Rate

BAB 67 - PELAWAAN NUSRAH

Romance Completed 454970

Inas sudah selamat sampai di bandaraya dengan menaiki bas express yang bertolak awal pagi pada hari itu.. Untung masih ada tiket buatnya.. Entah kenapa dia mengambil langkah drastik begitu sekali.. Dia takut.. Takut untuk mempercayai sesiapapun .. Mahupun Hamzi begitu baik melayan kerenahnya pagi tadi.. Tapi dia masih sangsi.. Sangsi untuk mempercayai sesiapa pun.. Buat masa ni.

Kakinya melangkah menuju kearah deretan kenderaan yang sedondon berwarna merah saga beratur panjang di bahu jalan.. Belum sempat dia sampai kearah kenderaan yang paling hadapan.. Inas sudah di sapa mesra oleh seseorang..

''Assalamualaikum.. nak cari teksi ke?'' tanya seorang lelaki kepada inas.

''waalaikumsalam .. Ya! Saya nak cari teksi..'' jawap Inas.

''naiklah nak.. Teksi pakcik ada di hadapan tu..'' kata lelaki itu menunjuk kearah kereta miliknya.. Inas menganggukkan kepalanya.

Selepas memberi alamat destinasi tujuan Inas, teksi itu mula keluar dari barisan tempat dia beratur bersama-sama dengan teksi-teksi yang lain..

''nak ke rumah siapa ni nak?'' tanya pemandu teksi itu.. Sekadar berbual kosong dengan pelanggannya..

''saya nak ke rumah kawan..'' jawap Inas.

''oh.. Dari mana sebenarnya ni..? Tanyanya lagi..

''saya dari rumah.. Dari kampung..'' balas Inas..

''macam tu.. '' terangguk-angguk kepala pemandu teksi tersebut..

''pernah datang kesini.. Ke bandar ni?'' tanyanya lagi.

''saya memang pernah tinggal sini pakcik.. Dari dulu lagi.. Saya balik kampung sekejap .. Dan sekarang saya datang balik..'' terang Inas..

''iya ke! Pakcik ingat kamu baru pertama kali datang ke bandar.. Bukannya apa.. Bahaya bandar ni tak macam di kampung tu.. Aman.. Tenang je.. '' nasihatnya..

Dalam mereka sedang berbual-bual sampailah Inas di destinasi pilihannya.. Selepas membayar tambang buat pemandu teksi yang sangat ramah mesra itu.. Inas melangkah turun dari teksi tersebut..

Berdirilah Inas disitu melihat kearah teksi yang mula beransur pergi.. Sehingga teksi itu hilang tak kelihatan lagi... Inas menghampiri pagar yang tinggi berwarna hitam pekat dengan hiasan daun berwarna emas melilit di batang-batang besi hitam itu.. Loceng umah itu ditekan oleh Inas.. Tidak lama dia berdiri disitu kelihatan seorang wanita keluar daripada pintu utama rumah itu.

''cari siapa?'' tanya Nurain..

''eh! Kamu.. Inas kan ni!?'' tanyanya lagi bila dia melihat Inas mengangkat kepalanya melihat ke arahnya..

''ya! Aunty saya Inas..'' jawap Inas.. Melihat pagar yang sedang dibukakan oleh Nurain.

''ya Allah.. Kenapa tak bagi tahu nak datang.. Ni Inas datang dengan siapa ni?'' terjenguk-jenguk Nurain melihat kearah kiri dan kanan mencari kenderaan yang dinaiki oleh Inas.. Dia berpaling semula bila tak melihat satu kenderaan yang ada di situ melainkan hanya ada mereka berdua disitu.

''Inas datang naik teksi je aunty..'' jawap Inas menyuakan tangannya.. Bersalaman dengan Nurain..

''naik teksi? Kenapa naik teksi? Tak datang dengan Raif ?'' tanya Nurain.. wajah Inas yang tersenyum tadi terus hilang serinya bila nama Raif timbul.

''sebenarnya Inas datang nak jumpa dengan uncle Widad.. Uncle ada tak ?'' tanya Inas.. Cepat-cepat dia mengalih topik..

''uncle keluar.. Marilah kita masuk dulu.. Sembang di dalam.. Tak perlulah Tergesa -gesa.. Inas.. '' pelawa Nurain.. Dia menarik lembut tangan Inas masuk kedalam kawasan rumahnya.. Pagar rumah itu kembali ditutup rapat semula..

Inas dilayan mesra oleh Nurain.. Nurain pula merasa selesa dengan kedatangan Inas.. Banyak yang dia dengarkan cerita Inas melalui anaknya Nusrah..

''Assalamualaikum ..''

''waalaikumsalam ..'' jawap Nurain dan Inas.

''Inas! Aku rindu.. Rindu sangat dengan kau Inas .. '' berlari-lari Nusrah masuk kedalam rumah lalu memeluk Inas yang sedang duduk bersama dengan Nurain di ruang tamu.

''anak dara ni! Lari -lari masuk kedalam rumah.. Kalau lah Abi tengok ni.. Mesti Abi marah..'' tegur Nurain

''maaf Ummi.. Terleka tadi.. Seronok sangat dapat jumpa dengan Inas..'' jawap Nusrah.. Meleraikan pelukannya lalu duduk dengan sopan di atas sofa..

''Inas datang ni bukannya nak jumpa kamu tapi nak jumpa Abi.. Perasan je kamu tu.. Pergilah naik keatas.. Mandi ke apa dulu.. Entah dari mana.. Datang terus peluk inas..'' tegur Nurain..

''alah ummi.. Kejap lagi lah Nusrah naik.. Boleh la..'' rayu Nusrah kepada Nurain.

''ummi tak kisah.. Tapi tunggu lah Abi kamu balik nanti.. Kamu jawap lah sendiri nanti..'' balas Nurain.. Dia menarik senyumannya melebar.

Inas yang berada di tengah di antara dua beranak itu turut melebarkan senyumannya.. Tak menyangka sifat sahabatnya itu bila bersama dengan kedua orang tuanya amat berbeza sekali bila diluar.

''Inas tunggu tau! Nusrah naik mandi kejap.. Tunggu..'' kata Nusrah berulang- ulang kali kepada Inas.

''pergilah naik.. Inas akan bermalam di rumah kita. Tak payah la nak drama sangat..'' suruh Nurain..

''serius ni ummi? Inas tidur sini? Tidur dengan nusrah ke?yea..'' tapi belum sempat Nusrah melaungkan sorakkannya terus dia berlari naik keatas..

''Assalamualaikum '' kedengaran suara lelaki datang dari pintu utama rumah tersebut.. Kini tahulah Inas dan Nurain kenapa tiba-tiba Nusrah berlari naik keatas tanpa sempat dia menghabiskan ayatnya tadi ..

''waalaikumsalam .. '' jawap Inas dan juga Nurain.

''Inas .. Maaflah uncle ada urusan tadi.. Lewat baru uncle balik..'' kata Widad sebaik dia melihat Inas ada di ruang tamu rumahnya..

''tak apa uncle.. Sepatutnya Inas yang kena minta maaf sebab datang mengejut sebegini tak beritahu uncle.. Sampaikan uncle kena segera pulang dari jauh..'' kata inas..

''tak apa.. Inas.. Uncle dah biasa..'' kata Widad. Dia kemudiannya berjalan masuk ke ruang tamu dan duduk di sofa..

Melihat sahaja Widad melabuhkan punggungnya di sofa di samping isterinya.. Inas mula menceritakan kepada Widad apa yang terjadi tentang perbualan Maya dengan hamzi.. Tak lupa juga Inas untuk menceritakan apa yang dikatakan oleh maya semasa Maya melihat gambar perkahwinan orang tua Raif..

''uncle dah agak Maya tu dari dulu ada niat tak baik.. Tapi arwah tak percaya.. Arwah percaya yang Maya tu baik orangnya.. Sebab Maya tu sahabat baik bonda Raif.. Sangat Rapat bagaikan isi dengan kuku.. Betul tak sayang..?'' tanya Widad kepada isterinya..

