Bab 5

Thriller Completed 7165

Malam telah menjelang. Di luar rumah hujan lebat menggila disertai dengan kilat yan berdentum. Suhu terasa sungguh dingin sehingga menusuk ke tulang. Mereka berlima duduk mengelilingi antara satu sama lain seolah-olah menanti kehadiran ‘makhluk’ yang dinanti-nantikan itu.. Faiz sibuk merakamkan segala apa yang berlaku sepanjang mereka berada di situ. Masih tiada lagi sebarang kejadian ganjil mahupun entiti yang dapat dirakam. Hanya kejadian petang tadi sahaja yang memberi sedkit kejutan kepada mereka.

Tiba-tiba kilat berdentum sehingga memutuskan bekalan eletrik di rumah tersebut. Suasana menjadi gelap gelita. Mereka berlima sedikit terperanjat. Hafiz dan Faiz segera bangun.

“Korang nak pergi mana tu?”soal Atilia. Dia kelihatan ketakutan. Kejadian siang tadi memberi satu kejutan kepadanya.

“Kami nak pergi periksa fius utama. Nak hidupkan semula bekalan eletrik.”balas Hafiz. Mujur kelima-lima mereka membawa lampu suluh bersama kerana keadaaan seperti ini sering berlaku tidak diduga. Hafiz dan Faiz berjalan beriringan ditemani lampu suluh meninggalkan mereka.

Asri melihat keseluruh ruang rumah. Atilia duduk mencangkung sambil memeluk lutut. Niza berlagak tenang walhal dia mula berasa seram. Lolongan anjing sayup-sayup kedengaran menambahkan lagi suasana seram. Tiba-tiba mereka bertiga dikejutkan dengan bunyi benda bertaburan di dapur. Mereka bertiga tersentak.

“Bunyi apa tu?”soal Atilia. Dia merapatkan diri dengan Niza. Niza memicingkan telinganya. Bunyi hujan di luar rumah menganggu pendengarannya. Dan ketika ini telinganya jelas menangkap bunyi seperti barangan kaca dihempas ke kantai. Bunyi tersebut berulang-ulang.

“Mari kita pergi siasat bunyi tersebut.”ajak Niza. Mereka bertiga bangun perlahan-lahan menuju ke dapur. Atilia berjalan di belakang sekali. Debaran dada terasa begitu menujah-nujah. Sebaik menjengah dapur,tiada apa barangan yang pecah. Dapur kelihatan kemas dan bersih seperti mula-mula mereka masuk tadi. Mereka bertiga kembali ke ruang tamu. Faiz dan Hafiz berada di situ.

“Kami dah periksa dan kami dapati fius terbakar.”ujar Hafiz. Wajahnya kelihatan berbalam-balam disuluh lampu.

“Aku rasa tak sedap hati lah. Jom kita pergi saja dari tempat ni.”kata Atilia. Dia melingaskan pandangan ke serata arah.

“Jangan jadi penakut sangat boleh? Kalau kau takut sangat lain kali jangan ikut. Keluar saja dari kumpulan kita ni.”marah Faiz.

“Puaka rumah ini sedang memerhatikan kita. Dia masih belum memulakan lagi permainannya yang sebenar.”tenang Asri berkata-kata. Semua terdiam lalu memandang Asri.

“Kau ni kenapa tak habis-habis berperangai pelik? Hish! Aku tak faham betul dengan perangai korang semua ni.”marah Faiz. Dia merengus berulang kali. Hujan masih menggila di luar rumah.

Satu jeritan perempuan nyaring mengejutkan mereka. Tidak lama kemudian jeritan tersebut kedengaran lagi berulang-ulang. Masing-masing terdiam ketakutan dan memandang antar a satu sama lain.

Faiz bangun membentak. “Aku dah tak tahan lagi. Aku akan buru puaka tu sampai dapat.”marah Faiz lalu berjalan dengan penuh berani menuju ke tingkat atas. Masing-masing cuba menghalang tetapi tidak diendahkan oleh Faiz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience