AKU mula menulis lagi. Menulis satu cerita seram untuk dikongsikan untuk kali ke-50. Aku telah cuba untuk menulis sebuah cerita untuk dikongsi di sini sebelum ini, tetapi aku tidak dapat menyiapkan cerita itu.
Aku selalu berhenti menulis dan memadam seluruh cerita. Sekali lagi aku memberitahu anda, ini adalah kali ke-50 aku cuba untuk menulis di sini. Anda pasti fikir yang saya adalah seorang yang agak pelik, atau seorang penipu.
Aku tak peduli.
Terpulang pada anda untuk percaya atau tidak. Itu pilihan anda.
Ia mula berlaku apabila aku menulis sebuah cerita di sini.
Ia hanya satu draf. Satu permulaan.
Setiap kali aku menyiapkan perenggan pertama cerita seram ini, semuanya bermula. Aku akan memberikan satu contoh kepada anda. Berhati-hati. Mungkin anda akan terkena.
Aku berharap yang kejadian itu tidak akan berulang sebaik aku mula mengarang.
Tajuk cerita aku : Kegelapan
Aku bangun daripada tidur dan duduk di atas katil pada tengah malam dan mendapati bahawa sepasang mata merah merenung tajam dari dalam cermin.
Aku cepat-cepat menutup mata dan menutup seluruh badan dengan selimut. Dan kemudian aku mendengar pintu bilik dibuka.
OH TIDAK! TAK MUNGKIN. TAK MUNGKIN. IA BERLAKU SEKALI LAGI. SEPASANG MATA MERAH SEDANG MERENUNG AKU SEKARANG NI!
Aku berhenti menulis. Pintu bilik tiba-tiba terbuka dengan luas. Aku boleh mendengar bunyi derapan tapak kaki yang berat. Aku semakin berdebar kerana langkah itu kedengaran semakin dekat.
Aku menunggu ia berhenti tetapi hampa. Ia menghentak kaki berkali-kali selama beberapa minit. Aku memerlukan udara.
Ini berbeza. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Cuma apa yang ditulis akan berlaku. Jika aku berhenti menulis, ia juga akan berhenti. Tetapi, bukan kali ini.
Bukan kali ini.
Aku bangun dengan perlahan dan berjalan ke pintu. Satu makhluk tidak bermata berdiri di depan pintu bilik. Makhluk itu tersenyum dan dapat dilihat darah mengalir keluar dari celah-celah giginya yang tajam.
Aku terasa hendak pitam.
Loya.
Pening.
Aku melihat dia membuka mulut lalu berkata,
"Berhati-hati ketika menulis."
Dan pada ketika itu tanpa disangka sebelah tangan keluar dari bawah katil dan mencapai kaki kananku.
-Tamat-
Share this novel