''I'm not sure lah.. Sebab Maya tu nampak baik dimata I.. Dari dulu lagi sebelum rasyiqul buat keputusan untuk berkahwin dengan Maya.. Dia nampak.. Baik.. Seorang ibu yang baik dan penyayang buat manja.. Opps.. Sorry.. Raif..'' Nurain memberikan pendapatnya..

''see!! .. Inas nampak tak apa yang uncle cuba sampaikan..'' Widad menunjuk kedua-dua tangannya kearah Nurain.

''itulah yang uncle nak bagitahu. Kalau aunty sendiri tak percaya perangai Maya.. Inikan pula Raif.. For sure! yang dia masih percayakan Maya adalah seorang wanita yang baik.. Uncle takut Maya akan buat sesuatu yang buruk kepada Raif.. That all..!'' Widad menggelengkan kepalanya.

''dan kamu juga Inas.. Tambah-tambah pula bila masa ke depan nya nanti.. Kalau kamu berdua mempunyai zuriat..! "

" Kerana semua harta Raif akan diturunkan kepada zuriat sah Raif.. Sama seperti Arwah Rasyiqul .. Meletakkan nama Raif sebagai pewaris tunggalnya.. Tapi waktu tu, manja masih kecil.. Jadi semuanya di bawah jagaan Maya..'' keluh Widad..

Kata-kata Widad tadi bagaikan cemeti yang sedang dilibas kepada inas..

'zuriat?! anak manja.. maksudnya anak dalam kandungan aku?!' pucat lesi wajah Inas bagaikan tak berdarah.. terkaku Inas di tempat duduknya..

'aku akan pastikan anak aku akan selamat.. selamat dari tangan-tangan yang akan menyakitinya..' nak saja Inas menyentuh perutnya yang mempunyai cinta hati mereka.. tapi ditahan kan saja perbuatan itu buat sementara.. kandungannya sedang membesar didalam sana.. rasanya lebih selamat kalau diamkan saja tentang kehadirannya..

''Inas!'' panggil nusrah yang baru turun dari lantai atas..

''nusrah..'' senyum di bibir diukir dengan payah oleh Inas.. dia cuba menutup rasa gentar yang sedang dialaminya kini..

''inas.. aku nak pergi lawat kakak aku.. nak ikut?'' tanya Nusrah..

''Nusrah!'' keras saja suara Widad menegur anak bongsunya..

''kakak? dimana?'' tanya Inas..

''kanada.. jom lah kita makan angin ... sekali sekala.. boleh la.. jomlah..'' tangan Inas ditarik oleh Nusrah.

'kanada??!!! Cara kau ajak.. Macam nak pergi main dekat taman je Nusrah..' Inas melihat kearah sahabatnya yang sudah melabuhkan punggung di sebelahnya.

''Nusrah! Inas tu bukannya macam dulu, dia dah ada suami.. Nusrah kena faham.. apa-apa pun Inas kena minta izin Raif.. tak boleh pergi macam tu saja.. dia bukannya bujang seperti kamu..'' kata widad.. Menasihati anaknya.. Tak mahu Inas terhasut dengan ajakan anaknya..

''ya betul tu.. apa yang Abi cakap kan tu betul..'' sokong Nurain pula.

''kalau macam tu.. minta lah izin Raif segera.. kalau dia izinkan.. bolehlah kita pergi bersama..'' kata Nusrah.. Inas kemudian menganggukkan kepalanya.

'perlukah aku minta izin dia lagi.. sedangkan dia dah halau aku keluar dari rumah tu.. selepas sakitkan hati aku.. aku ingat lepas ni aku akan singgah ke pusat rawatan menjenguk ayah dan ibu.. atau aku ikut saja Nusrah ke kanada.. baby.. jauh kalini kita pergi..' Inas tersenyum memandang kepada Nusrah yang ada dihadapannya.. kemudian dia melihat kearah Widad dan juga Nurain..

Sambung satu lagi jom.. - - - >

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience