Beberapa hari telah berlalu sejak momen intim di antara mereka. Gigi sudah membuang jauh semua yang terjadi tetapi tidak bagi Zayn. Setiap malam tanpa Gigi di sisi dia cuba mengumpul kekuatan mengakui gejolak perasaannya. Kali ini dia seakan yakin bahawa Gigi juga merasakan yang sama sepertinya.
Kini Zayn berdiri di depan pintu apartment Gigi, berulang alik di depan pintu memikirkan apa yang patut dikatakan kepada gadis yang dicintainya itu. Dia tidak memaklumkan kedatangannya pada Gigo, kerana mahu memberi kejutan pada Gigi namun nampak gayanya dia bagai tersilap langkah, dia bahkan semakin cuak. Bagaimana jika ada orang lain di rumah Gigi? Bagaimana kalau Gigi tidak ada di rumah? Bagaimana kalau sebaik saja buka pintu Gigi memandangnya pelik?
Tanpa berfikir panjang, dia memejam kan mata lalu mengetuk daun pintu.
''I'm coming!'' jeritan Gigi membuatkan Zayn kembali panik. Dia belum bersedia untuk berkata apa bila Gigi membuka pintu. Peluh menitik cuak tatkala mendengar bunyi derapan tapak kaki semakin hampir. Saat ini dia benar-benar berharap segala keberanian yang semua orang lihat pada dirinya benar-benar wujud dalam dirinya saat ini.Dalam panik itu dia cuba menyorokkan diri di sebalik pasu bunga tinggi jiran Gigi namun untuk jejaka yang punya ketinggian 6 kaki ini, sudah tentu cara tu sia-sia dan nampak bodoh.
''Eh Zayn, ada apa datang sini?'' tanya Gigi yang sedang memerhatikan lelaki itu yang sedang cuba meraba-raba pokok bunga jirannya sebelum terkejut beruk mendengar suaranya.
''Shit! Sekarang ni mesti dia fikir aku lagi pelik, menguis-nguis pokok macam anjing tengah cari port nak kencing!'' keluh Zayn dalam hati. Gigi cuma tertawa kecil memandang aksi cute Zayn yang nervous itu.
''Oh, hi Gi!;; sapanya sambil mengusap-ngusap rambut lurusnya. Gigi tersenyum memandang telatah lucu Zayn yang duduk di sebelahnya saat ini.
''Kau ni memang pelik,''ucapnya.
''Kau nak aku cium kau tak and buat kau jadi normal?''
''yesm yes please,'' pinta Zayn dalam hati sebaliknya dia cuma membalas dengan tawa kecil sahaja. Dia mengusap belakang lehernya membetulkan posisi duduknya. Merek berdua duduk sangat hampir, masing-masing bisa mendengar helaaan nafas satu sama lain.
Dan sekali lagi fikiran Zayn menerawang. Di hadapan kau saat ini kau dapat melihatnya. Tanpa banyak kata terungkap dari mulutnya tapi kau tahu ada sesuatu tentangnya yang membuat jiwa lelaki seperti Zayn menggila dan kau sendiri pun tidak tahu kenapa. Namun kau begitu terdesak untuk mencubanya. Mencuba untuk mengucup gadis itu.
Dan ketika dia baru sahaja mengumpul kekuatan untuk menghampiri Gigi dan meluahkan perasaaannya, perancangannya terganggu ketika Gigi mulai bersuara memecahkan keheningan.
''Apakata kita ke ruang tamu yang satu lagi dan main board game, maybe monopoly? Nak?'' Zayn tergamam namun tidak menolak pelawaan Gigi.
Share this novel