"Kau ni kenapa Anya, macam tak fokus.. ni bukan Anya yang aku kenal tau. Kenapa hari ni kau macam lain erk? " tegur Becky. Anya mengurut lehernya. Termasuk hal ini, sudah banyak kali dia membuat salah.. dan akhirnya, semua kain terbuang begitu sahaja.
Ini semua sebab.. -
"Good morning everybody.. " jerit Sherry sambil melentokkan kepala di bahu lelaki itu. Lelaki yang dari pagi lagi tidak ingin dia bertentang mata. Ingat lagi dia, dia sampai ke butik jam 4 pagi. Ya, kerana dia tidak mahu terserempak ataupun bertentang mata dengan lelaki itu.
"Sayang.. you nak coffee or tea? " soal Sherry kepada Bahr. "Takpa.. dah, jom ke bilik you.. " kata Bahr. Namun, mata sipinya sempat menangkap isterinya yang sedang kejung dengan kehadiran dirinya. Dia rindu..
"Kau tengoklah belangkas tu. Aihh. dekat office pun nak sibuk dating. Eihh, kalau bukan memikirkan dia tu bos. Memang taklah aku nak hadap kerja ni. Bagus aku kerja dekat syarikat Bahr. " kata Becky. "Habistu, kenapa kau tak berhenti? " soal Anya, sambil menyambung kembali kerjanya. Dia perlu fokus..
"Selagi kau tak berhenti, aku tak berhenti." kata Becky. Anya terus memikirkan sesuatu. "Kalaulah aku ada banyak duit, alangkah baiknya kita buka butuk sendiri. Ini tak, semua saham aku dekat butik jatuh ke Bahr. Maaf Becky. " kata Anya. "Aku faham.. mesti kau fikirkan keluarga kau kan. Dah lah jangan sedih-sedih. Kalau ada rezeki, kita bangunkan butik kita semula. " kata Becky.
Mereka menyambung kerja mereka.. memotong kain dan menjahit..
"Sayang.. " terkejut Anya dengan bisikan dibelakangnya, dekat sehingga berdiri bulu romanya. Terjatuh gunting yang dipegangnya. "Ahh, Abang Bahr nak apa dengan Anya.. jangan kacau boleh tak? Bagilah kami ruang. Abang tu pergi lah dating dengan Sherry.. apa pula nak kacau Anya. " kata Becky.
Bahr hanya senyum.. Bahr terus membisikkan sesuatu ke telingan Anya. "Jangan lupa makan, you need energy because last night. I love you. " bisik Bahr. Merona merah wajah Anya. "Abang Bahr bisik apa tu, suka sangat usik Anya lah. Dah lah.. pergilah kerja. " kata Becky. "Becky ni kuat marahlah. Dahlah, jaga Anya untuk Abang tau.. " kata Bahr.
"Anyway, Abang rasa Anya demam tu.. Belikan dia panadol ye. " kata Bahr terus meninggalkan mereka berdua. "Ahh?! Biar betul. " kata Becky terus meluru ke arah Anya dan meletakkan tangannya ke dahi Anya. "Patutlah kau tak fokus, kau demam rupanya. Rehat dulu. Kijap, aku pergi ambil first aid kit dulu. Kau rehat. " kata Becky.
Becky menyuakan panadol dan air kosong kepada Anya. "Kau buat apa sampai demam? Terlampau banyak fikir ke? Kau ni, kalau ada masalah.. bagitahu aku.. jangan pendam sorang-sorang. Ni, Abang Bahr pun satu.. kalau dia tahu kau demam kenapa dia... " terus terhenti percakapan Becky. Dia memandang Anya dengan pandangan pelik namun terus senyum.
"Ke.. demam kau ada kaitan dengan Abang Bahr?" senyum Becky. "Jangan nak mengada lah" kata Anya, risau Becky memikirkan yang bukan-bukan. "Kau demam rindu dekat Abang Bahr erkk? " soal Becky. Anya terus menarik nafas lega.. nasib Becky tidak memikirkan hal yang satu lagi.. Hal yang kalau boleh dia tidak mahu ingat lagi.
(IMBAS KEMBALI)
Bahr terus mendukung Anya. "Ehh.. lepaskan saya. Bahr! Bahr! " jerit Anya. "Dosa tau kalau seorang isteri tidak menunaikan tanggungjawabnya." kata Bahr.
"Bukan kita dah nak bercerai ke? " soal Anya. "Cerai dekat tangan Abang. " kata Bahr, terus meletakkan Anya dengan cermat di atas katil. Anya seakan mahu lari namun tangkas Bahr menindih badan Anya.
"Saya tak nak! Saya.. " belum sempat Anya menghabiskan ayatnya Bahr sudah merayunya. Dan Anya tidak pasti apa yang terjadi dengan dirinya. Dia kaku dan seakan membiarkan semuanya berlaku.
Anya terbangun apabila Bahr memeluknya, dia mengangkat perlahan tangan Bahr dan memungut semua pakaian mereka. "Apa kau baru buat Anya? " soal Anya kepada dirinya. Dia mandi dan membersihkan dirinya dan tidak kisah jam berapa sekarang.. Jam 4 pagi. dan dia tidak mahu terserempak dengan Bahr.
(SEKARANG)
"Woii! Mengkhayal.. Ni, jom pergi makan.. Abang Bahr belanja kita. Lagipun, mama aku dengan mama Bahr ada sekali." kata Becky. "Err.. kalau aku tak pergi, boleh? " soal Anya.
"Mana boleh, kau tu menantu tau. Kenalah pergi. Jom.. " kata Becky. "Ahh.. jom korang.. kita kan nak pergi lunch. " kata Sherry. "Jangan cakap aku ni jahat sangat erkk.. Aku bagi chance sebab memandangkan bakal ibu mertua aku suruh ajak Becky dengan kau. Jom! " kata Sherry.
Anya hanya menarik nafas. Berjumpa kembali dengan Bahr, dia tidak suka. Sebab mereka sudah melalui malam pertama itu. Baru sahaja Anya ingin jalan, telefonnya berbunyi menandakan panggilan masuk.
"Can we see tomorrow? " soal Zayhar melalui whassap. Ini lagi yang memeningkan dia. "Anya, jomlah.. " kata Becky, memberikan beg tangannya kepadanya.
Sekali lagi notifikasi whassap masuk ke telefonnya.
"Tolong makan banyak sikit waktu kita jumpa. Kalau tak, Abang paksa ibu ugut sayang. See you later, sweetheart." -Bahr Malik
sekali lagi Anya menarik nafas.. Malam ni memang dia akan tidur lagi di butik ini.
Share this novel
senyap terus cirta ni?