yang aku sayang terluka. Aku memeluk tubuhnya dengan lebih erat.

"Sayang, are you okay?" Soalnya kepadaku sambil cuba ketawa kecil agar aku tidak menjadi risau dengan keadaannya tadi.

Aku kembali memandang wajahnya. Farish Mikael, si jejaka baik hati yang telah menyelamatkan nyawa aku. Jejaka kacukan tinggi lampai. Ya, lelaki inilah yang telah mengubah hidupku 360 darjah.

"Farish, kenapa menangis? Tell me." Ujarku perlahan dengan suara serak-serak.

Farish tersenyum ke arahku sesaat, lantas dia menggelengkan kepala.

"Nothing... I... I just..." Ujarnya separuh.

"Just what?" Soalku kembali.

"I love you..." Ujarnya dengan romantis lalu mencium bibirku perlahan.

Aku tergamam. Pertama kali bibirku dicium oleh seseorang. Lelaki pula tu. Jelas terpancar reaksi terkejut di wajahku.

"Farish... I hate you!" Ujarku dengan wajah berkerut. Entah kenapa aku boleh berkata seperti itu kepadanya. Bibirku yang dicium oleh Farish tadi aku lap kembali dengan lengan baju. Sedap sangat ke rasa air liur basi aku tadi?

Farish ketawa kecil ke arah aku, lantas kedua-dua belah pipiku dipicit olehnya lantas dia berkata kepadaku...

"But, I love you..." Ujarnya lalu melepaskan cubitan manjanya itu tadi tapi rambutku pula dikusut-kusut olehnya.

"Ughhh!" Itu sahaja yang mampu keluar dari mulutku.

"Haha, i'm sorry. Dah, jom bersiap. Kita solat subuh sama-sama. I jadi imam you." Ujarnya dengan senyuman lantas dia menarik tanganku secara tiba-tiba kembali masuk ke dalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience